Tatkala kebanyakan pelajar sekolah menengah di seluruh negara yang bakal berdepan peperiksaan utama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bersiap sedia untuk menerima suntikan dos vaksin COVID-19 mereka tidak lama lagi, tiga orang pelajar pada hari ini telah bertindak membuat laporan polis demi mempertahankan hak mereka untuk menolak suntikan vaksin tersebut.
Menurut laporan, dua remaja lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan itu bertindak sedemikian kerana bimbang akan implikasi yang boleh menimpa dirinya sekiranya mengambil suntikan vaksin.
Azrell Omar Azri Iskandar, 17 dan adik perempuannya, Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar, 12 telah ditemui bersama-sama rakannya, Muhammad Hanif Haikal Jeffery, 17 di Balai Polis Taman Melawati pada hari ini. Turut sama menemani mereka di sana ialah ibu kepada Azreel dan Nur Azreen iaitu pelakon, Ellie Suriaty Omar.
Kongsi Azrell, dia telah menerima borang menerusi Google Form daripada gurunya dua minggu lalu bagi urusan mendapatkan vaksin. Dalam borang tersebut, ia menyatakan bahawa tiada pihak yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kesan sampingan akibat pengambilan vaksin.
“Apa yang belaku terhadap saya selepas menerima vaksin, semuanya atas tanggungan saya sendiri. Justeru, saya berhak menolak daripada menjadi bahan eksperimen dengan dicucuk vaksin.
Ads
“Saya pelajar yang sihat tubuh badan dan tidak sanggup mengambil sebarang risiko yang boleh mendatangkan mudarat terhadap tubuh badan saya melalui suntikan vaksin ini yang masih lagi di tahap ujian klinikal.
“Saya tidak sanggup mempertaruhkan nyawa saya untuk ujian klinikal ini kerana ada pelbagai kaedah mencegah COVID-19 iaitu melalui perubatan homeopati holistik, makanan sunnah yang keluarga saya amalkan bagi mencegah penularan,” jelasnya.
Tambah Azrell lagi, tiada individu termasuk ahli keluarganya yang memaksanya membuat laporan itu – walaupun semua ahli keluarganya belum mengambil vaksin setakat ini. Keputusan untuk menolak suntikan vaksin dibuat selepas mengambil kira maklumat berkaitan vaksin dan COVID-19 daripada carian internet serta perkongsian daripada ibu mereka, ahli keluarga dan kenalan lain.
*
Ads
Buat masa ini, dia dan rakannya itu masih tidak dimaklumkan sekiranya ada tindakan lanjut yang akan dikenakan oleh pihak sekolah sekiranya menolak suntikan vaksin.
Untuk pengetahuan, proses suntikan vaksin COVID-19 dalam kalangan pelajar sekolah yang akan berdepan peperiksaan utama dijangka akan bermula sebelum sekolah kembali dibuka secara berperingkat pada awal bulan Oktober nanti.
Pada pendapat REMAJA, sememangnya tiada vaksin COVID-19 yang dicipta setakat hari ini yang mampu menghalang jangkitan virus. Disebabkan itulah, kita akan mendengar beberapa kes mangsa dijangkiti walaupun mereka telah divaksin. Inilah yang membuatkan segelintir golongan seperti tiga pelajar ini untuk menolak vaksin.
Namun apa yang pasti, kesemua vaksin sudah dibuktikan secara klinikal mampu menghalang simptom pesakit menjadi lebih mudarat. Ini jelas dapat dilihat pada laporan kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital di Lembah Klang yang semakin menurun.
Adalah mustahak untuk memastikan penyebaran maklumat yang tepat, jelas dan terkini dalam bahasa yang mudah difahami oleh pelajar dan ibu bapa. Jika kita berasaskan kepada maklumat pantas dari internet tanpa kefahaman yang tepat, tiada gunanya juga.
Sebuah lagi kemalangan membabitkan kren di kawasan penyelenggaran jalan raya berlaku awal pagi tadi dan kali ini membabitkan seorang mangsa warganegara Malaysia iaitu pemandu kereta mengalami kecederaan parah kerana keretanya terhempap besi kren launcher.
Tiga orang mangsa lagi adalah merupakan pekerja projek pembinaan tersebut dipercayai dua orang mangsa telah jatuh setinggi 120 kaki dan disahkan meninggal dunia. Seorang mangsa lagi masih trersangkut di landasan pembinaan lebuhraya dan kerja-kerja penyelamatan mangsa sedang dijalankan oleh anggota bomba.
Foto: Orang awam via BERNAMAFoto: Orang awam via BERNAMA
Kemalangan yang berlaku ini mendapat reaksi netizen yang rata-ratanya kesal dan marah kerana sepertinya tidak ada tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.
Hmm, memang menakutkan apabila mendengar berita-berita kemalangan seperti ini. Mana tidaknya, ia menjadi laluan harian bagi kebanyakan orang. Sudah tentu ramai yang takut untuk lalu dibawah kawasan tapak-tapak pembinaan seperti ini.
Diharap agar pihak berwajib mengambil tindakan yang sewajarnya kepada syarikat pembinaan agar kemalangan seumpama ini tidak akan berlaku lagi.
