Timbul “Kisah” Di Sebalik Kisah Lelaki Lumpuh Yang Ustaz Ebit Lew Bantu Di Kedah, Biar Allah MenilaiNya

Share

Sejak semalam di fb Ustaz Ebit Lew, dengan penuh keikhlasan hati serta tangisannya, beliau berjaya mendapatkan sebuah rumah sewa untuk diduduki oleh seorang lelaki tua, Pak Ad yang terbaring lumpuh bersama cucu-cucunya. Rumah yang diduduki sebelum ini agak uzur dan tidak sesuai diduduki.

Kejujurannya membantu keluarga ini dapat dilihat kerana  Ustaz Ebit Lew bersungguh-sungguh mencari sebiji rumah, membaiki masalah pendawaian dan air malah Ustaz Ebit akan membayarkan sewa rumah itu selagi dirinya bernyawa. Allah, besar sungguh pengorbanan Ustaz dan moga Allah membalasnya dengan syurga.

Malah beliau turut berkongsi kisah cucu-cucu Pak Ad ini begitu gembira berpindah ke rumah baru, mahu belajar solat dan lain lagi.

Namun di sebalik perkongsian dari Ustaz Ebit Lew timbul satu kenyataan dari seorang pengguna fb atas nama Mohd Ruslin Abdullah yang berkongsi bahawa keluarga pakcik lumpuh itu sebenarnya ada menerima bantuan termasuk dari Lembaga Zakat Kedah.

Dalam perkongsiannya, timbul dakwaan bahawa segala perabot di dalam rumah disediakan sebelum ini habis dijual?

Bagi REMAJA, dunia melahirkan pelbagai kisah kejadian yang boleh kita jadikan iktibar bersama-sama. Ada yang memang susah dan wajar dibantu. Ada yang sengaja buat-buat susah semata-mata nak terima bantuan dan ada lebih teruk, memang kehidupan mereka susah tapi mereka sendiri “susah” nak berubah dan hanya mengharapkan bantuan orang. Tapi dalam ramai manusia,  Allah hadirkan lebih ramai orang baik untuk kita saling bantu membantu tak kisahlah apa kisah belakang mereka. Kita yang berkemampuan wajib membantu orang susah dan doakan agar kehidupan mereka berubah. Tapi apa paling penting adalah niat perbuatan kita. Biarlah ianya kerana Allah taala dan Allah yang menilainya.

Baca perkongsian diberikan khas untuk Ustaz Ebit Lew ini.

Duhai Ustaz Ebit..

(EXCO kerajaan kedah ada tu)📢📢📢📢📢

Kami tahu tujuan tuan baik dan ikhlas. Besar ganjarannya membela nasib mereka yang susah dan miskin.

Ustaz..

Ustaz hadir ke kampung kami tanpa tanya kami. Tanpa selidik cerita Pak Aq dan anak-anaknya ni.  Sekarang kami difitnah netizen satu Malaysia. Penduduk kena fitnah, masjid kena fitnah, Zakat Kedah kena fitnah, Kerajaan kena fitnah, Tuan Tanah pun kena fitnah angkara kuasa viral sebelah pihak.

Kami tau Ustaz punya pengikut yang ramai  tapi timbulkan fitnah itu adalah perkara baik? Jahatkah kami sampai biar mereka ini sampai hidup dalam sampah.

Ustaz… kami semua tak biarlah mereka hidup mcm tu. Tapi Ustaz, bukan kami saja bantu mereka tapi mereka juga perlu bantu diri mereka.

Ustaz …

Berapa banyak lagi perabot, tilam, bantal, dapur gas, tong gas dan barang makanan yang perlu kami bagi tapi habis hilang😢..

Berapa wang dan rumah lagi perlu tuan tanah bagi pada mereka. Bagi duit, bagi rumah sebuah tapi tak nak. Nak dua buah rumah. Kesian tuan tanah tu Ustaz.

Kerajaan, Lembaga Zakat nak bagi rumah tapi kenapa anak-anak Pak Aq ni tak mau hadir jumpa? Takut apa? Kerajaan nak bagi tempat tinggal. Bukan nak bawa ke balai polis Ustaz.

Baguslah kalau Ustaz dapat pujuk Pak Aq dan anak-anak cucu dia pindah rumah tapi pesan- pesanlah jangan jual lagi perabot dan apa jual sumbangan orang ramai.

Duhai Ustaz, kami penduduk Kedah dan semua orang-orang kampung redha kena fitnah dan caci maki pengikut Ustaz tapi kami tak akan buka aib keluarga ni.

Terima kasih Ustaz atas bantuan pada Pak Aq dan anak2 cucu dia. Moga mereka berubah. Dan Ustaz, gunalah populariti Ustaz ke arah kebaikan bukan timbul fitnah pada orang lain.

Moga Allah merahmati amin amin yarabbalamin.

Saya minta maaf jika terkasar bahasa.
Allah sayang kita semua.

Cuba Baca Komen-komen Di bawah…
Betul kan‼️

Moga Allah merahmati ..

09.54 malam
20 April 2020
Alor Setar

Published by
Almaswa Haji Che Ros