Bulan Ramadan tiba lagi. Dan bila munculnya tempoh untuk kita berpuasa ramai yang akan mula memasang cita-cita untuk menurunkan berat badan.
Apa salahnya menunaikan ibadah puasa sambil mengamalkan hidup sihat dengan mengurangkan berat badan korang kan? Walaupun ia kedengaran agak muda tetapi untuk melakukannya pasti agak sukar terutamanya bila tiba waktu berbuka.
Bukan sahaja waktu berbuka, bila tiba sahaja di pasar Ramadan pelbagain juadah yang dijual mampu menggugat iman di dada! Kalau boleh semua benda nak dibeli untuk dijadikan sebagai juadah berbuka puasa!
Bagi REMAJA, puasa itu sendiri sudah cukup baik untuk menurunkan berat badan. Di samping menghayati ibadah pada bulan cukup mulia ini, kita boleh melatih diri untuk menahan lapar dan mengajar perut untuk membiasakan diri dengan situasi tersebut.
Apa yang penting ialah mengamalkan corak pengambilan makan ketika bersahur dan berbuka. Bagaimana caranya? Jom ikuti tip mudah yang REMAJA kongsi kali ini.
KETIKA BERSAHUR
1. Amalkan bersahur selewat yang mungkin. Sebaiknya kira-kira 30 minit sebelum waktu imsak. Ia juga merupakan merupakan amalan sunnah.
Ads
2. Minum sama ada air kosong, jus buah atau susu. Jauhkan diri daripada mengambil minuman berkafein dan berkarbonat!
3. Tiada selera makan nasi? Tukarkan menu sahur dengan roti, oat, bubur, ubi atau barli.
4. Perbanyakkan makan sayur, buah, susu dan makanan berserat tinggi.
Ads
KETIKA BERBUKA
1. Berbukalah dengan jus, kurma atau air kosong.
2. Selepas itu, tunaikan dahulu solat Maghrib.
Ads
3. Makan hidangan utama selepas solat Maghrib dengan portion ‘suku suku separuh’ yang bermaksud suku nasi, suku lauk dan separuh sayur dan buah-buahan.
4. Elakkan makanan makanan terlalu manis, berlemak, bergoreng, bergaram dan pedas dalam kuantiti banyak.
5. Dan yang penting sekali makan jangan gelojoh dan berhentilah makan sebelu rasa terlalu kenyang.
Selain memgamalkan corak pemakanan yang baik di bulan puasa, pengambilan air kosong juga sangat penting. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesyorkan tip yang sangat berguna bagaimana kita boleh amalkan untuk mengambil air kosong dengan mencukup.
Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia
Minum 8 gelas air sehari di bulan puasa? Ya, ia memang boleh dilakukan!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu-persatu filem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa menemui penonton di pawagam pada bulan ini.
Jika pada minggu lalu, penonton Malaysia disajikan dengan filem 1917 yang memenangi anugerah Golden Globes, minggu ini filem The Garden of Evening Mists pula menyusul.
The Garden of Evening Mists secara ringkasnya menyampaikan kisah seorang wanita bernama Yun Hong (Serene Lim) yang ditangkap oleh tentera Jepun dan digunakan sebagai pemuas nafsu mereka.
Sebagai cara untuk melupakan seksaannya, Yun Hong akan berkongsi dengan kakaknya, Yun Ling (Sinje Lee) mengenai impiannya untuk membina sebuah taman Jepun selepas dirinya bebas.
Namun, hayat Yun Hong tidak panjang dan Yun Ling ingin merealisasikan impian itu. Namun, rasa kasih mula terjali di antara Yun Ling dan seorang tukang kebun Jepun bernama Nakamura Aritomo (Hiroshe Abe).
Corak lakonan setiap bintang dalam flem ini dilihat amat berkesan. Korang akan mudah percaya dengan rasa marah, terseksa, kesedihan dan harapan yang mereka paparkan.
Tak hairanlah apabila Sinje Lee telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik di anugerah Golden Horse untuk watak Yun Ling, baru-baru ini.
Kesimpulannya pada hemat penulis, The Garden of The Evening Mists merupakan satu naskah yang sudah lama tidak ditonton di pawagam. Dari sudut pandang sinematografinya, penonton akan terbuai pemandangan bumi Cameron Highlands.
