Siapa yang tak tahu mengenai aplikasi Tik Tok yang wajib dimiliki dalam setiap telefon pintar sekarang.
Namun di Indonesia, remaja di negara itu dikejutkan dengan keputusan kerajaan untuk mengharamkan penggunaan Tik Tok bermula minggu ini.
Alasannya adalah Tik aTok yang dimuat naik oleh remaja Indonesia mengandungi video mirip bahan pornografi. Sesetengah daripadanya pula seakan memperlekehkan agama Islam, walaupun niat user sekadar ingin melawak dan menjadikannya bahan komedi.
Ads
Namun, pengharaman ini hanya berbentuk sementara JIKA Tik Tok yang berasas di China itu boleh memperkenalkan cara menyaring kandungan video atau contentfilter. Kiranya jika ia didapati terlalu seksual, video tersebut akan ditapis sebagai tontonan usia 18 ke atas atau terus tak dibenarkan untuk dimuat naik.
Ads
Hhm, makes sense juga jika Tik Tok dapat berbuat demikian. Ini kerana lebih 2,000 bentuk aduan diterima oleh Kementerian di Indonesia berhubung isu kandungan Tik Tok. Ia jelas menunjukkan masyarakat di sana tidak boleh menerima kandungan video yang melampaui batas.
Ini bukanlah kali pertama sejenis aplikasi diharamkan di Indonesia. Sebelum ini, WhatsApp turut menerima tempias disebabkan fungsi GIF oleh Giphy yang bersifat rasis serta seksual. Selepas kandungan itu ditapis, WhatsApp boleh digunakan semula di Indonesia.
* * * * *
Tik Tok merupakan aplikasi video / foto paling popular di Hong Kong, Jepun dan di kebanyakan negara rantau Asia Tenggara. Di Malaysia, Taiwan, Thailand dan Vietnam pula, Tik Tok adalah aplikasi paling kerap dimuat naik oleh pengguna iOS.
Ads
Di Malaysia, aplikasi ini masih belum menerima aduan perlu ‘diharamkan’ seperti di Indonesia. Namun, pihak Tik Tok telah mengambil beberapa inisiatif untuk memastikan ia selamat dan sesuai digunakan terutama di kalangan remaja.
Contohnya, pengguna boleh menukar profil menjadi private, hanya grup followers pengguna saja yang boleh menonton video baru dan pengguna juga boleh memadam video lama secara permanent.
Namun, pengguna Tik Tok masih berhadapan dengan kemungkinan video tersebut dimuat turun dan seterusnya disebar di media sosial lain seperti Facebook dan Instagram bagi tujuan viral serta mengaibkan orang lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aplikasi YouTube antara yang menjadi pilihan ramai di antara kita kerana dengan adanya platform seperti ini, banyak video-video menarik yang boleh ditonton secara percuma.
Namun begitu, bila dah diberikan secara percuma pastinya ada kekurangan yang penonton alami. Antaranya adalah kekerapan paparan iklan yang keluar disetiap video yang ditonton. Kebiasaannya, iklan berdurasi 5 saat sehingga 30 saat kelihatan agak mengganggu ketika kita sedang asyik menonton.
Korang boleh menggunakan plug in atau pun perisian penghalang iklan seperti AdBlock, atau melanggan sahaja pelan YouTube Premium untuk nikmati pengalaman menonton tanpa iklan.
Namun begitu, sekiranya korang tidak gemar menggunakan AdBlock atau tidak mampu melanggan YouTube Premium, ada cara mudah lain yang membolehkan korang membuang iklan dari YouTube tanpa sebarang modifikasi haram seperti YouTube Vanced, root peranti atau muat turun cetak rompak.
Cara ini adalah dengan hanya menambah noktah “.” Pada URL video yang ingin ditonton.
URL yang ditambah noktah: https://www.youtube.com./MRemajaOfficial
Mudah saja kan? Dengan menambah “,” laman web YouTube tidak akan menormalkan hostname dan menyebabkan kandungan di laman web masih memaparkan dalam keadaan biasa, sambil beberapa perkara lain tidak berfungsi dengan jayanya.
Kebanyakan laman web memaparkan iklan dengan URL tanpa “.” Tambahan. So, kalau korang tambah noktah seperti URL yang ditunjukkan diatas, ia akan menapis semua iklan.
Sepanjang 7 tahun berada dalam pasaran, aplikasi penghantaran mesej iaitu Telegram semakin digemari ramai disebabkan oleh kualiti penghantaran mesej, foto, video serta penggunaan yang mudah.
Malah, ramai pengguna Telegram yang menyukai faktor keselamatan aplikasi itu disebabkan fungsi end-to-end encryption.
Setakat ini, Telegram belum lagi pernah berhadapan dengan mana-mana isu ‘hackers’ daripada pihak ketiga yang tidak bertanggung jawab.
Namun menurut pihak mereka, Telegram akan mula mengenakan pembayaran bermula tahun 2021.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengasas Telegram iaitu Pavel Durov, mereka melakukan sedemikian setelah mendapati syarikat mereka memerlukan dana besar demi mempertahankan perkhidmatan kepada para pengguna.
Malah, Pavel juga mendakwa terpaksa menggunakan dana peribadi untuk memastikan Telegram tidak ‘berkubur’.
Buat masa ini, aplikasi Telegram masih boleh digunakan secara percuma. Namun mulai tahun hadapan, pengguna akan dikenakan kaedah ‘paid features’ dalam aplikasi. Jangan risau, perkhidmatan mesej di Telegram masih kekal percuma. Namun sekiranya korang ingin menggunakan beberapa fungsi lain, korang perlulah melakukan pembayaran seperti aplikasi-aplikasi lain.
Dengan mengenakan bayaran ini, Telegram boleh menjamin perkhidmatan terbaik kepada hampir 500 juta orang penggunanya yang aktif pada masa hadapan.
Untuk pengetahuan, jumlah tersebut masih rendah berbanding pengguna aplikasi mesej WhatsApp yang sudah mencapai angka 7 bilion pengguna di seluruh dunia.
Sebelum ada yang mungkin terkena kejutan elektrik, pastikan bagi pengguna produk Apple mengghentikan penggunaan plug penyesuai tiga cabang ini dengan seberapa segera jika merasakan plug mengalirkan haba berlebihan.
Dalam satu pengumuman, syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc mengumumkan menarik balik semula plug penyesuai tiga cabangnya yang direka untuk kegunaan di beberapa negara di Hong Kong, Singapura, Malaysia dan United Kingdom, secara sukarela.
Syarikat itu dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan tindakan itu dibuat susulan daripada enam kejadian kejutan elektrik yang berpunca daripada plug seumpama itu di seluruh dunia.
Ia merangkumi semua plug Mac Apple dan beberapa peranti iOS yang dikeluarkan antara tahun 2003 dan 2010 termasuk plug penyesuai pelancongan dunia Apple.
“Oleh kerana keselamatan pelanggan menjadi keutamaan, Apple meminta semua pelanggannya untuk berhenti menggunakan plug penyesuai berkenaan,” kata syarikat berkenaan.
Tambah Apple, pertukaran plug berkenaan tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Penarik balikan ini tidak merangkumi penyesuai kuasa USB Apple.
Bagi korang yang ada produk Apple tu dan andainya membeli dalam tahun disenaraikan, cepat-cepatlah menukar ya sebelum terjadinya sebarang tragedi.
Sumber : ASTRO AWANI
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali...