Tiga Tahun Penjara Jika Kamu Didapati Bersalah Menghendap Atau ‘Stalking’

Share

Sistem perundangan Malaysia melangkah satu langkah ke hadapan apabila Dewan Rakyat baru-baru ini meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara Jenayah, bagi menjadikan tindakan menghendap sebagai satu kesalahan.

Menurut laporan, RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 yang memperincikan kesalahan menghendap dan jenis hukuman yang boleh dikenakan serta RUU Kanun Acara Jenayah (Pindaan) 2023 berhubung peruntukan perlindungan kepada mangsa, diluluskan selepas perbahasan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang apabila lebih ramai yang suara yang bersetuju.

Pindaan ini bertujuan memasukkan seksyen baharu 507A ke dalam Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan menghendap ataupun ‘stalking’ dan memperuntukan hukuman iaitu penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Hukuman ini dilihat lebih setimpal dengan kesalahan yang dilakukan itu kerana perbuatan menghendap boleh menimbulkan perasaan takut dan bimbang lalu mengakibatkan implikasi kesihatan mental jangka masa lama. Ia juga mempunyai risiko di mana mangsa boleh dicederakan atau maut akibat obsesi sang pelaku.

Untuk pengetahuan korang, undang-undang sedia ada hanya melindungi mangsa perlakuan mengganggu dan menghendap dalam kalangan pasangan yang pernah mempunyai hubungan perkahwinan yang sah atau bercerai.

Tiada peruntukan yang jelas bagi pihak yang tidak pernah mempunyai hubungan perkahwinan yang sah. Justeru, pindaan ini

memberikan lebih ketenteramaan terhadap mangsa jenayah menghendap melalui perintah perlindungan yang dikeluarkan mahkamah.

Ingat, bukan perempuan je menjadi mangsa menghendap ya. Lelaki pun akan mendapat manfaat daripada pindaan ini sekiranya si pelaku sudah melampau.

Published by
FZ