Mas kahwin atau disebut sebagai mahar adalah antara pemberian berharga wajib yang diberikan si suami buat isterinya sewaktu berlangsungnya Ijab dan Qabul antara kedua calon mempelai.
ARTIKEL BERKAITAN : 6 Pernikahan Yang Dilarang Dalam Islam, Orang Bujang Kena Tahu
Ada lelaki bagi cincin. Kalau ikut adat orang Indonesia, mereka banyak beri jongkong emas dan syiling emas sebagai mahar. Manakala dalam masyarakat Melayu Malaysia, ada yang beri wang tunai atau aksesori barang kemas seperti gelang dan rantai emas yang bernilai sama atau lebih tinggi dari harga mahar yang ditetapkan.
Namun, baru-baru ini tular di platform media sosial satu video yang mencuri perhatian dan dipercayai dari negara jiran, Indonesia.
Berdasarkan video, satu sesi akad nikah sedang berlangsung. Jika diperhatikan, ianya hanya satu sesi akad nikah yang biasa. Namun, jika netizen dengar dengan teliti ada satu perkara yang sangat unik untuk mas kahwin mereka.
Pengantin lelaki itu menyebut mas kahwinnya adalah seperangkat alat solat dan juga tiket Coldplay! Berdasarkan komen, ramai yang mencerumbui pengantin tersebut kerana berjaya membeli tiket Coldplay dan dijadikan sebagai mas kahwin.
Sebelum ini, tiket konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour yang menjadi rebutan ribuan rakyat Malaysia. Bahkan, ribuan peminat tegar Coldplay masih lagi meluahkan rasa bengang dan kecewa apabila tiket umum untuk menyaksikan konsert band muzik pop rock British yang mula dibuka pada jam 10 pagi tadi telah habis dijual dalam tempoh tiga jam.
BACA LAGI : Jadi Duta Maybelline, 10 Fakta Menarik Anak Gadis Shah Rukh Khan