
Pejam celik, bermula malam ini kita akan kembali menemui bulan Ramadan Al-Karim, insyaAllah.
Inilah masanga untuk kita mula mempertingkatkan ibadah dan mengubah rutin serta gaya hidup kita; dengan harapan kita akan kekal istiqomah sesudah berakhirnya bulan Ramadan
Usah tunggu sehingga 10 malam terakhir. Sebelum tiba waktu itu, inilah masanya untuk kita sama-sama melengkapkan diri dengan lima cara basic ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Comel Sangat Lihat Korean Muslims Dalami Islam & Siap Sedia Ramadan – REMAJA
Sama-samalah kita berdoa agar langkah kita sepanjang bulan Ramadan ini berjalan lancar dan dipermudahkan.
BACA LAGI : 7 Drama Ramadan Paling Best Untuk Ditonton Semula – REMAJA
Geng ‘Gila Kicap’ Perlu Cuba Perisa PERi-PERi Terbaru Di Nando’s Ini, Serius!

Mengikut pengalaman sendiri, pengunjung tegar ke restoran Nando’s Malaysia kebiasaannya akan memesan hidangan suku ayam bersama dua menu sampingan, bukan.
Biarpun Nando’s ada menyediakan pelbagai lagi menu lain yang tidak kurang sedapnya dan menarik untuk dicuba, menu set tersebut sudah sebati dengan lidah pengunjung Nando’s.
Well, kunjungan REMAJA ke cawangan Nando’s baru-baru ini juga dijanjikan dengan hidangan ayam yang biasa penulis pesan. Cuma ada sesuatu yang berbeza pada warnanya. Huh, nampak lebih ‘berkilat’ dan baunya juga sedikit berbeza apabila hidangan tiba ke meja kami.
Rupa-rupanya, ia merupakan menu terbaru yang dicipta khas oleh Nando’s untuk pasaran Malaysia dan Singapura sahaja. ‘Terbanglah’ ke mana-mana negara selain dua buah negara ini, korang tidak akan menemui menu ini.
Apa yang membuatkan ia berbeza adalah kerana ia diinspirasikan daripada budaya makan dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan Singapura yang menggemari perisa kicap. Kalau tak ada kicap di atas meja, memang tak sah! Tidak kiralah korang berasal dari negeri mana sekalipun mahupun berdarah Melayu, Cina atau India; kicap dan masyarakat kita berpisah tiada.
Hasil inspirasi ini, Nando’s mengajak korang untuk merasai set PERi-PERi Soya baharu khas demi pelanggan di negara kita.
Ayam panggang kelihatan amat menyelerakan dengan sos aromatik berwarna lebih gelap daripada kebiasaan (kerana adanya campuran kicap). Pada gigitan pertama, penulis terus dapat mengesan sos PERi-PERi pedas dengan perisa kicap manis. Rempah ratus yang menjadi resipi rahsia Nando’s seakan mencampur adukkan dua elemen tersebut dengan penuh lazat.
Kongsi Nando’s kepada REMAJA, idea untuk menghasilkan menu PERi-PERi Soya ini hadir secara semulajadi apabila mereka cuba memikirkan bagaimana mereka boleh memuaskan hati segenap masyarakat Malaysia without trying too hard dan ia perlu sinonim dengan lidah semua orang. Lantas, perisa kicap terus menjadi pilihan Nando’s pada akhir tahun ini.
Bagi korang yang ingin mencubanya, menu PERi-PERi Soya ini didatangkan dalam pakej untuk 4 orang di mana ia terdiri daripada satu ekor ayam, satu kerepek keledek dengan sos PERinaise, empat hidangan sampingan dan empat minuman ringan (bottomless). Semua itu hanya pada harg RM95 sahaja (atau RM23.75 seorang). Not bad kan?
Sekiranya korang ingin ‘tapau’ pulang menu baharu ini, Nando’s Malaysia juga sedang menawarkan diskaun 15 peratus sekiranya korang memesan satu ekor ayam tersebut secara atas talian dengan kod promo Chicken15.
Pakej berharga RM99 ini terdiri daripada seekor ayam, empat Nata Portugis (seperti egg tart), empat hidangan sampingan dan empat minuman.
Ingat, kod promosi ini hanya terhad bermula sekarang hingga 27 Februari 2022.
Enjoy the new taste!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Remaja Jepun Sambar Pingat Emas PERTAMA ‘Skateboarding’ Dalam Sejarah Olimpik

Buat kali pertama dalam sejarah penganjuran Sukan Olimpik, sukan papan luncur ataupun skateboarding telah diperkenalkan pada edisi Tokyo 2020 kali ini.
Dahulu, ada yang beranggapan skateboarding sebagai aktiviti hobi jalanan anak muda. Ia kemudian mula mendapat perhatian ramai sebagai salah satu gaya hidup sihat dek pengaruh yang dimiliki oleh peluncur lagenda Amerika Syarikat, Tony Hawk.
Kini 21 tahun setelah Hawk mengambil keputusan berhenti daripada bertanding secara profesional, sukan skateboarding muncul buat kali pertama di pentas Sukan Olimpik hari ini.
Bertempat di Ariake Urban Sports Park, acara akhir Men’s Street telah menyaksikan saingan yang cukup sengit diberikan peluncur dari Amerika Syarikat, Jagger Eaton dan peluncur dari Brazil, Kelvin Hoefler.
Namun, pingat emas pertama skateboarding ini telah disambar peluncur dari negara tuan rumah Jepun menerusi peluncur remaja, Horigome Yuto.


