Akhirnya selepas berminggu menantikan pengumuman rasmi pihak penganjur bagi konsert Blackpink 2019 World Tour [In Your Area] Kuala Lumpur, harinya telah tiba.
Pada sidang media yang dianjurkan sebentar tadi, penjualan tiket akan bermula pada 12 Disember 2018 ini jam 12pm di laman web mereka.
Berkenaan dengan harga tiket pula, get your seat belts tightened.
Harga termurah yang ditawarkan adalah RM373 bagi Green Zone manakala bagi BLINK Zone pula, mereka mengecas RM693 bagi seorang pengunjung. Lihat senarai penuh harga tiket bagi konsert ini.
- RM373 (Green Zone)
- RM483 (Purple Zone)
- RM573 (Yellow Zone)
- RM673 (Red Zone)
- RM693 (BLINK Zone)
Fuh, bukan murah guys. Ramai juga peminat yang mengambil isu harga tiket ini ke Twitter kerana ia dilihat lebih mahal berbanding konsert grup K-Pop yang pernah datang ke Malaysia sebelum ini.
Bagaimanapun, jika dibandingkan harga tiket VIP Blackpink yang dijual untuk lokasi lain di sekitar benua Asia, Malaysia sebenarnya menawarkan harga yang lebih murah. Kami bandingkan harga tiket dengan lokasi lain seperti di bawah.
- Hong Kong: RM374 (paling murah) – RM1,016 (paling mahal)
- Manila: RM212 (paling murah) – RM1,579 (paling mahal)
- Bangkok: RM242 (paling murah) – RM955 (paling mahal)
- Tokyo: RM478 (paling murah) – RM1,089 (paling mahal)
Hhm, patutlah ramai yang berkata Blink di Malaysia lebih bertuah.
Anyway, pihak promoter juga ada menawarkan beberapa benefit kepada pembeli awal. Antaranya termasuklah:
- Pas masuk sound-check kepada yang membeli tiket pada minggu pertama tanpa mengira zon. Ia berdasarkan kepada sistem cabutan bertuah.
- Pas send-off Blackpink kepada yang membeli tiket Blink Zone dan/atau Red Zone. Juga berdasarkan kepada sistem cabutan bertuah.
- Poster percuma kepada setiap pembeli.
Jadi keputusan di tangan korang. Bukan senang nak lihat Blackpink beraksi di depan mata!