Bagi sesiapa yang mempunyai masalah kulit berminyak, berikut antara tip mekap yang boleh korang cuba untuk mengurangkan minyak pada kulit wajah.
Primer bukan saja dapat menjadikan mekap lagi cantik, tetapi bertindak juga sebagai protective layer di antara mekap yang disapu pada kulit. Ia dapat menghalang mekap dari tersumbat di dalam pori.
Selain tu, primer juga dapat membuatkan mekap korang lebih tahan lama. Untuk kulit berminyak, elakkan primer yang mengandungi bahan silicone
kerana ia boleh menyebabkan breakout pada wajah.Cari yang jenis water based or mousse kerana ia sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. Sebaiknya, cari foundation
yang ada silica (bagus untuk mengawal minyak pada kulit wajah). Tak pun, cari yang ada tulis non-comedogenic (tak sumbat pori).Ramai yang selalu pening sama ada nak pilih loose powder atau pressed powder? Dua-dua elok untuk kulit berminyak tapi kalau nak lagi extra oil control, boleh pilih loose powder sebab ia lagi power absorb kulit berminyak.
Jangan lupa selit blotting paper dalam beg sebab ia sangat baik untuk menyerap lebihan minyak pada kulit.
Setiap 3 jam sekali, dab blotting paper pada wajah kerana ia dapat menghalang muka daripada terus berminyak. Mekap pun memang boleh tahan lama dan nampak ‘matte’, so kalau korang nak selfie ke apa, memang tak la nampak berkilat sangat muka tu.
Kalau tentang soalan kulit berminyak patut pakai foundation atau powder, menurut nasihat daripada make up expert, elok pakai powder sebab boleh serap lebihan minyak. Cuma kalau nak pakai foundation, jangan salah pilih ya. Takut nanti makin teruk pula minyak dekat muka tu.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.