Bulan Ramadan tiba lagi. Dan bila munculnya tempoh untuk kita berpuasa ramai yang akan mula memasang cita-cita untuk menurunkan berat badan.
Apa salahnya menunaikan ibadah puasa sambil mengamalkan hidup sihat dengan mengurangkan berat badan korang kan? Walaupun ia kedengaran agak muda tetapi untuk melakukannya pasti agak sukar terutamanya bila tiba waktu berbuka.
Bukan sahaja waktu berbuka, bila tiba sahaja di pasar Ramadan pelbagain juadah yang dijual mampu menggugat iman di dada! Kalau boleh semua benda nak dibeli untuk dijadikan sebagai juadah berbuka puasa!
Bagi REMAJA, puasa itu sendiri sudah cukup baik untuk menurunkan berat badan. Di samping menghayati ibadah pada bulan cukup mulia ini, kita boleh melatih diri untuk menahan lapar dan mengajar perut untuk membiasakan diri dengan situasi tersebut.
Apa yang penting ialah mengamalkan corak pengambilan makan ketika bersahur dan berbuka. Bagaimana caranya? Jom ikuti tip mudah yang REMAJA kongsi kali ini.
1. Amalkan bersahur selewat yang mungkin. Sebaiknya kira-kira 30 minit sebelum waktu imsak. Ia juga merupakan merupakan amalan sunnah.
2. Minum sama ada air kosong, jus buah atau susu. Jauhkan diri daripada mengambil minuman berkafein dan berkarbonat!
3. Tiada selera makan nasi? Tukarkan menu sahur dengan roti, oat, bubur, ubi atau barli.
4. Perbanyakkan makan sayur, buah, susu dan makanan berserat tinggi.
1. Berbukalah dengan jus, kurma atau air kosong.
2. Selepas itu, tunaikan dahulu solat Maghrib.
3. Makan hidangan utama selepas solat Maghrib dengan portion ‘suku suku separuh’ yang bermaksud suku nasi, suku lauk dan separuh sayur dan buah-buahan.
4. Elakkan makanan makanan terlalu manis, berlemak, bergoreng, bergaram dan pedas dalam kuantiti banyak.
5. Dan yang penting sekali makan jangan gelojoh dan berhentilah makan sebelu rasa terlalu kenyang.
Selain memgamalkan corak pemakanan yang baik di bulan puasa, pengambilan air kosong juga sangat penting. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesyorkan tip yang sangat berguna bagaimana kita boleh amalkan untuk mengambil air kosong dengan mencukup.
Minum 8 gelas air sehari di bulan puasa? Ya, ia memang boleh dilakukan!