
Isi Kandungan
ToggleRamai yang membahaskan tentang isu lelaki berumur 41, mengahwini kanak-kanak 11 tahun jadi viral di media sosial.
Boleh dikatakan rata-rata masyarakat Malaysia tidak bersetuju dengan tindakan lelaki dan ibu bapa yang bersetuju untuk mengahwinkan anak mereka seawal usia 11 tahun.
Ada banyak perkara perlu diambil kira sebelum membenarkan kanak-kanak bawah umur berkahwin. Antara yang boleh diberikan perhatian oleh masyarakat ialah tentang satu perkongsian yang telah dibuat oleh Dr. Izzat di laman twitternya mengenai risiko melakukan hubungan seks pada usia remaja.
Zaman sekarang ni, memang ramai remaja belasan tahun atau yang masih bersekolah sudah melakukan hubungan seks. Ada yang berkahwin seawal 15 tahun dan ada yang mengandung anak pertama pada usia 12 tahun.
Kurang pasti sama ada mereka ni betul-betul matang dan bersedia untuk berumah tangga, atau hanya mahu mencuba suka-suka untuk melakukan hubungan seks.
Iye la, masih lagi keanak-anakan dan tidak mempunyai ilmu tentang macam mana nak elakkan kehamilan serta penyakit-penyakit bawaan kelamin, sekali gus menyebabkan anak gadis ‘termengandung’ dan menurut doktor ini lagi, pesakit paling muda yang pernah dirawatnya adalah berusia 12 tahun.
Jom kita baca thread yang telah dikongsi oleh Dr. Izzat tentang risiko yang bakal diterima oleh remaja yang melakukan seks di usia yang terlalu muda.
Risiko kanser serviks
Transformation zone
Kesihatan mental

Jangan ambil mudah

Kalau kita dulu di usia kanak-kanak macam tu rasanya belum tahu apa-apa pasal nak kahwin semua ni. Masih lagi bangun pagi-pagi nak tengok kartun dan langsung tak fikir pasal kehidupan bersuami isteri. Cepat betul zaman berubah. Hiks!
Cipta Sejarah, Remaja Berhijab Pertama Bakal ‘Jalan-Jalan’ Di Angkasa Lepas

Selalunya remaja yang baru berusia 19 tahun sibuk mentelaah pelajaran ataupun berulang-alik pergi ke kolej, tetapi lain pula kisahnya dengan remaja ini yang bakal ‘berjalan-jalan’ di angkasa lepas!

Gadis bernama Zainab Azim ini boleh dianggap bertuah setelah ibu bapanya membelikan ‘tiket penerbangan’ ke angkasa lepas di bawah kelolaan suborbital Virgin Galactic kerana dia sentiasa berminat dengan ekplorasi angkasa lepas sejak berusia 11 tahun. Tiket yang dibeli itu dilaporkan bernilai AS$250,000 atau kira-kira RM1,050,000.
Kini setelah 8 tahun berlalu, Zainab Azim bakal memahat sejarah sebagai pelancong angkasa lepas berhijab pertama, ever. Begitupun, Zainab bukanlah wanita Islam pertama ke angkasa lepas.
Masa yang agak lama ini terpaksa diambil oleh Zainab kerana pelancong ke angkasa lepas perlu mencukup had usia tertentu sebelum layak menaiki kapal angkasa yang disediakan.

Ketika ditemui pada sambutan Hari Antarabangsa Untuk Wanita & Gadis dalam Sains Ekspo 2020 Dubai, Zainab yang juga merupakan pengasas-bersama organisasi Global Initiative and Vision for Education berkata, dia melihat peluang ini sebagai satu perkembangan positif agar lebih ramai lagi wanita yang akan mencipta peluang dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
Untuk pengetahuan, sehingga kini terdapat 600 pemegang tiket Virgin Galactic dari seluruh dunia yang sedang menunggu giliran untuk berpeluang menaiki kapal angkasa itu. Setelah penerbangan penumpang pertama telah membawa pemilik Virgin, Richard Branson pada musim panas tahun lalu, Virgin Galactic mengumumkan operasinya akan disambung semula pada akhir tahun ini.
Justeru, Zainab mungkin perlu menunggu beberapa tahun lagi sebelum gilirannya tiba. Namun rasa teruja tetap dirasai oleh remaja itu.
Seronoknya dapat jalan-jalan di angkasa lepas kan….
BACA LAGI : Main Kutu Cara Selamat, Guna Akaun Bank Sendiri Tolak Duit Setiap Bulan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Astro Awani
Cetek Jer Air Tapi Dah Telan 14 Nyawa Dalam Masa 2 Bulan, Ini Lombong Puaka Ke?

