TikTok Padam Lebih 7 Juta Akaun, Tetapkan Syarat Baru Untuk Pengguna

Share

TikTok bukan aplikasi yang asing lagi buat masyarakat Malaysia, malah ramai mengunakan medium ini untuk menyebarkan info dan ilmu yang berguna.

Walaupun sudah dilancarkan lama, tetapi di negara kita aplikasi ini baru sahaja ‘diterima’ kira-kira setahun yang lalu. Semuanya gara-gara PKP yang mana masyarakat sudah bosan duduk di rumah dan ingin melakukan sesuatu yang menghiburkan.

Namun, baru-baru ini TikTok menetapkan syarat baru untuk para penggunanya dengan membenarkan pengguna berusia 13 tahun ke atas mendaftar dan menggunakan aplikasi tersebut. Ini merupakan kali pertama TikTok mengenakan syarat umur berkenaan bagi membantu menjamin keselamatan pengguna.

Disebabkan itu, sebanyak 61,951,327 video telah dihapuskan kerana didapati melanggar polisi. Daripada angka tersebut, sebanyak 82 peratus video telah dihapuskan sebelum ditonton, 91 peratus sebelum dilapor penmgguna dan 93 peratus dalam 24 jam selepas dimuat naik.

Turut terkesan, 1,921,900 iklan ditolak kerana melanggar syarat pengiklanan. Jumlah keseluruhan, 11,149,514 juta akaun telah dihapuskan atas kesalahan melanggar terma dan syarat platform tersebut.

Tiktok dalam kenyataannya menekankan bahawa pihaknya tegas dalam melaksanakan peraturan baharu itu untuk melindungi penggunanya khususnya golongan remaja, termasuk menghadkan fungsi pesanan peribadi dan streaming secara langsung untuk pengguna berusia 16 tahun ke atas.

Januari tahun ini, TikTok memperkenalkan fungsi di mana penggunanya di bawah usia 16 tahun boleh menetapkan akaun mereka secara automatik ke mode peribadi. Walaupun begitu, aplikasi popular dari China itu sehingga ke hari ini masih menerima banyak pengguna baharu bawah umur.

Hmm…penulis sokong apa yang dilakukan oleh TIkTok ni, sebab banyak kes yang tidak diingini berlaku kepada pengguna baharu bawah umur ni.

Sumber: BBC

Published by
Nana