Ia menambah nilai romantis pada jalan cerita cinta ini dan korang akan merasa familiar dengan pemandangan kebun teh dan Mossy Forrest yang biasa kita kunjungi. Tak salah kalau penulis katakan ramai yang akan berkunjung semula ke Cameron Highlands selepas ini.
The Garden of Evening Mists mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini, jadi jangan lepaskan peluang untuk menontonnya okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dia yang juga anggota kumpulan IN2IT tersingkir menerusi Imuniti-X yang digunakan juri profesional, Ajai bagi menyelamatkan penyanyi Naufal Azrin yang sepatutnya menjadi peserta pertama tersingkir.
Berikut merupakan senarai markah penuh peserta bagi konsert minggu kedua Big Stage:
Nadeera Zaini – 85.67%
Waode – 84%
Putera Muhamamd – 68.67%
Hoondoo – 67.67%
Coex-61.33%
Firdaus Rahmat – 60%
Farhan Shah – 58.67%
Puteri Khareeza – 42.33%
Meer Nash – 41.33%
Dem Lepak Boysz – 41%
Naufal Azrin – 38%
Aufahanie – 37%
Isaac Voo – 36.33%
11 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Hoondoo, COEX, Waode, Naufal Azrin, Aufahanie, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz, Firdaus Rahmat, Puteri Khareeza, Meer Nash dan Farhan Shah.
Rancangan realiti yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose ini turut dijurikan oleh Penyanyi berbakat, Aina Abdul sebagai juri tetap Big Stage 2023 bersama komposer terkenal, Ajai selain juri juara undangan ialah Andmesh Kamaleng.
Manakala, figura yang menduduki kerusi juri presiden netizen pada minggu ini ialah pempengaruh media sosial, Ryan Bakery.
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Musim memberikan sokongan tidak terhingga kepada atlet-atlet negara telah kembali, bermula dengan kehadiran acara dwi-tahunan Sukan SEA 2019.
Kini berlangsung di Manila, Filipina sepanjang dua minggu, lebih 700 atlet negara berhempas pulas melakukan yang terbaik dalam 52 acara sukan yang dipertandingkan.
Dalam usaha mempergiatkan lagi sokongan rakyat kepada mereka, platform perkhidmatan mudah alih digital bebas, Yoodo telah melancarkan kempen #GoMalaysiaGold.
Ini adalah tanda sokongan dan galakan kepada atlet-atlet Malaysia untuk sekali lagi membanggakan negara dengan pencapaian 145 pingat emas yang berjaya dilakukan pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.
Apa yang boleh anda lakukan untuk menyatakan sokongan ialah berikan kata-kata semangat di ruangan caption dan status, berserta hashtag #GoMalaysiaGold.
Sementara atlet-atlet negara ‘menuai’ pingat emas di Sukan SEA 2019, anda juga boleh muncul sebagai juara! Mesej terbaik di media sosial dengan hashtag #GoMalaysiaGold akan terpilih untuk memenangi hadiah istimewa. Lebih banyak pingat emas yang dimenangi oleh Malaysia, lebih banyak hadiah yang akan ditawarkan Yoodo.
Sejumlah hadiah akan diberikan kepada pemenang bertuah bagi setiap 30 pingat emas yang dimenangi pasukan Malaysia. Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah barangan Yoodo, power bank dan Google home mini.
Buat masa ini, Malaysia telah mencecah kutipan melebihi 30 pingat emas. Jadi nanti siapakah pemenang bertuah seperti yang dijanjikan!
Sekiranya Malaysia berjaya memecah rekod 145 pingat emas pada Sukan SEA kali ini, Yoodo akan menghadiahkan data percuma 5GB kepada semua pelanggan mereka!
Malah 10 pemenang bertuah juga akan menerima hadiah berupa telefon pintar jika Malaysia mencapai sasaran kutipan 150 pingat emas.
Yoodo adalah pelan mobil pertama di Malaysia Yoodo adalah pelan mobil pertama di Malaysia yang memberi kuasa kepada pelanggan untuk mengubah suia pelan mobil mereka sepenuhnya dari segi data, panggilan dan SMS.
Dua murid sekolah rendah dari Putrajaya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya membawa pulang Anugerah Pencipta Muda Terbaik (Tahap Rendah) dan pingat emas dalam Pameran...