Uncategorized

TikTok Awards Julung Kali Diadakan Di Malaysia, Rai ‘Influencer’ Tanah Air

Share

TikTok Awards People’s Choice yang julung kali diadakan di Malaysia akan menghimpunkan nama-nama besar dalam kalangan pencipta kandungan di negara ini.

Platform sosial dan video pendek utama itu dalam satu kenyataan memaklumkan, anugerah berkenaan dibuat untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada pencipta ‘luar biasa’ sehingga menjadikan TikTok sebagai medium penyebaran maklumat yang positif serta bermanfaat kepada masyarakat.

TikTok Awards’ People’s Choice akan menampilkan pelbagai kategori, antaranya Creator Of The Year, Rising Star of The Year, Popular Creator of the Year, Celebrity of The Year, Popular Animation Account of The Year, LIVE Creator Of The Year dan TikTok Shop Creator of the Year.

ARTIKEL BERKAITAN : Jadi Trend Di TikTok, Ini Trik & Tip Sinematik Wes Anderson

Calon-calon bagi kategori Creator Of The Year ialah khairulaming, bossjames_oe, lawyergandhi, auntiepurple248, sallywhoo dan ceddyornot manakala Rising Star of The Year pula menampilkan gastonpong, ikhmaln0ur, penceritatv, zarul.hafiz, chefdaveveganjourney serta yuki_dance.

Kategori Popular Creator of the Year pula akan ditandingi drbengee, alexhkf, sofyank96, ryanbakery, gigicheoh dan itsjovynn sementara Celebrity of The Year akan disaingi aerilzafrel8, jannanickofficial, dollaofficial, sitinordiana84, hairul_azreen88 serta zizanrazak869.

Popular Animation Account of The Year pula akan menyaksikan persaingan antara yimotapir, upinipin.official, boboiboy, officialejenali, papapipi dan official_didiandfriends manakala kategori LIVE Creator Of The Year akan ditandingi garyislit_, quehaidar, hafizalonggs, wafiy_aan, tigerlabu serta ervan818.

TikTok Shop Creator of the Year pula akan menjadi rebutan antara anaszahrin, tangsiewsiang, vicky.littlewolf, dapur_mahir, watermummy_oe dan dearcarynn.

Orang ramai boleh mengundi calon dalam tujuh kategori People’s Choice ini melalui aplikasi TikTok dengan carian TikTok Awards, mulai 15 Ogos hingga 26 Ogos depan.

TikTok Awards MY 2023 dikuasakan oleh Siri HONOR 90 5G sebagai penaja utama dan dibawakan oleh foodpanda sebagai penaja bersama.

Sementara itu, pengguna TikTok yang menetap di Malaysia boleh menjadi sebahagian daripada acara terbesar TikTok tahun ini dengan menyerahkan penyertaan mereka bagi kategori Judge’s Pick.

Mereka hanya perlu berkongsi kisah inspirasi mereka di TikTok dari semalam hingga 14 Ogos ini dengan tanda pagar #RoadtoTikTokAwardsMY. Ikuti @tiktokawardsmy di TikTok untuk maklumat lanjut mengenai TikTok Awards MY 2023.

Pengumuman calon bagi kategori Judge’s Pick boleh ditonton menerusi ‘strim’ sidang media TikTok Awards MY 2023 di @tiktok_malaysia pada 15 Ogos depan, jam 8 malam.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Fath