Tiga Kali Hadir Uji Bakat Dewi Remaja, Naina Zalee Tidak Mahu Patah Semangat

Share

Sesi uji bakat pencarian Dewi Remaja 2022 kini berada di Pulau Pinang, dan sejak pagi tadi kami menerima ramai peserta yang bersemangat demi mengejar impian mereka untuk bergelar finalis Dewi Remaja tahun ini.

Untuk pengetahuan korang, kami tidak menghadkan penyertaan kepada peserta yang pernah menghadiri sesi uji bakat, malah kami berbesar hati untuk menerima finalis top 20 yang pernah disenarai pendek sebelum ini.

Naina Zalee merupakan Top 20 Dewi Remaja 2018/19 yang sekali lagi hadir pada sesi uji bakat di Pulau Pinang kali ini dengan semangat baharu dan tampil lebih yakin. Sebelum ini, Naina juga pernah menghadiri uji bakat Dewi Remaja 2019 dan agaknya apa yang membuatkan gadis berusia 24 tahun ini tidak berputus asa untuk menyertai buat kali ketiga?

 “Saya memilih untuk datang ke casting dewi remaja pada kali ini adalah kerana saya ingin terus mencuba selagi tiada had yang menghalang progress sebagai anak seni. Persediaan saya untuk penyertaan saya sangat tinggi kerana saya memilih untuk menyertai program ini untuk kesekian kalinya di mana ianya memerlukan banyak praktikal dan juga mental yang kuat,”

“Kelainan yang saya pilih untuk menyertai ujibakat dewi remaja kali ini bukan sahaja dalam bidang peragaan yang ingin ditonjolkan, malah dalam bidang pengacaraan dan juga lakonan. Selain itu, ujibakat yang bertempat di Pulau Pinang memberi saya kelebihan untuk menyertai ujibakat pada musim kali ini di mana tempat yang diadakan adalah berdekatan dengan kediaman saya,” jelasnya.

Namun begitu, nasib tidak menyebelahi Naina apabila dia hanya berjaya ke peringkat ketiga namun tidak berjaya untuk disenarai pendek menjadi finalis tahun ini.

“Juri berpendapat bahawa saya perlu perbaiki cara/gaya pengacaraan saya dengan lebih baik lagi kerana banyak kekurangan dari segi persediaan yang kurang memberangsangkan pihak juri. Perancangan saya selepas ini adalah untuk teruskan lagi langkah percubaan seterusnya di dalam bidang ini. Saya ingin memperluaskan bakat saya dalam bidang-bidang baru seperti lakonan dan pengacaraan,”

“Oleh itu, saya juga berpendapat bahawa menimba ilmu dalam bidang tersebut adalah persiapan terbaik sebelum memulakan karier tersebut. Saya percaya atas usaha yang berterusan, rezeki akan datang sama ada lambat atau cepat,”

“Terima kasih kepada juri-juri ujibakat dewi remaja pada kali ini atas perkongsian ilmu dan peluang yang diberikan kepada saya pada kali jni. Tak lupa juga kepada petugas ujibakat dewi remaja yang tak lekang dengan senyuman dan sokongan sepanjang ujibakat berlangsung. Mereka juga banyak memberi kata sokongan dan bantuan kepada saya dan peserta yang lain sepanjang ujibakat berlangsung pada hari ini,” tambah Naina lagi.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman