Tip Dapatkan Kulit Pelakon K-Drama – ESEN! Ini 6 Produk Pilihan REMAJA

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Tidak salah lagi, selebriti dari Korea Selatan adalah di antara punca utama mengapa dunia kecantikan semakin menggemari produk esen.

Merekalah yang memulakan trend ini sehinggakan ramai yang tertanya-tanya rahsia di sebalik kulit wajah mereka yang clear, sihat dan lembap.

via GIPHY

Ramai di kalangan yang selalu tertanya-tanya apakah esen ini sama fungsinya dengan toner? Adakah ia sejenis serum? Ataupun hanyalah produk berasaskan air yang diberikan nama yang lebih ‘fancy’?

Tidak, tidak dan sama sekali tidak.

Esen adalah sejenis produk yang mengandungi bahan-bahan yang membantu mengatasi masalah kulit kering, garisan halus, kedutan, tona kulit tidak sekata dan kulit kusam.

Ia berbeza daripada serum dan toner kerana esen bertindak untuk ‘menjana semula’ kulit. Dengan penggunaan yang konsisten, kulit sememangnya mampu kelihatan lebih cerah, halus dan muda.

Gunakan saja esen pada setiap hari selepas mencuci wajah dan meratakan toner. Esen membolehkan kulit menyerap produk-produk seterusnya dengan lebih efektif.

*

Mudah saja cara nak gunakan esen, ikuti langkah seperti di bawah ini

Langkah 1

Tuangkan 2 – 3 titisan esen ke tangan

Langkah 2

Secara perlahan, ratakan esen pada tangan dari bahagian dalam muka (hidung) ke bahagian luar (tulang pipi).

Langkah 3

Ulang langkah 1 dan 2 sebanyak 3 kali.

Langkah 4

Kemudian ‘pat’ pada keseluruhan muka sehingga esen diserap ke liang pori.

*

So, apakah di antara produk esen yang wajar korang cuba? Jom lihat enam produk yang kami rasakan tidak akan merugikan korang.

 

01

SK-II Edisi Terhad Pitera Essence

Comel kan pakej terbaru ini! Esen terkenal daripada SK-II ini diberikan pembaharuan hasil inspiasi daripada gadis fashionista dari Tokyo, Jepun.

Botol esen ini juga menampilkan corak gadis barbaju kimono Jepun dengan warna lantang sempena musim Bunga yang bakal tiba di negara itu.

SK-II Pitera Essence menjadi esen popular di merata dunia disebabkan oleh kelebihannya untuk mengembalikan kulit yang licin dan mulus. Dengan kandungan Pitera melebihi 90 peratus, kulit akan kelihatan lebih anjal dan berseri dengan penggunaan yang konsisten.

HARGA : RM795
DIJUAL DI AEON ISETAN

 

02

innisfree Soybean Energy Essence

Esen ini mempunyai tekstur di antara air dan jeli – tidaklah terlalu cair mahupun pekat.

Ia terasa konsisten semasa kita meratakan pada kulit wajah. Seperti mana-mana produk keluaran innisfree, korang boleh membaca arahan dan kandungan produk dalam bahasa Inggeris di kotak packaging biarpun ia merupakan produk dari Korea Selatan.

Bagi pemakai yang baru pertama kali mencuba esen ini, kamu pasti terkejut betapa cepatnya ia diserap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan kesan berminyak. Hanya dengan pemakaian untuk beberapa minggu pertama, korang sudah boleh melihat kesannya. Kulit tidak lagi terasa berminyak dan mudah berjerawat seperti dahulu.

Malah kulit wajah kelihatan lebih bermaya setelah bangun tidur.

HARGA : RM145
DIJUAL DI iNNISFREE

 

03

Kiehl’s Iris Extract Activating Treatment Essence

Setelah menggunakannya ia untuk 2 bulan pertama, kami mengakui esen keluaran Kiehl’s ini mendatangkan kesan positif pada kulit. Ia melembutkan dan menyegarkan kulit wajah sehingga korang terasa lebih berseri dan lembap.

Bagaimanapun, ia bukanlah esen yang mampu untuk mengurangkan kesan kedutan, garisan mahupun kesan jerawat lama. Oleh itu, ia lebih menjurus kepada tujuan melembapkan dan mencerahkan kulit dengan cara natural.

All that thanks to the iris flower root extract. Ekstrak tersebut jarang digunakan dalam penghasilan esen namun ia mempunyai kelebihan.

HARGA : RM188
DIJUAL DI KIEHL’S

ARTIKEL BERKAITANWalaupun Duduk Rumah Tak Kena Matahari Semasa PKP, Muka Masih Terasa Kering? Cer Try 4 Cara Ni – REMAJA

 

04

Laneige Water Bank Hydro Essence

Ramai pengguna esen di sekitar negara beriklim panas sepanjang tahun seperti Malaysia telah mengesyorkan esen ini sehingga kami sendiri perlu mencuba. Iyalah, nak tahu juga apa kelebihan yang diperkatakan oleh mereka.

Jujurnya, kami menyukai teksturnya yang terasa air pada wajah. Ia bersesuaian untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering dan kombo.

Ia mempunyai formula ‘green mineral water’ yang digabungkan dengan ekstrak tumbuhan hijau untuk memberikan kelembapan lebih. Kami gemar menggunakan pada waktu pagi kerana ia tidak terlalu melekit. Hanya tiga ‘pump’ sudah cukup untuk penggunaan pada wajah dan bahagian leher.

HARGA : RM95
DIJUAL DI : SEPHORA LANEIGE

05

Caudalie Vinoperfect Brightening Glycolic Essence

Biarpun jenama ini tidaklah terlalu terkenal di Malaysia berbanding jenama kecantikan lain, ia mempunyai kelompok pengikut yang agak besar kerana keberkesanan produk yang mereka lancarkan, terutamanya esen!

Jenama yang berasal dari Perancis ini telah menghasilkan esen all-in-one

dalam bentuk Vinoperfect Brightening Glycolic Essence ini. Ia memberi kelembapan dengan kandungan air anggur organik dan mencerahkan kulit daripada sebarang kesan jeragat dengan kandungan ekstrak bunga peony.

Cukup sesuai bagi korang yang mempunyai kulit berminyak kerana ia bersifat oil-free. Bagaimanapun, jika korang sedang mencari esen yang memudarkan kesan jeragat secara serta-merta, this is probably not it.

HARGA : RM179
DIJUAL DI : SEPHORA

 

06

Missha Time Revolution The First Treatment Essence Intensive Moist

Tak boleh panjang lagi ke nama?! Hehe, walaupun lidah akan tersasul setiap kali kami cuba untuk membacakan namanya, produk ini adalah antara esen berkualiti sehingga ia disebut-sebut sebagai pilihan esen mampu miliki sekiranya korang tidak mampu mendapatkan SK-II Facial Treatment Essence.

90 peratus diperbuat daripada bahan ‘fermented yeast’ untuk memperbaiki kulit yang telah rosak dan meratakan tona kulit, esen ini juga membolehkan kulit bertambah seri dan cerah dengan kandungan seperti niacinamide dan adenosine.

HARGA : RM155
DIJUAL DI : MISSHA

BACA LAGI11 Moisturizer Terbaik Yang Korang Boleh Pilih Untuk Kulit Kering – REMAJA

Published by
FZ