Sebelum ini timbul ura-ura yang mengatakan TikTok bakal melancarkan TikTok Shop yang akan memberi saingan kepada beberapa platform atas talian seperti Shopee, Lazada, Zalora dan Carousell.
BACA: Aplikasi TikTok Saingi Shopee, Akan Perkenal Kedai Atas Talian Di Malaysia
Kini, TikTok secara rasmi telah memperkenalkan ciri baharu TikTok Shop di Malaysia yang membolehkan proses jual-beli terus dilakukan pada platform tersebut tanpa perlu meninggalkannya. TikTok kini sudah menjadi aplikasi ‘Shopertainment’, dimana pengguna boleh mengikuti kandungan dan membeli-belah terus di platform berkenaan.
BACA: TikTok Rampas Tahta Google, Laman Paling Banyak Dilawati Tahun 2021
Menurut TikTok, pada tahun 2021 sahaja Malaysia mencatatkan transaksi berjumlah RM279 bilion dalam arena e-dagang dan dijangka akan terus berkembang pesat, sekali gus memperlihatkan TikTok di dalam arena yang tepat untuk membantu peniaga dan juga memudahkan pengguna.
Bagaimana ciri ini akan digunakan?
Video promosi termasuk pautan terus untuk membeli tanpa meninggalkan aplikasi akan dipaparkan kepada pengguna. Khabarnya juga, untuk pengenalan TikTok bakal menawarkan baucar penghantaran percuma, baucar diskaun dan sebagainya.
Fuh, rasanya ciri yang diperkenalkan ini memang terbaik kerana rata-rata pengguna kini menggunakan TikTok dan kami pasti ramai yang lebih selesa sekiranya urusan membeli-belah dapat dibuat terus daripada platform ini.
Apa pula pendapat korang?
BACA: 10 Selebriti Korea Yang Paling Ramai Pengikut Di Aplikasi TikTok
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=AYk1bsTX4DU