Setiap remaja yang habis belajar pasti tidak sabar untuk mencari pekerjaan dan merasa duit hasil titik peluh sendiri. Selepas berhempas pulas dan berkorban masa belajar dan menghadap apa jua jenis assignment kini tiba masanya untuk menjadi seorang yang berdikari!
Semua orang akan berlumba-lumba untuk mencari pekerjaan terbaik di syarikat terbaik dan di dalam ‘ekosistem’ kerja terbaik. Namun dengan persaingan serta jumlah graduan yang semakin ramai, peluang untuk mendapat kerja menjadi semakin sukar.
Untuk dapatkan pekerjaan semestinya setiap orang akan lalui proses temuduga. Dan di sinilah betapa pentingnya untuk kamu membawa diri serta menyerlahkan kemampuan untuk bercakap serta meyakinkan mereka mengapa kamu harus dipilih. Percayalah, setiap calon temuduga mahu kelihatan pintar saat ditemuduga. Kini pelbagai trik serta tips boleh didapati di Internet.
Tetapi ada 5 perkara yang harus kamu elakkan terutamanya bagi kamu generasi milleneials yang terampil serba up to date! Jom sama-sama kita ikuti.
Setiap orang tidak kiralah dari jurusan apa sekali pun pasti perlu menyediakan curriculum vitae (CV) mereka yang mengandungi pelbagai maklumat peribadi tentang kelulusan serta skil yang kamu ada. CV kalsik biasanya di atas kerts putih dengan tulisan hitam yang sangat membosankan! Sebagai generasi baru akmu perlu tampil lebih kreatif. Hasilkan CV lain daripada yang lain dan mudah difahami. Tak perlu sarat dengan segala benda yang tidak penting.
Ramai orang bila ditanya tentang kelemahan mereka akan jawab debngan jujur kelemahan mereka. Itu salah! Cara yang betul untuk berkongsi kelemahan kamu ialah dengan menyatakan bersama bagaimana untuk kamu mengatasi kelemahan tersebut tanpa perlu penemuduga bertanya kemudian. Ini menampakkan kamu lebih matang dan menunjukkan karakter seseorang yang ingin belajar daripada kesilapan dan mencari jalan untuk berubah. Penemuduga sekarang lebih pintar dan cerewet jadi kamu perlu tonjolkan diri dengan penuh yakin.
Satu lagi jawapan yang biasa dijawab bila ditanya tentang hobi ialah membaca buku. Mungkin ingin kelihatan lebih cerdik atau sentiasa dahagakan ilmu, ramai memberi soalan ini dengan harapan mahu kelihatan pandai. Ia tidak salah jika ia memang hobi kamu. Tapi jangan pula bila ditanya apakah buku kegemaran dan penulis dikagumi kamu tergagap-gagap menjawabnya. Mereka akan tahu kamu berbohong. Oleh itu, sebaiknya bertahu sahaja dengan jujur apakah hobi kamu. Main muzik? Ya, kenapa tidak sebab muzik mampu menjana minda kreatif!
Artikel Berkaitan: Ada Cara Terkini Beli No. Pin UPU, Tak Perlu Beratur Di Bank
Ya, kita faham untuk temuduga perlu berpakaian kemas. Tapi kamu harus ingat carilah pakaian yang sesuai dengan jawatan yang dipohon. Jangan over do. Contohnya jika kamu memohon jawatan sebagai pereka grafik, cukup sekadar berpakaian kemas dengan kemeja dan seluar khakis. Kalau pakai lengkap siap dengan kot sepasang dengan seluar dan kasut berkilat-kilat, ia nampak berlebihan. Kamu juga perlu lihat budaya pemakaian dan cara kerja syarikat tersebut. Biarlah sesuai dengan budaya mereka agar kamu nampak lebih bersedia untuk diambil kerja pada hari yang sama.
Sama ada betul atau tidak hampir semua orang akan menyatakan mereka mampu bekerja di bawah tekanan. Namun hakikatnya tidak semua orang boleh berdepan dengan situasi kerja begini. Begitu juga bila ditanya apakah yang kamu akan lakukan untuk hilangkan stres kerja? Ingat jika kamu mencari kerja yang melibatkan tugasan ada deadline, elakkan menjawab untuk hilangkan stres bercuti dengan lama di pulau peranginan. Kerana sudah semestinya kamu tidak akan diberikan cuti lama apatah sebagai jiks menjadi staf baru.