Berita

Tiket Masih Termurah! Zoo Johor Dibuka Semula April, Jom Kunjung Sambil Beraya

Share

Setelah dinaik taraf melibatkan kos sekitar RM7 juta dari segi kemudahan dan infrastruktur, akhirnya Zoo Johor akan sedia dibuka semula pada April nanti kepada orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, kerakaan negeri bagaimanapun akan mengekalkan harga tiket ke zoo yang terletak di Iskandar Puteri itu.

Pintu masuk Zoo Johor.

“Sebelum ini harga tiket bagi kanak-kanak adalah RM1 dan dewasa pula RM2.

“Kita di peringkat kerajaan masih mengekalkan harga tiket masuk termurah di Malaysia dan peringkat Asia. Cuma untuk warga asing akan ada kenaikan harga sedikit,” katanya kepada pemberita.

Kongsinya lagi, beberapa jenis haiwan akan ditambah jumlah biarpun tidak begitu banyak memandangkan ia masih dalam perbincangan. Yang penting, Zoo Johor baharu ini akan lebih selesa, bersih dan tersusun buat pengunjungnya kelak.

Sebagai info, Zoo Johor mula dibuka pada tahun 1928. Pada keluasan 12.5 hektar, ia merupakan zoo tertua di Malaysia dan mempunyai lebih 100 spesis haiwan.

Tak sabarnya untuk berkunjung ke sini sambil beraya pada bulan April!

ARTIKEL BERKAITAN: “Oyen Sangat Popular…” – Pengunjung Zoo Negara Meningkat 2 Kali Ganda Disebabkan Si Comel ‘BFF’ Capybara Ini! – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