Tragedi meragut nyawa enam anggota bomba dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dua hari lalu masih mencetuskan kesedihan berpanjangan buat seluruh ahli keluarga dan rakyat Malaysia.
Dalam tragedi ini, enam anggota bomba iaitu Mohd Fatah Hashim, Izatul Akma bin Wan Ibrahim, Mazlan bin Omarbaki dan Yahya bin Ali dari PPDA Pelabuhan Klang sementara Adnan Othman dan Muhammad Hafdzul Malik bin Saari dari Shah Alam terkorban dalam satu operasi menyelamatkan seorang remaja lemas iaitu adik Muhammad Ilham Fahmy bin Mohd Azzam yang terjatuh dari atas “jambatan” besi di lombong di Putra Perdana, Puchong.
Tinjauan REMAJA di lokasi semalam mendapati jika tiada air hujan (ketika kejadian, berlaku hujan) lombong di Putra Perdana, Puchong ini sebenarnya agak cetek, separas dada dan kanak-kanak juga boleh mandi.
Airnya agak jernih dan batu-bata yang kelihatan di bawah empangan itulah yang di pihak oleh salah seorang anggota bomba sebelum menarik rakan yang lain yang ketika itu mahu melakukan surface teknik iaitu selaman pada permukaan sebelum membuat operasi selanjutnya.
Lombong ini merupakan kawasan tadahan air yang agak luas dan mempunyai lima empangan yang dibina bagi menahan air dari memasuki kawasan perumahan sekitar.
Lima empangan ini pula dibina secara bertingkat bagi memastikan jika berlaku hujan deras, kawasan perumahan tidak ditenggelami air dengan kadar cepat.
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2018/10/WhatsApp-Video-2018-10-04-at-6.28.07-PM-1.mp4?_=1Lihat video di bawah ini, betapa ceteknya sehingga kanak-kanak boleh bermain. Jika diperhatikan dari jambatan besi (berwarna biru) inilah arwah Ilham Fahmy terjatuh ke kawasan empangan.
Ketika kejadian, arwah dikatakan bergurau (kun fa ya kun. Ajalnya sudah tiba dan ini adalah penyebab sahaja), membuka bajunya sebelum berlari anak di jambatan besi itu dan secara tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh ke bawah empangan itu.
Ini video ketika air deras.
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2018/10/WhatsApp-Video-2018-10-04-at-6.58.20-PM.mp4?_=2Melihat Fahmy terjatuh, dua rakannya yang berada sama di atas jambatan itu, terjun untuk menyelamatkannya. Menurut bapa mangsa yang terselamat yang ditemui semalam, Mohd Fawwaz, 45 berkata, anaknya Ahmad Fahim sendiri hampir lemas ketika cuba menarik Fahmy ke atas kerana tolakan air.
Ahmad Fawwaz turut berkongsi sebuah video yang sememangnya amat bermanfaat dan berguna untuk tontonan.
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2018/10/WhatsApp-Video-2018-10-05-at-10.01.42-AM.mp4?_=3Video ini menunjukkan apabila seseorang itu terperangkap di bawah pusaran air, individu harus menyelam sehingga ke dasar sebelum berputar mengikut aliran air supaya dapat naik ke atas (info ini dari video luar negara).

Manakala ibu kepada seorang lagi remaja (Najmi) yang berada di lombong semalam menjelaskan anaknya turut terjun dari atas jambatan itu dan bertahan di tebing empangan namun apabila dia melihat Ilham Fahmy dan Fahim tidak muncul dalam beberapa saat, dia mengenetepikan niatnya untuk menyelam. Ketika dalam saat genting itulah dia melihat Fahim tiba-tiba melonjakkan diri ke permukaan manakala Ilham Fahmy tidak timbul-timbul.
Misteri kawasan lombong ini mula tercetus apabila tular di media sosial gambar menunjukkan “ada sesuatu” di atas bahu seorang dari anggota bomba yang tidak bertugas tetapi berniat membantu. REMAJA difahamkan, beliau ialah Faizal dan seorang lagi Khairul tetapi ketika selaman dilakukan Faizal sendiri hampir lemas dan beliau kembali naik ke atas sebelum skuad bomba memulakan operasi pada sebelah malam.

Dalam satu temubual semalam dengan bapa arwah Ilham Fahmy, Mohd Azzam berkata, setahunya ada 14 nyawa terkorban dalam tempoh dua bulan.
“Sesebelum ini sudah ada kes kematian. Bulan lalu dua orang yang menjala ikan berasal dari Sabah meninggal akibat lemas. Sesebelum itu juga ada, tetapi kali ini jumlahnya agak banyak iaitu tujuh orang sekaligus.
“Saya tak tahu ianya berkaitan dengan misteri atau apa tapi ikutkan saya sendiri biasa memancing di kawasan lombong ini,” katanya yang dilihat agak tenang. Mengakui keluarganya menerima kecaman hebat dari netizen ekoran tragedi ini namun bagi Azzam, dia meminta maaf jika ramai mengata begitu dan sebagai umat Islam, segala yang terjadi adalah ketentuan dari Allah SWT.


Dalam pada itu, tambah Mohd Azzam, jika hujan, air di kawasan empangan ini boleh mencecah 10 kaki kedalaman dan ditambah pusaran air mengakibatkan seolah-olah ada pusaran di bawah empangan tersebut.
Sama ada benar-benar misteri, mempunyai 14 juta jin seperti yang tular di media sosial selepas ketua jinnya ditangkap seperti didakwa oleh sebuah pengamal perubatan hari ini, sesungguhnya umat Islam harus berpegang teguh pada rukun Iman dan Islam.
BACA SINI: Sebelum Arwah Fahmy Muncul Di Permukaan Lombong, Ini Kata-Kata Emaknya & Ternyata Berlaku Keajaiban
Untuk sedikit info, selepas kematian enam anggota tentera ini, seramai 150 orang terlibat dalam operasi mencari remaja ini semalam. Dron turut digunakan, bot selain usaha terakhir membawa masuk mesin pengepam air bagi menyurutkan air tetapi kuasa Allah melebihi segalanya kerana remaja ini ditemui sebelum mesin pengepam itu dibawa masuk ke kawasan lombong.
Al-Fatihah untuk kesemua arwah yang terkorban dalam tragedi ini. Moga sentiasa dalam rahmat Allah.
Sanggup Harungi Cuaca Sejuk Demi Nak Ke Sekolah Sampai Beku Rambut Pelajar Ini

Terharu betul bila pertama kali tengok foto kanak-kanak ini. Rasa geli hati pun ada tengok telatahnya dengan rakan-rakan.
Di beberapa buah negara sekarang musim sejuk melampau sedang melanda begitu hebat. Malah di Amerika Syarikat sudah ada beberapa kes kematian kerana sejuk melampau.
Ini pula kisah seorang kanak-kanak di China yang menjadi tular kerana fotonya yang diselaputi ais ketika ke sekolah. Dengan cuaca seperti benua Artik, kanak-kanak yang dikenali dengan nama Wang Fuman ini berjalan sejauh 4.5 kilometer dalam suhu -9°C untuk sampai ke sekolah!

Menurut media tempatan, People’s Daily Online, pelajar tahun 3 yang bersekolah di Zhuanshanbao Primary School di Xinjie, Ludian. Dia sebelum ini memang sudah diketahui umum berjalan setiap hari pada jarak tersebut untuk ke sekolah. Wow, what a champ!
Artikel Berkaitan: Kerana Dabbing Pemain Bola Sepak Ini Mungkin Masuk Penjara
Fotonya yang tular tersebut menunjukkan rambut Wang Fuman diselaputi ais sehinggakan mencuit hati rakan-rakan sekelasnya. Menurut gurunya, hari tersebut merupakan hari pertama peperiksaan dan cuaca telah turun sejuk secara mendadak.

Wang Fuman juga merupakan seorang pelajar yang sangat bijak terutamanya dalam subjek Matematik. Dan dia juga difahamkan datang dari keluarga susah dan tinggal bersama nenek dan seorang kakak. Ibu bapanya pula terpaksa berhijrah ke kota besar lain demi mencari rezeki.
Netizen tempatan rata-ratanya melahirkan rasa kagum dengan keazaman dan kesungguhan Wang Fuman demi mengejar pelajaran.
Semoga keazaman pelajar cilik ini menjadi sumber inspirasi kepada korang semua untuk tidak berasa putus asa. Ketahuilah sesusah mana pun kita masih ada lagi yang lebih menderita. Berjuanglah untuk mendapatkan pendidikan sebaik mungkin kerana dengan ilmu korang boleh berjaya dunia dan akhirat di masa akan datang.
Sumber: People’s Daily Online