Tiket 2 Hari Konsert Westlife Sold Out Dalam Beberapa Jam? Faktor Reseller Atau..

Share

 

Serious talk, kami sendiri tak menjangkakan tiket konsert 2 hari bagi jelajah The Twenty Tour mampu habis terjual dalam masa beberapa jam saja.

 

Kenyataan rasmi masih belum kami terima daripada pihak penganjur, MacPiePro sama ada ia betul-betul sudah habis ataupun masih berbaki ruang tempat duduk. Namun, hasil percubaan team

REMAJA sendiri yang ingin membeli tiket secara online pada hari ini mendapati kesemua seat telah pantas disambar peminat walaupun ia merupakan konsert 2 hari.

Semalam, penganjur telah mula menjual pra-tiket di kompleks membeli-belah Atria Shopping Centre dan media melaporkan ada yang mula beratur sejak hari Jumaat lagi. (Wait a minute, berapa lama dia menunggu..?!)

Hampir 1,500 orang peminat mengambil kesempatan untuk mendapatkan tempat duduk terbaik dan sanggup beratur. Itu bermakna 10% daripada jumlah tiket The Twenty Tour telah dijual lebih awal.

Adakah itu bermakna 90% baki tiket terjual secara online pada hari ini, walaupun baru beberapa jam berlalu?

Hhm, ada yang mendakwa kemungkinan ramai golongan Reseller yang membeli secara pukal dan menjualnya kemudian pada harga yang lebih mahal.

 

Ada juga yang berharap agar penganjur membuka slot konsert hari ketiga bagi menampung penonton sekiranya benar tiket sudah habis terjual.

 

Haipp, hilang suara anggota Westlife kalau menyanyi tiga hari berturut-turut! Hehe..

Bagi REMAJA, alternatif terbaik mungkin adalah untuk mengubah venue persembahan ke stadium yang lebih besar seperti Axiata Arena Bukit Jalil atau Stadium Merdeka Kuala Lumpur seperti yang dilakukan untuk konsert Ed Sheeran pada hujung minggu ini.

Kita nantikan jawapan balas daripada MacPiePro sajalah ya.

 

Published by
FZ