Berita

Tiga Kali Menjanda, Britney Spears Umum Kahwin Diri Sendiri

Share

Penyanyi Hollywood terkenal, Britney Spears sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila mengumumkan berkahwin dengan dirinya sendiri.

Menerusi perkongsian di entri Instagram miliknya, penyanyi lagu popular Criminal itu dilihat memuat naik rakaman video dirinya di hadapan kamera sambil mengenakan gaun pengantin berona putih.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Stacy Tarik Diri, Penganjur Konsert Sumandak Stars Tampil Beri Respons -“Kami Tiada Niat Nak Bandingkan..”

“Hari di mana saya berkahwin dengan diri saya sendiri. Perkara ini agak memalukan dan bodoh untuk diumum tetapi ia adalah satu perkara yang hebat pernah saya lakukan,” coretnya di ruanga kapsyen.

Bagaimanapun, Britney dilihat menutup ruangan di bahagian komen daripada para pengikutnya.

Sekadar info, Britney dan pasangannya iaitu Sam Asghari disahkan bercerai pada 2 Mei lalu selepas sekian lama duduk berasingan.

Sebelum bersama Asghari, Britney juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Kevin Federline dan Jason Allen Alexander sebelum berpisah.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Britney Spears

Published by
Fath