Adakah penangan atau demam K-pop di negara kita sudah mulai reda dan ‘kebah’? Jawapannya tidak sekali. Walaupun peminat K-pop agak ‘senyap’ diperkatakan netizen dalam tempoh beberapa bulan ini (terutamanya dengan semua sibuk dengan PRU14) namun mereka masih ada.
Dan terbaru peminat EXO atau dikenali dengan nama EXO-L telah muncul dalam bentuk kuasa yang besar dengan menyerbu tiket jualan konset ElyXion Live In Malaysia sampai SOLD OUT!
Kalau korang peminat K-pop mesti korang perasan dengan #ElyxionInMalaysia yang telah trending di Twitter berikutan ramai yang melahirkan rasa kecewa kerana hajat mereka untuk memiliki atau membeli tiket konsert tersebut tidak kesampaian.
Tiket konsert yang dijual di Atria Shopping Centre dilaporkan telah habis dijual dan jualannya menerusi online pula ‘licin’ dalam masa beberapa mini sahaja.
Remaja difahamkan ada peminat EXO yang telah beratur di Atria Shopping Centre seawal hari Rabu lagi semata-mata ingin membeli tiket konsert grup K-pop idola mereka. Now, that’s what i called a true dedication!
Memang luar biasa betul penangan grup EXO di Malaysia ini, ya. Penganjur konsert tersebut, Star Planet juga mengumumkan tiket telah habis dijual dan mendapat pelbagai reaksi daripada peminat EXO terutama di laman media sosial. Malah ada yang sanggup merayu di laman media sosial untuk mendapatkan tiket. Alahai, kasihannya.
Malah ada juga yang membuat petisyen online merayu untuk EXO mengadakan konsert tersebut sebanyak 2 hari berturut-turut memandangkan ramai yang tidak berjaya mendapatkan tiket.
Jadi memang benarlah, demam K-pop di Malaysida tak pernah surut! Hwaiting! 😀