Aidilfitri semakin hampir. Sudah tentu ramai yang excited nak sambut lebaran bersama insan tersayang.
Buat pemilik kucing, ada yang memilih untuk meninggalkan kucing kesayangan mereka di hotel kucing, dan ada juga yang lebih selesa meninggalkan mereka dalam rumah sahaja semasa pulang ke kampung halaman.
ARTIKEL BERKAITAN : Doktor Ini Kongsi 8 Perkara Yang Korang Boleh Elak Dari Membanjiri Jabatan Kecemasan Raya Nanti
Mungkin berasa lebih selamat jika dibiarkan dalam rumah berbanding melepaskan mereka di luar, namun ada beberapa perkara yang perlu dilakukan terlebih dahulu oleh pemilik kucing sebelum meninggalkan mereka dalam rumah.
Selain membekalkan keperluan asas yang mencukupi seperti makanan, air yang bersih dan pasir kucing. Jangan abai 9 perkara ini jika tinggal kucing di rumah masa balik kampung.
Pastikan kucing anda dimandikan terlebih dahulu. Ia bagi memastikan mereka bersih dan segar serta menjadikan rumah berbau harum apabila anda pulang nanti.
2. Beritahulah kucing ketiadaan anda nanti
Bercakap dengan mereka seperti biasa dan pujuklah mereka untuk tinggal sendirian. Nampak macam kelakar namun percayalah kucing faham apa yang anda tuturkan.
3. Guna bekas makanan jenis auto dispenser
Bila makanan berkurangan, ia akan jatuh sendiri dalam tempat makan. Jadi tiada masalah kehabisan makanan dan sentiasa segar. Begitu juga dengan air, pastikan ia cukup.
4. Letak dua ke tiga bekas pasir
Kucing akan berasa tidak selesa jika ada najisnya dalam bekas itu. Jadi, pasir yang mencukupi sangat penting sebelum anda meninggalkan mereka.
5. Pengaliran udara yang baik
Pastikan pengaliran udara yang baik di dalam rumah tapi jangan pula dibuka tingkap seluasnya kerana bimbang kucing akan keluar.
6. Pasang lampu atau gunakan fungsi lampu automatik
Meskipun kucing boleh melihat dalam gelap, ia bagi memastikan mereka berasa selamat apabila berada di rumah.
7. Kucing suka jika ada teman
Jika anda mempunyai seekor kucing sahaja di rumah, sebaiknya bawa dia pulang bersama atau letakkan di hotel/asrama kucing. Jika ada ada lebih dari seekor, ia tidak mempunyai masalah.
8. Letak pakaian yang sudah dipakai dalam rumah
Kebiasaannya kucing jeis parsi dan campuran cepat berasa sunyi tanpa tuannya. Dengan meninggalkan baju yang sudah dipakai, bau tuannya dari baju itu dapat mengelakkan mereka berasa murung.
9. Mainan
Letakkan juga mainan untuk mereka bermain semasa ketiadaan anda di rumah. Setidaknya, ia cara untuk buat mereka terlupa akan ketiadaan anda.
Hmm…hanya mummy dan daddy si bulus ni je tahu, betapa beratnya hati nak tinggalkan ‘kesayangan’ di rumah sendirian….huhu
Sumber: [1]
BACA LAGI : Kucing Pun Nak Beraya, Ini Antara Koleksi Baju Raya Buat Si Bulus Dijual Secara Online
BACA LAGI : Hilangkan Kotoran Hitam Bawah Dagu ‘Si Bulus’. Guna Tiga Bahan Ini Sahaja
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.