Remaja berusia 22 tahun ini mengumpul skor 37.18 bagi mengatasi Hoefler yang ketinggalan 1.03 mata di belakang bagi meraih pingat perak.
Yuto yang juga merupakan anak kepada seorang pemandu teksi di Tokyo pada awalnya bermula agak goyah. Namun dia kembali dari belakang dengan satu-persatu trik menarik sehinggakan dia mampu berada pada kedudukan teratas.
Ia sekaligus menyaksikan Yuto mengatasi saingan atlet kegemaran ramai dari Amerika Syarikat, Nyjah Huston yang terpaksa berpuas hati di kedudukan ketujuh secara keseluruhan setelah terjatuh empat kali berturut-turut.
*
Untuk pengetahuan, setiap atlet perlu melakukan dua pusingan di skate park dalam masa 45 saat dan perlu melalui ramp, tangga, curbs, dinding dan rail. Mereka kemudiannya akan mengambil giliran mempersembahkan 5 trik yang dipilih sendiri.
Dari situ, lima orang para juri memberikan skor (10 menjadi skor tertinggi) untuk dua pusingan itu dan mengikut lima trik tersebut. Antara elemen yang diambil kira adalah kepantasan, kesukaran trik, originaliti, masa serta penyudahan. Bagi setiap elemen ini, skor tertinggi dan terendah akan disingkirkan, lalu hanya tiga skor lain diambil kira.
Empat skor purata tertinggi daripada 2 pusingan dan 5 elemen tersebut kemudiannya akan digabungkan menjadi skor keseluruhan. Ini bermakna, hanya empat daripada tujuh skor tadi yang diambil kira.
Pada dua pusingan awal itulah waktu di mana Yuto sedikit bergelut dengan persembahannya. Bagaimanapun, dia bertambah lebih baik dalam bahagian trik dan memperolehi skor hampir sempurna dengan kutipan 9.50.
Cer tengok klip pendek persembahan Yuto di bawah ini:

Sekiranya Yuto memenangi kategori Street, sukan skateboarding ini juga mempertandingkan kategori Park. Berlainan dengan Street yang mempunyai halangan, Park pula dipertandingkan di arena berbentuk bujur (seperti yang selalu kita saksikan) dan mempunyai halangan tersendiri pada bahagian ramp dan dinding.
ARTIKEL BERKAITAN : Remaja 21 Tahun Jadi Pemenang Pingat Emas Pertama, ‘Self Service’ Di Podium – REMAJA
“Finally, Dr Amalina On TikTok”, Netizen Puji Perkongsian Ilmu Perubatan Beri Manfaat

TikTok merupakan aplikasi yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia kerana rata-rata daripada mereka sudah memperluaskan ‘networking’ di laman media sosial ini pula. Walaupun sudah dilancarkan lebih kurang empat tahun lalu, tetapi di negara kita aplikasi ini baru sahaja ‘diterima’ kira-kira setahun yang lalu.
Semuanya gara-gara PKP 1.0 yang mana masyarakat sudah bosan duduk di rumah dan ingin melakukan sesuatu yang menghiburkan. Lazimnya, TikTok dikenali sebagai platform untuk berhibur kerana ia membolehkan pengguna membuat video muzik pendek dan lip-sync lebih kurang dalam 1 minit.
Namun begitu, kini aplikasi tersebut bukan hanya untuk hiburan semata-mata, tetapi ia juga digunakan untuk menyebarkan dan berkongsi ilmu.
Seperti apa yang telah dilakukan oleh Dr. Amalina Che Bakri, beliau baru sahaja mewujudkan akaun TikTok dan apa yang menariknya, Dr. Amalina berkongsi informasi tentang dunia perubatan.
Beliau turut memuat naik ciapan di Twitter dengan menyatakan bahawa dia sedaya upaya menjauhkan dirinya daripada TikTok tetapi dia turut terfikir ia juga bagus untuk dijadikan platform bagi menjelaskan salah faham orang ramai mengenai ilmu perubatan.
I tried to stay away from TikTok but I think it’s a great platform for public health education especially to counter disinformation. So, here I am. pic.twitter.com/JLiFdXZMOz
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) February 15, 2021
Pengisian content yang dibuat di TikTok dramalinabakri mendapat reaksi positif dan rata-ratanya menyambut baik kehadiran Dr Amalina dalam aplikasi tersebut.
Terbaiklah Dr Amalina! Diharap perkongsian berilmu ini dapat menarik lebih ramai anak muda khususnya untuk mendalami ilmu perubatan.
Sumber: Dr Amalina Bakri