Penyanyi yang terkenal dengan suara lunak, Ernie Zakri baru-baru ini teruja dan berjanji akan memberikan persembahan terbaik di konsert ‘Aura: Ernie Zakri Live in Concert’ apabila melihat tiket konsert sulungnya itu habis terjual dalam tempoh tujuh jam.
Menurut Ernie atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Binti Zakri (32) berkata, beliau sudah lama menyimpan impian untuk mengadakan konsert dan akan menggunakan peluang yang diberikan oleh SAH Entertainment secara baik dengan mempersembahkan hampir 20 buah lagu, termasuk Boneka, Gundah dan Ku Bersuara.
Tambah pelantun lagu Masing-Masing itu juga, peminat juga akan disajikan dengan beberapa kejutan semasa konsert yang dijadualkan pada 25 Januari akan datang di Dewan Plenary Kuala Lumpur Convention Centre.
“Saya tak mahu berjanji terlalu banyak kerana saya hanya menjadi Ernie Zakrie di atas pentas, dan saya percaya orang datang kerana hendak melihat ‘seorang Ernie Zakri’. Jadi, apa saja yang saya nyanyikan, versi saya sendiri ke, suara tinggi dan rendah ke, saya hanya mampu jadi Ernie Zakri”
“Jujurnya tidak pernah saya bayangkan tiket saya akan habis terjual dalam masa tujuh jam, saya bayangkan dalam masa sebulan, saya akan berusaha untuk menghabiskan penjualan tiket tapi Alhamdulillah, peminat sangat hargai apa saya berikan kepada mereka dan saya akan berusaha berikan yang terbaik,” jelasnya semasa sidang media di Petaling Jaya.
Ads
Dalam pada itu, menurut Ernie yang pernah memenangi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-35, ada permintaan agar beliau mengadakan konsert berskala besar, namun beliau tidak mahu terburu-buru berbuat demikian selain ingin lebih dekat dengan peminat.
Ads
Beliau juga menyifatkan kriteria konsert berjaya ialah bukan sekadar tiket konsert yang habis terjual, malah ia termasuk kenangan baik yang akan diberikan kepada penonton yang bakal melihat lebih lagi ini merupakan konsert pertamanya.
Sehubungan itu, bercakap mengenai persediaannya yang bakal menghiburkan kira-kira 3,000 peminat pada konsert ‘Aura: Ernie Zakri Live in Concert’, beliau berikan tumpuan kepada vokal dan juga stamina agar dapat memberikan persembahan yang bertenaga di atas pentas.
Ads
Selain persembahan pada Januari ini, Ernie juga dijadualkan mengadakan konsert solo di Singapura pada Jun tahun depan.
Sumber Artikel: Bernama, Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain kucing, anjing juga adalah haiwan peliharaan yang paling popular. Bagi pemilik haiwan peliharaan ini, mereka amat terhibur dengan keletah haiwan terbabit lebih-lebih lagi jika ia sangat manja dan jinak.
Penyanyi yang dikenali cukup menyayangi haiwan peliharaan, anggota kumpulan BTS iaitu Jungkook membuat kejutan apabila membuka akaun Instagram untuk anjing peliharaannya pada Ahad.
Akaun Instagram dengan nama @bowwow_bam itu dikelolakan sendiri oleh Jungkook menggunakan username Bam’s dad atau ayah Bam.
Menerusi bio di akaun tersebut, Jungkook menulis ‘have a good BAM’ yang mana dalam bahasa Korea bam bermaksud malam.
Penyanyi lagu Seven itu turut menggunakan fotonya bersama Bam (anjing) sebagai foto profil.
Hanya dalam beberapa jam, akaun tersebut sudah memuat naik sebanyak tujuh hantaran termasuk foto dan video Bam.
Dalam pada itu, akaun Bam juga mencapai sebanyak 1.7 juta pengikut walaupun belum 24 jam dilancarkan.
Sehingga artikel ini ditulis, Bam sudah menerima hampir 3 juta pengikut.
