Tip Jaga Tulang Belakang, Ini Postur Terbaik Untuk Korang Lakukan Sebarang Aktiviti

Share

Penjagaan tulang belakang mungkin dipandang ringan oleh generasi muda kerana menganggap ianya lebih perlu diutamakan bagi mereka yang sudah berumur.

Nah guys, tolong jangan fikir macam tu sebab dari muda lagi korang sebenarnya dah perlu menjaga tulang belakang sebab ia penting untuk mengurangkan masalah seperti sakit belakang, sakit tengkuk, rasa letih lesu serta dapat membuatkan kita merasa sihat cergas dan berkeyakinan.

Gambar hiasan

Salah satu cara yang paling penting adalah dengan menjaga postur badan. Cara berdiri, duduk, baring dan mengangkat barang adalah sangat perlu diberi perhatian. Akibat postur yang salah ketika melakukan aktiviti-aktiviti ini, korang boleh mendapat sakit belakang yang berpanjangan.

Jadi kali ini, kami nak kongsikan dengan korang cara-cara menjaga tulang belakang menurut Dr Kamarul Ariffin

.

• Duduk paha 90 darjah, lutut 90 darjah, belakang sandar
• Elakkan bongkok, elakkan melunjur

• Duduk tegak semasa guna komputer di riba
• Semasa memandu, jangan duduk terlalu melunjur

• Ambil barang di lantai dengan mencangkung
• Bawa rapat ke tubuh, jangan bongkok

• Gunakan troli jika beban terlalu berat
• Apabila pindahkan barang, elak pusing badan

Jika sebelum ini korang telah melakukan kesalahan semasa melakukan aktiviti-aktiviti tersebut, selepas ini perbaiki postur dan cuba amalkan seperti apa yang telah dinasihatkan oleh doktor ini.

Bukan apa, untuk kebaikan korang juga kan? Supaya nanti bila dah berusia, tak ada la selalu sakit pinggang. Hiks!

Sumber: Dr Kamarul Ariffin

Published by
Noor Ain Norman