[TIP] Anzalna Berpuas Hati Dengan Peserta Ujibakat Dewi Remaja 2019 Tetapi…

Share

 

Bagi yang mengikuti update pencarian Dewi Remaja 2019 pada hujung minggu lalu, pastinya korang sudah melihat kelibat pelakon cantik ini di dalam salah sebuah bilik penjurian.

 

Anzalna Nasir merupakan finalis Dewi Remaja 2019 dan istimewanya pada edisi kali ini, Anzalna menjadi salah seorang juri sesi ujibakat yang dianjurkan.

Apakah antara kriteria yang membuatkan seorang peserta ujibakat Dewi Remaja mara ke pusingan seterusnya?

“Saya suka apabila masuk saja ke bilik juri, mereka sudah tampil bersedia. Usah teragak-agak dengan keyakinan diri sendiri kerana itu yang akan membuat juri tertarik untuk berkenalan dengan korang.

“Perasaan gementar itu tentulah ada tetapi ubahnya kepada semangat untuk menonjolkan diri.

“Disebabkan ini adalah ujibakat Dewi Remaja, penampilan peserta pun haruslah kemas dan kena gaya.

Namun, ada juga keluhan yang dilepaskan Anzalna pada minggu pertama ujibakat. Ujarnya, kebanyakan daripada peserta yang hadir seakan tidak melakukan persediaan yang rapi.

Ada yang tidak tahu bagaimana untuk memperkenalkan diri. Ada juga yang pernah hadir ke banyak ujibakat lain sebelum ini tetapi seakan-akan inilah ujibakat pertama mereka.

“Nasihat saya, pilih bakat TERBAIK yang ingin dipersembahkan. Jika kamu katakan tahu menyanyi, jadi penyanyi terbaik di sini. Jika ingin berlakon, lakonkan betul-betul dan bukan setakat ala kadar. Ini adalah Dewi Remaja, jadi saya mencari yang luar biasa.

“Saya ingin sangat melayakkan seramai mungkin peserta ke peringkat seterusnya. Tetapi kamu perlu tolong diri sendiri dahulu. Prepare betul-betul,” nasihatnya lagi.

BACA: Penyertaan Dewi Remaja Terbuka Kepada Semua Bangsa, Ini Finalis Bukan Melayu Yang Pernah Sertai

So there you go girls, kamu sudah tahu rahsia untuk layak. Lakukan sebaik mungkin pada minggu kedua ini okay!

Kami akan menemui korang pada 14 & 15 September (hujung minggu) ini dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Jumpa korang di Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.

*

HEY GIRLS, WE’RE BACK!

 

 

Published by
FZ