TikTok Tak Jadi ‘Banned’ Di Amerika Syarikat Selepas Hakim Halang Arahan Trump

Share

Kita semua sedia maklum bahawa hubungan politik dan ekonomi di antara 2 negara gergasi, China dan Amerika Syarikat (US) selalu berdepan dengan ketegangan.

Pelbagai konflik pernah tercetus pada era millennial ini. Kalau nak disenaraikan satu-persatu memang tak terkira!

Awal bulan lepas, presiden Amerika Syarikat ini telah mengeluarkan arahan eksekutif untuk mengharamkan operasi aplikasi TikTokyang berasal dari China di negara yang diperintahnya itu kecuali jika aplikasi tersebut dijual pada bulan ini.

Menimbulkan keresahan terhadap pengguna aplikasi popular itu, terbaru Trump tetap berdegil untuk mengharamkan aplikasi itu bermula 15 September dan proses tersebut akan mengambil masa 45 hari.

Terbaru, Peguam pihak TikTok turut memberikan hujah yang mana pengharaman aplikasi berkenaan tidak menghormati pengguna, penghasil kandungan, dan pada masa yang sama memberikan kesan reputasi terhadap TikTok dan pengiklan.

Untuk info, pada bulan Ogos lepas, Trump telah mengatakan TikTok dan WeChat membawa kepada bahaya dan ketirisan sekuriti negara, sekaligus mengumumkan aplikasi berkenaan akan diharamkan di kedai aplikasi Amerika Syarikat.

Dengan injunksi sementara ini, aplikasi TikTok akan dapat terus dimuat-turun melalui kedai aplikasi di Amerika Syarikat buat masa ini.

Untuk pengetahuan korang, selain India dan mungkin Amerika Syarikat, Australia juga telah bertindak untuk menolak produk Huawei dan sedang mempertimbangkan keputusan mengharamkan TikTok.

Sumber : Astro Awani

Published by
Ruziana Zainal