Sneakers adalah kasut yang mesti ada dalam rak setiap orang. Kenapa ?
Bukan sahaja ianya sangat selesa, senang bergerak, pelengkap gaya malah sesuai dengan zaman sekarang yang kebanyakan syarikat beri kelonggaran kepada kakitangan untuk tampil dengan gaya pakaian kasual daripada pakaian formal.
ARTIKEL BERKAITAN : Park Seo Joon Kini Duta Skechers! Ini 5 Kasut Yang Dipakainya – REMAJA
Sneakers adalah kasut yang tidak di makan dek zaman cuma corak, bentuk dan gaya sahaja berubah setiap tahun. Oleh itu, ia adalah langkah bijak untuk menyimpan beberapa pilihan sneakers yang pada bila-bila masa akan dipakai semula malah menjadi ikutan masa kini.
Selalu digayakan oleh artis Korea dan turut menjadi inspirasi. Bagi korang yang sedang mencari sneakers baru, ini tengah trending.
Nike Dunk High Black and White
Salah satu sneakers yang sedang viral di Korea kini adalah keluaran Nike ini. Khabarnya kasut ini sukar didapati dan harganya berlipat kali ganda. Mempunyai reka bentuk yang sporty
dan besar, kasut ini disukai oleh lelaki dan wanita. Salah seorang artis Korea yang mempamerkannya di Instagram ialah Minkyung Davichi.New Balance 550 Men’s Sneaker Shoes – Putih
Sneakers ini juga sukar didapati kerana popularitinya. Selebriti Korea sering mengayakan sneakers ini dengan pakaian kasual untuk kemana sahaja. Gaya stylist terkenal Korea Kim Ji hye ini boleh dijadikan rujukan dalam berfesyen.
Miu Miu x New Balance 574
Kerjasama antara jenama juga kian menjadi semakin popular. Salah satunya kasut Miu Miu x New Balance. Mempunyai model dan warna yang ringkas, kasut itu sesuai untuk kegunaan harian serta menaik taraf penampilan korang. Yoona SNSD turut memakainya dalam penggambaran baru-baru ini.
Chanel Sherling Hi Top Sneakers
Sebagai duta jenama, Jennie Blackpink sering bergaya dengan pelbagai produk Chanel termasuk kasut sukan. Kelihatan kasual dalam sut denim baru-baru ini, Jennie memilih kasut Chanel berbulu untuk melengkapkan gayanya. Kasut itu juga seolah-olah mencuri perhatian.
Dior-ID Sneakers
Sneakers putih adalah item yang mesti ada untuk fesyen. Jika anda mencari reka bentuk yang unik dan feminin, kasut Blackpink Jisoo ini boleh dipertimbangkan.
CT-02 Mid Sneakers
Satu lagi cadangan kasut putih yang digunakan oleh artis Korea ialah keluaran Celine ini. SNEAKER MID CT-02 DENGAN VELCRO dalam CALFSKIN Optic White/Black dipakai oleh Lisa Blackpink yang terkenal dengan gaya sporty
. Reka bentuk dan warna kasut ini cukup ringkas untuk dipakai dan dibawa dimana-mana majlis.Converse Chuck 70 Hi sneakers – Lilac
Sneakers bernuansa monokrom lebih mudah dipadankan dengan pelbagai pakaian. Tetapi tidak salah untuk memilih warna yang luar biasa. Korang yang sukakan warna feminin boleh pertimbangkan kasut Converse lilac ini. Gaya influencer Onnuk ini boleh jadi rujukan.
Nampak tak dengan hanya menyarung sepasang sneakers, penampilan korang akan terus berubah jadi lebih bergaya. Tak caya? hehe
BACA LAGI : 10 Rekaan Sneakers Kolaboratif Terbaik Rekaan VIRGIL ABLOH
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.