Bagi individu yang suka makan tom yam, sudah tentu mereka akan mencari pes paling sedap untuk menyediakan tom yam terbaik.
Biasanya pes tom yam dari Siam menjadi pilihan, namun ada beberapa jenis yang korang perlu tahu untuk memilih yang paling sedap.
Seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Zatty Roslan telah pun berkongsi info tentang pes tom yam yang mana paling sedap kerana dia sering membeli di Padang Besar satu ketika menetap di Jitra dahulu.
Ramai yang dilihat memberikan review memasak guna pes yang tidak sedap, jadi berikut beberapa tip yang diberikan sebelum korang memilih pes tom yam.
1. Yang ada tulisan Thailand paling sedap
Beberapa tahun lepas pernah cari di Padang Besar tetapi memang susah nak jumpa. Peniaga susun di bahagian salam kedai. Pes ini harganya mahal sikit berbanding dua jenama yang lain. Cara masaknya senang. Letak air, letak pes dan letaklah segala isi untuk tom yam.
Tak perlu nak letak garam, gula atau serai. Tapi kalau letak pes sikit, korang kenalah letak bahan-bahan tambahan semua tu. Kalau letak pes banyak, lebih sedap barulah tom yam menjadi pekat.
2. Pes tom yam jenama Nang Fah
Perhatikan bulat kecil itu, yang ni sedap juga. Harga murah sikit berbanding jenama tulisan Thailand tadi. Cara masak pun sama, letak semua tak payah adjust apa-apa.
Tapi korang cuba letak susu cair dalam tom yam. Sedap dan boleh kurangkan masam sebab kalau korang letak banyak pes tom yam jadi masam. Untuk yang tak berapa suka masam, boleh letak susu cair.
3. Pes tom yam jenama PUM
Pes ini kurang sedap dan banyak orang review masak guna pes ini. Mungkin tempat mereka ada jual jenama ini sahaja. Untuk pes tom yam PUM ni korang memang kena adjust sikit. Macam korang masak guna pes tom yam sebelum ini, letak garam, gula, serai, lengkuas, bawang dan semua bahan masakan tom yam.
Pes ini memang berlambak di Padang Besar dan harganya memang lebih murah.
Walaupun Nampak sama, tapi sebenarnya rasanya juga berbeza dan korang perlu pandai memilih untuk menghasilkan masakan tom yam yang lebih sedap. Selepas ini, bolehlah korang jadikan info ini sebagai panduan.
Selamat memasak!