Tanpa memerlukan pengenalan, korang pasti sudah tahu apakah itu TikTok.
Sejak dilancarkan pada tahun 2017, penguna TikTok kian meningkat di seluruh dunia. Disebabkan oleh populariti aplikasi ini di kalangan remaja dan kanak-kanak, ramai yang sering menggunakan TikTok dan berkongsi video mereka di platform lain.
ARTIKEL BERKAITAN : WhatsApp Hadkan Pengguna Pada Tahun 2023? Check Korang Layak Atau Tidak!
Namun jujurnya, disebabkan oleh pengguna yang tak bertanggungjawab, TikTok juga berdepan dengan masalah biasa seperti di media sosial lain.
Korang pernah dengar kan kes remaja yang jatuh sakit disebabkan terlalu obses melayari media sosial dan internet. Mata boleh sakit, kepala pun mudah pening kerana menghadap skrin tanpa henti.
Tiktok Had Masa Skrin Selama 60 Minit
Terbaru, TikTok memaklumkan setiap akaun pengguna bawah 18 tahun akan mempunyai had masa skrin selama 60 minit dalam beberapa minggu akan datang.
Perubahan itu dibuat kerana kebimbangan kerajaan mengenai keselamatan penggunaan aplikasi berkenaan.
Ia juga berikutan kesukaran ibu bapa untuk mengehadkan masa anak mereka untuk menonton perkongsian video di aplikasi dari China itu.
Ketua Amanah dan Keselamatan TikTok, Cormac Keenan menerusi perkongsian di blog memberitahu apabila had satu jam dicapai, kanak-kanak di bawah umur akan diminta memasukkan kod laluan untuk membuat keputusan aktif untuk terus menonton.
Bagi akaun pengguna berumur di bawah 13 tahun, ibu bapa atau penjaga perlu menetapkan atau memasukkan kod laluan sedia ada untuk membenarkan 30 minit masa tontonan tambahan sebaik sahaja had satu jam awal dicapai.
TikTok menetapkan tempoh satu jam selepas berunding dengan penyelidik akademik dan pakar dari Makmal Kesejahteraan Digital di Hospital Kanak-kanak Boston, Amerika Syarikat (AS).
Eksekutif media sosial, termasuk daripada TikTok dipanggil di hadapan Kongres AS untuk menjelaskan cara mereka menghalang bahaya bagi pengguna muda.
Beberapa ciri keselamatan TikTok sedia ada untuk akaun remaja termasuk menetapkan akaun kepada peribadi untuk yang berumur 13 hingga 15 tahun dan menyediakan pemesejan terus hanya kepada pengguna berumur 16 tahun atau ke atas.
BACA LAGI : Google Meet Percuma Dibenarkan Untuk Penggunaan 1 Jam Sahaja Bermula 28 Jun Ini
BACA LAIN: Hanya Buat Video Tentang Malaysia, TikToker Perancis Terus ‘Terkenal’
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.