Pejam celik, Elfira pantas mengharungi tempoh sembilan bulan kehamilan.
Mereka berdua menaiki pelamin pada tahun baru, 1 Januari lalu dan selang 10 bulan, hari yang dinanti tiba juga.
Nama dan jantina kepada bayi ini masih dirahsiakan sehinggalah waktu yang tepat tiba. Namun Elfira tidak melengah-lengahkan masa untuk berkongsi berita gembira ini dengan rakan, keluarga dan peminat.
Menerusi posting itu juga, ramai rakan selebriti yang tidak terkecuali mengucapkan tahniah kepada Elfira dan Faris.
Wow, memang jelas Elfira dan Faris disenangi oleh ramai rakan selebriti.
Mereka berdua terutamanya Elfira ikhlas ketika berkawan dan bekerja, jadi ramai yang mendoakan segalanya dipermudahkan ketika fasa menimang cahaya mata ini.
Apapun, REMAJA ingin ucapkan TAHNIAH kepada kalian berdua. Semoga fasa menjadi ibu dan ayah selepas ini akan kalian enjoy bersama.
P.S: Tak sabar nak tahu nama bayi mereka.