Sarapan english style ini memang sesuai untuk kita yang sentiasa sibuk tapi masih lagi mahu membuat sarapan pagi. Dan sosej memang biasa menjadi keutamaannya. Cuma kalau goreng sosej satu masalah yang biasa berlaku adalah sosej kecut dan berkedut. Hasilnya tak cantik.

Tip Goreng Sosej Cantik Kejadiannya. Tak Kecut & Berkedut
Foto Via Pexels

Yang menghairankan kalau tengok yang dijual di gerai-gerai elok saja tegang dan mulus, langsung tak menggelembung. Menghadapi masalah yang sama, Siti Afifah meminta tip daripada netizen melalui hantaran beliau dalam satu grup masakan terkenal.

“Kalau bab goreng sosej ni memang failed. Kalau rebus ok lagi la. Ada tip tak nak bagi gorengan sosej ni cantik macam kat kedai tu? Tq”, ujar Siti Afifah.

Tip Goreng Sosej Cantik Kejadiannya. Tak Kecut & Berkedut

Hantaran beliau mendapat banyak respon daripada netizen yang berkongsi tip menggoreng sosej yang betul.

Goreng sosej tak perlu minyak panas

Ads

Antaranya Fareez Amy Shafie yang juga seorang katerer dan peniaga pasar malam. Untuk memastikan kulit sosej tegang dan cantik ini cara menggoreng yang betul;

  • Bagi memastikan kulit sosej sentiasa tegang muda remaja, jangan goreng sosej menggunakan minyak panas. Sebaliknya buka api terus saja masukkan sosej ke dalam minyak(bilas dulu sosej dengan air dan keringkan).
  • Biarkan sosej masak bersama minyak yang baru nak pnas. Apabila sosej timbul terus angkat. Memang akan masak.
  • Sosej akan sedikit berminyak tapi selepas tos, minyak akan hilang. Hasilnya sosej yang gebu gebas montok dan bergetah dapat anda nikmati.

Rendam dalam air panas dulu

Selain itu Atika Rosli juga memberikan cara beliau; rendam saja sosej dalam air panas sekejap kemudian golek-golekkan sosej atas pan sekejap saja. Hasilnya memang elok cantik tak kedut.

Tip Goreng Sosej Cantik Kejadiannya. Tak Kecut & Berkedut

Ads

Letak air dan minyak dalam pan

Boleh juga gunakan cara Sitirus Zakaria. Caranya dalam pan letak air sikit dan minyak saty sudu dan sosej. Air fungsinya merebus sosej, dan bila kering air minyak yang berbaki dalam tu akan gorengkan sosej..

Goreng guna pan dan sedikit saja minyak

Menurut Hazwany Syafiqa cara beliau goreng sosej supaya cantik rupanya adalah dengan menggunakan sedikit saja minyak. Sekadar cukup untuk tak lekat sosej pada pan. Sama macam cara goreng burger.

Ads

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Afifah

BACA LAGI : Lelaki Ini Kongsi Tip Goreng Telur Mata Goyang Yang Macam Korang Makan Di Kedai

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI