Banyak di antara kita yang sering terlepas pandang tentang pentingnya penggunaan pelindung matahari SPF atau sunblock, kan?
Tapi, sebenarnya, penggunaan sunblock setiap hari, terutamanya bila korang keluar rumah, sangatlah penting. Tak kisah lah cuaca panas terik atau mendung, kulit tetap memerlukan perlindungan!
Sunblock bukan saja melindungi kulit daripada cahaya UVA dan UVB, malah membantu mencegah iritasi kulit, terutama di negara panas dan lembap macam Malaysia.
Sinaran matahari boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit, jadi kita perlukan perlindungan yang betul.
SPF, atau Sun Protection Factor, berfungsi berdasarkan jenis kulit dan warna kulit korang. SPF ni sangat penting untuk mencegah keadaan perubatan yang serius seperti kanser kulit.
Ads
Selain itu, TPF (Tan Protection Factor) pula membantu untuk elak pigmentasi dan perubahan warna pada kulit. Pilih pelindung matahari ikut warna kulit, ya! Kalau kulit gelap, pilih SPF rendah, dan kalau kulit cerah, SPF lebih tinggi lebih sesuai.
Jom kita tengok tip memilih sunblock yang sesuai mengikut jenis kulit!
Kulit Berminyak
Kulit berminyak memang agak mencabar. Biasanya kawasan hidung, dahi, dan pipi cepat berminyak. Jadi, pilihan terbaik untuk korang adalah sunblock dalam bentuk gel atau formula SPF berasaskan air (aqua). Krim dalam bentuk serbuk juga boleh bantu kurangkan kilauan minyak. Produk ini mengeringkan kulit tanpa buatkan ia kelihatan terlalu berminyak.
Kulit Normal
Bagi yang memiliki kulit normal, korang bertuah sebab jenis kulit ni tak banyak masalah. Kulit nampak sihat dan berseri, cuma perlukan pelindung matahari biasa. Krim sunblock berasaskan krim yang ringan adalah pilihan terbaik.
Ads
Kulit Kering
Kulit kering mempunyai sedikit sebum dan boleh jadi sangat sensitif. Biasanya kulit akan rasa ketat dan kurang selesa selepas mencuci muka. Untuk kulit jenis ini, losyen atau pelembap SPF adalah pilihan terbaik. Krim yang lebih tebal dan melembapkan akan memberi kelegaan kepada kulit kering, jadi pastikan memilih produk yang lebih berkrim dan bukan matte. Semakin tinggi SPF, semakin berat formulanya.
Apa Jadi Kalau Tak Pakai Sunblock?
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Annals of Internal Medicine pada 2013, pendedahan kepada sinaran matahari merupakan punca utama penuaan kulit, dengan sekitar 90% kerosakan kulit disebabkan oleh sinaran matahari. Tanpa perlindungan, kulit boleh mengalami keradangan atau melepuh yang menyebabkan tisu kulit rosak.
Kerosakan kulit ini akan menyebabkan sel-sel imun berkumpul untuk menyembuhkan tempat yang rosak, dan ini boleh mengakibatkan sensasi terbakar yang menyakitkan. Lebih teruk lagi, kerosakan ini menjadi risiko kepada kanser kulit.
Ads
Sinaran matahari juga menyebabkan pembentukan jerawat. Sinar UV yang terlalu banyak boleh menyebabkan sel-sel mati yang menyumbat liang pori dan memperburuk jerawat.
Walaupun kulit yang tan mungkin kelihatan menyembunyikan kemerahan jerawat, hakikatnya, pendedahan kepada matahari hanya memperburuk masalah tersebut!
Bila Waktu Sesuai Pakai Sunblock?
Disyorkan supaya korang memakai sunblock sekurang-kurangnya 15-20 minit sebelum keluar rumah. Ini memberi masa untuk produk kering dan bertindak dengan baik pada kawasan kulit yang terdedah. Sapu semula setiap 2 jam kalau korang berada di bawah matahari sepanjang hari, walaupun ketika cuaca berawan. Sebabnya, 80% sinaran UV masih boleh menembus awan!
Kalau keluar ke pantai atau kawasan terbuka, pastikan sapu semula setiap 15-20 minit. Jangan lupa untuk bersihkan muka atau lap dengan tisu basah sebelum menyapu semula sunblock.
Ingat, setiap kali keluar rumah, pastikan krim pelindung matahari tak tertinggal! Jangan ambil mudah, kerana kulit kita memerlukan perlindungan sepanjang masa!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jerawat adalah perkara yang paling dibenci semua orang terutamanya remaja!
Boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri, tambah pula jika ia tumbuh dengan banyak diwajah. Paling tak best, bila jerawat meninggalkan kesan dan parut.
