Tik Tok Indonesia ‘Diharamkan’, Apa Nasib Aplikasi Tersebut Di Malaysia?

Share

 

Siapa yang tak tahu mengenai aplikasi Tik Tok yang wajib dimiliki dalam setiap telefon pintar sekarang.

 

Namun di Indonesia, remaja di negara itu dikejutkan dengan keputusan kerajaan untuk mengharamkan penggunaan Tik Tok bermula minggu ini.

 

 

Alasannya adalah Tik aTok yang dimuat naik oleh remaja Indonesia mengandungi video mirip bahan pornografi. Sesetengah daripadanya pula seakan memperlekehkan agama Islam, walaupun niat user sekadar ingin melawak dan menjadikannya bahan komedi.

Namun, pengharaman ini hanya berbentuk sementara JIKA Tik Tok yang berasas di China itu boleh memperkenalkan cara menyaring kandungan video atau content filter. Kiranya jika ia didapati terlalu seksual, video tersebut akan ditapis sebagai tontonan usia 18 ke atas atau terus tak dibenarkan untuk dimuat naik.

 

 

Hhm, makes sense juga jika Tik Tok dapat berbuat demikian. Ini kerana lebih 2,000 bentuk aduan diterima oleh Kementerian di Indonesia berhubung isu kandungan Tik Tok. Ia jelas menunjukkan masyarakat di sana tidak boleh menerima kandungan video yang melampaui batas.

Ini bukanlah kali pertama sejenis aplikasi diharamkan di Indonesia. Sebelum ini, WhatsApp turut menerima tempias disebabkan fungsi GIF oleh Giphy yang bersifat rasis serta seksual. Selepas kandungan itu ditapis, WhatsApp boleh digunakan semula di Indonesia.

* * * * *

Tik Tok merupakan aplikasi video / foto paling popular di Hong Kong, Jepun dan di kebanyakan negara rantau Asia Tenggara. Di Malaysia, Taiwan, Thailand dan Vietnam pula, Tik Tok adalah aplikasi paling kerap dimuat naik oleh pengguna iOS.

 

Tik Tok juga rajin digunakan oleh selebriti seperti Wany Hasrita. Manakala lagu Senyum oleh As’ad Motawh merupakan antara lagu yang popular digunakan oleh netizen Malaysia.

 

Di Malaysia, aplikasi ini masih belum menerima aduan perlu ‘diharamkan’ seperti di Indonesia. Namun, pihak Tik Tok telah mengambil beberapa inisiatif untuk memastikan ia selamat dan sesuai digunakan terutama di kalangan remaja.

Contohnya, pengguna boleh menukar profil menjadi private, hanya grup followers pengguna saja yang boleh menonton video baru dan pengguna juga boleh memadam video lama secara permanent.

Namun, pengguna Tik Tok masih berhadapan dengan kemungkinan video tersebut dimuat turun dan seterusnya disebar di media sosial lain seperti Facebook dan Instagram bagi tujuan viral serta mengaibkan orang lain.

 

 

Published by
FZ