Untuk info, Bam merupakan anjing jenis Doberman dan dipercayai usianya masih kecil meskipun fizikal kelihatan besar.
Ketika berbicara dengan Bam, Jungkook menggelarkan dirinya sebagai ‘appa’ yang bermaksud ayah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terengganu adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang melaksanakan pengasingan tempat duduk bagi lelaki dan perempuan di panggung wayang.
Lotus Five Star Cinemas (LFS) Kuala Terengganu yang beroperasi di Paya Bunga Square merupakan pawagam pertama yang patuh Syariah kerana mewujudkan zon pengasingan tempat duduk bagi lelaki dan wanita bukan mahram kira-kira beberapa bulan yang lalu.
Terbaru, Paragon Cinema di KTCC Mall juga mula beroperasi hari ini dan sekali gus menjadikan ia sebagai pawagam ketiga di negeri Terengganu yang patuh Syariah.
Paragon Cinemas KTCC Mall menempatkan 10 buah dewan tayangan kesemuanya dengan kapasiti 1 dewan ATMOS dengan muatan sehingga 232 kerusi, dan 1 dewan skrin gergasi dengan saiz skrin sebesar 18 meter memuatkan 276 kerusi menjadikan Hall 10 Paragon Cinema Kuala Terengganu ini adalah antara yang terbesar di Pantai Timur dan jumlah kerusi yang dimuatkan secara keseluruhan adalah sebanyak 1516 kerusi.
Walau bagaimanapun, bagi pembukaan pawagam ini hanya lima buah dewan sahaja dibuka untuk tayangan percuma selama seminggu (filem-filem 2019) dan juga tayangan berbayar bagi filem terbaru.
Korang berpeluang untuk menebus tiket percuma maksimum 4 tiket untuk sekeping borang tuntutan.
Sebelum ini, peraturan pengasingan tempat duduk yang dikuatkuasakan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ini dilancarkan bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut syariat Islam atau patuh Syariah.
Ini merupakan salah satu inisiatif yang terbaik bagi kerajaan Terengganu untuk terus memantau dan menjaga batas-batas pergaulan di negeri tersebut.
Filem Korea Miracle In Cell No 7 yang pernah viral sebelum ini khabarnya bakal diadaptasi oleh negara jiran kita, Indonesia.
Drama ini mendapat perhatian masyarakat Malaysia kerana jalan cerita seorang ayah yang mempunyai masalah mental berkorban untuk si anak sangat menganggu emosi penonton sehingga membuatkan korang bakal menangis.
Sebelum ini, Turki, India dan Filipina telah membuat filem remake bagi Miracle In Cell No.7 dan kini khabarnya Indonesia juga turut mengadaptasi filem ini.
Versi Indonesia ini diarahkan oleh Hanung Bramantyo yang dibintangi barisan pelakon seperti Vino Bastian, Bryan Domani, Mawar De Jongh, aktris cilik Graciella Abigail, Indro Warkop, Tora Sudiro, Deni Sumargo, Rigen dan Indra Jegel.
Walau bagaimanapun, menurut pengarah filem Hanung Bramantyo, ini adalah tugas besar yang perlu digalas dan bukannya mudah untuk mengarahkan filem remake kerana pastinya bakal berhadapan dengan perbandingan yang akan dibuat oleh penonton.
Beliau juga mengatakan akan ada penyesuaian beberapa babak agar penonton dapat merasa lebih dekat dengan filem Miracle In Cell No.7 dari Korea itu.
Namun begitu, hukuman yang akan dilakonkan nanti adalah fiktif dan tidak terkait dengan hukuman di negara Indonesia.
Wah tak sabar nak tunggu filem ini ditayangkan nanti. Biasanya filem-filem sentuhan Indonesia ni pun tak kurang hebatnya dalam menyentuh emosi sedih penonton.
Aktres berbakat besar, Qistina Raisah meluahkan rasa syukur selepas berjaya memiliki sebuah kereta idaman, Toyota Yaris, dengan wang simpanannya sendiri.Yang lebih membanggakan, pencapaian tersebut...