Nama Justin Bieber sering menjadi tajuk utama surat khabar dan laman web gosip popular di seluruh dunia sama ada dek kenakalannya atau pun kejayaan karier muzik.
Bila bercakap tentang kenakalan, nama Justin Bieber tidak pernah dapat lari apatah sebelum ini dia pernah terlibat dalam pergaduhan besar terutamanya di festival muzik. Namun kali ini cukup berbeza apabila namanya diangkat sebagai wira yang tidak didendang.
Walaupun terpaksa bertindak menggunakan kekerasan namun Justin Bieber dianggap netizen sebagai seorang yang mengambil berat terhadap kaum wanita.
Ini berikutan sebuah kejadian semasa berlangsungnya Festival Coachella di California. Menurut TMZ, Justin dan rakan-rakannya tiba di sebuah lokasi untuk bertemu dengan Patrick Schwarzenegger. Ketika sedang bersantai dengan rakan-rakannya, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul mendekati seorang wanita di parti tersebut dan terus naik angin.
Sumber mengatakan lelaki tersebut berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol dan wanita tersebut berkemungkinan merupakan bekas kekasihnya.
Selepas mendekati wanita tersebut, lelaki berkenaan dikatakan mencekik lehernya dan enggan melepaskannya. Justin yang berada berdekatan segera menghampiri lelaki tersebut dan memintanya untuk dia melepaskan wanita itu. Akan tetapi, lelaki itu telah menengking dan memaki-hamun Justin dan memberi amaran agar tidak masuk campur.
Melihatkan keadaan wanita tersebut yang dalam bahawa, Justin segera masuk campur dan ia sekali gus melibatkan pergelutan fizikal. Justin dikatakan telah memukul lelaki tersebut di bahagian muka dan menolaknya ke dinding.
Lelaki tersebut selepas itu ditedang keluar daripada parti tersebut. Dan menurut laporan lagi, dia kemudian mengejar sebuah kereta dan memukulnya kereta itu kerana menyangka Justin berada di dalamnya. Beberapa jam kemudian dia dilaporkan telah ditahan oleh pihak berkuasa.
Tahniah Justin kerana berani untuk step up dan bertindak apabila melihat keganasan terhadap wanita berlaku di depan mata. Tiada ruang untuk mereka yang bersikap ganas seperti itu dan semua orang harus memainkan peranan seperti yang dilakukan oleh Justin.
Namun apa yang Remaja boleh nasihatkan elakkan daripada memilih kekerasan sebagai pilihan pertama untuk menyelesaikan malasah. Hubungi pihak berkuasa kerana ia mungkin boleh membahayakan diri kamu juga. Jika sudah tiada pilihan lain, maka bertindaklah sewajarnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memasuki 10 malam terakhir Ramadan ini umat Islam diseru meningkatkan amal ibadah untuk mengejar pahala Lailatul Qadar. Di mana malam ini adalah lebih baik daripada 1,000 bulan.
Tambahan lagi di hari Jumaat terakhir di bulan Ramadan yang pada hari Jumaat terdapat satu masa yang dimustajabkan doa bagi sesiapa yang berdoa kepada Allah SWT.
Betapa istimewanya hari Jumaat sehingga ia digelar penghulu segala hari. Jumaat adalah hari yang Allah hadiahkan kepada umat Islam. Hari Jumaat merupakan hari yang mulia dan juga hari raya buat umat Islam.
Ini kerana pada hari Jumaat diwajibkan kepada umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat di masjid secara berjemaah yang mana tidak terdapat pada hari yang lain.
Melalui hadis Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang paling agung di sisi Allah, ia lebih besar di sisi Allah dari hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. Padanya ada lima perkara, iaitu hari Allah menjadikan Adam, hari Allah menurunkan Adam ke bumi, padanya Allah mematikan Adam dan padanya juga ada satu saat apabila seseorang itu tidak memohon sesuatu melainkan Allah memberikannya selagi dia tidak memohon sesuatu yang haram dan padanya (hari Jumaat) berlakulah hari kiamat.” (Riwayat Ibnu Majah).
Hari Jumaat adalah sebaik-baik hari sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya:
“Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Adam AS. Pada hari itu juga dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu jugalah dikeluarkan daripadanya (Syurga) dan tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat”. [Riwayat Muslim, no. Hadits 1411]
Selain itu juga, hari Jumaat mempunyai satu masa yang istimewa di mana pada waktu tersebut Allah SWT akan memakbul dan memustajabkan doa hambanya yang berdoa kepada-Nya. Ini disebut di dalam hadis yang sahih.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika baginda SAW menceritakan akan hari Jumaat:
Maksudnya:
“Pada hari Jumaat itu ada satu masa (waktu), tidaklah seorang hamba yang muslim itu menunaikan solat lalu dia berdoa memohon sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberinya apa yang dimohonkan itu”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadis 883]
Berdasarkan sebahagian hadis yang dinyatakan, jelas menunjukkan bahawa hari Jumaat mempunyai kelebihannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan hari-hari yang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30...