Sabar, ada penyelesaiannya! Kalau ada jerawat muncul di bahagian dagu anda dan mahukannya cepat hilang, ikuti langkah-langkah mudah yang dikongsikan oleh Dr. Irma ini. Banyak caranya, pilihlah yang mana yang bersesuaian dengan anda!
Banyak sebab mengapa ia muncul di bahagian dagu. Selalunya berkaitan gangguan hormon, masalah kesihatan berkaitan ovari ataupun kitaran haid yang tidak teratur.
Lagi stres lagi banyak jerawat keluar!
Cara untuk cepat hilangkannya…
Ubat parut penting untuk hilangkan kesannya di wajah nanti.
Yang ini kalau simpan dulu di dalam peti ais sebelum pakai memang best. Sejuk je di wajah!
Jangan malas cuci muka tau!
Jadi, jangan gatal tangan tu nak memicit jerawat. Nanti bukannya makin elok sebaliknya makin melarat pula jadinya. Pilihlah produk yang tepat dan sesuai dengan kulit wajah korang.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu…
Chatnalin Chotjirawarachat bukanlah nama asing dalam dunia ratu cantik di Thailand. Ogos lalu, dia dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat Miss Universe Thailand 2023. Namun langkahnya tidak terhenti di situ.
Gadis dengan ketinggian 178cm ini kemudiannya dipilih untuk menyandang gelaran Miss Intercontinental Thailand 2023 bagi mewakili negaranya ke peringkat antarabangsa. Pemilihannya terbukti tepat apabila dia berjaya menggondol gelaran juara.
Menerusi kemenangannya, ini menjadikan dirinya sebagai wakil kedua Thailand yang bergelar Miss Intercontinental selepas Patraporn Wang memenanginya pada tahun 2014.
Dilahirkan pada tahun 1998, kemenangan Chatnalin bukanlah mudah. Dia perlu mengalahkan lebih 63 peserta lain yang memberi saingan kompetitif dalam pusingan pakaian renang, gaun petang, kostum nasional serta temuduga tertutup.
Selain Chatnalin, kedudukan naib juara dimenangi oleh Christina Villegas dari Mexico, manakala pemenang tempat ketiga dan keempat ialah Lê Nguyễn Ngọc Hằng dari Vietnam dan Sara Damnjanović dari Serbia.
Miss Intercontinental Malaysia 2023, Lindsey Yap gagal untuk mara ke peringkat top 22 sekaligus akur sebagai peserta pertandingan sahaja. Kali terakhir Malaysia berjaya termbus ke peringkat separuh akhir adalah menerusi perwakilan Poorani Rajoo pada tahun 2021.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun pandemik covid-19 melanda negara, itu tidak menjadi penghalang bagi organisasi Miss Grand Malaysia untuk mencari wakil yang seterusnya bagi menggalas tugas mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Grand International 2021 yang dijangka berlangsung pada Disember tahun ini.
Mengadakan pertandingan secara virtual. Seramai 23 peserta yang menyertai pertandingan ini dikecilkan menjadi 5 finalis sahaja. Kelima-lima finalis ini diadili dalam beberapa peringkat dan juga cabaran selama sebulan pada Julai lalu. Akhirnya Lishalliny Kanaran, 24, dinobatkan sebagai juara.
.
Dia yang mendapat markah 80.2 peratus secara keseluruhan mendahului pertandingan dengan margin yang sangat besar. Berada di tempat kedua pula ialah Malveen Kaur dengan 72.2% diikuti dengan Poorani Raju, Anya Kimberly dan Kelly Kahil masing-masing memperolehi 71.8%, 68.3% dan 68%.
.
Gadis dengan ketinggian 175cm ini bukanlah asing bagi pertandingan ini. Ini merupakan percubaan kali ketiganya dan ternyata tidak sia-sia. Nampaknya usaha yang ditonjolkan membuahkan hasil dan dia kini bergelar Miss Grand Malaysia 2021. Merupakan pelajar dalam bidang seni bina, Lishalliny membawa advokasi untuk memberi kesedaran mengenai kemiskinan haid dan juga pendidikan kanak-kanak.
.
Organisasi Miss Grand Malaysia sudah menghantar wakil ke pertandingan ini sejak tahun 2013. Dalam tempoh itu dua wakil berjaya menjadi semifinalis menerusi Ranmeet Jassal yang berada dalam kelompok top 20 pada tahun 2016 dan Jesabel Robert yang berjaya berada di kedudukan top 10 pada edisi 2020.
Selamat maju jaya Remaja ucapkan kepada Lishalliny!
Terbaru, penyanyi dan ikon fesyen terkenal Korea Selatan, G-Dragon kembali mencuri perhatian peminat apabila tampil dengan gaya ‘airport look’ yang sememangnya tampak berani dan...