Tip Pilih Telur Di Pasar Raya Untuk Khasiat Optimum Dari ‘Real Food’

Share

Pernah tak korang terfikir kenapa di pasaraya harga telur berbeza-beza tapi rasa telur semua sama je?

Telur merupakan makanan ruji dan kegemaran rakyat Malaysia. Memang tak sah kalau sekali tak mengambil telur dalam menu harian. Paling tidak mesti perkena telur rebus atau telur separuh masak bersama roti, lada putih dan cuka atau kicap.

Tapi bagi individu yang mementingkan kesihatan pasti ambil tahu tentang perkara ini. Ikuti perkongsian Coach Eczema Mizhana Padzi ini melalui laman facebooknya.

Telur ni sebenarnya siap boleh bantu penyembuhan kulit anak eczema lebih cantik dan flawless lagi tau! Rajin-rajinlah kita makan telur, ajak suami dan anak-anak makan telur selalu ya!

Ya, telur sangat elok untuk diamalkan setiap hari. Cuma, kita perlu pilih telur yang baik supaya kita dapat khasiat yang optimum dari ‘real food’ yang sebenar. Kenapa saya katakan begitu? Telur bukan real food ke?

– Telur boleh jadi datang dari ayam yang dicucuk antibiotik atau hormon tambahan.

– Telur juga boleh datang dari ayam yang diberi makan dedak jagung GMO.

Pada tahun 2015, satu keputusan kajian selama 13 tahun diumumkan. Kajian menyatakan tiada statistik yang menunjukkan penggunaan telur dengan serangan jantung dan strok, tetapi kenaikan masalah jantung sebanyak 30 peratus kepada mereka yang mengambil telur sekurang-kurangnya 1 biji setiap hari. Masalah-masalah sebegini akan datang jika kita tidak buat pemilihan telur dengan betul.

BACA: Kos Rawatan Cecah RM200 Tapi Masih Tak Sembuh, Wanita Ini Kongsi Prosedur Rawat Ekzema

JADI BAGAIMANA NAK PILIH TELUR YANG BAIK?

Menurut Mizhana Padzi lagi, telur tanpa antibiotik dan hormon pertumbuhan, antara pilihan yang baik.

Perlu baca label

Berbagai jenis brand yang dicadangkan sekalipun, tetap perlu baca label tengok yang mana memenuhi citarasa hati masing-masing. Alah, telur je pun. Dah boleh dapat telur 1 biji dengan harga 30 sen, kenapa nak kena beli telur yang harga 1 biji sampai RM 1.30.

Tanya semula diri kita makan telur untuk apa. Makanan yang baik dan tayyib, ia bukan sahaja buat kita hilang lapar, ia mungkin juga dapat hindarkan kita dari penyakit tertentu, ia mungkin juga dapat sembuhkan kita dari penyakit tertentu. Pernah dengar orang kata ‘food is medicine’ kan? Begitulah. Pilihan sentiasa ada.

Pergi makan western food hujung minggu sampai habis RM 70 untuk 3 pinggan, takkan telur yang tayyib 1 biji harga 60 sen – RM 1.30 pun tak boleh beli kan? Ini tak cakap orang tau, cakap kat diri sendiri ni haa. Di rumah, insyaAllah saya pun masih cuba yang terbaik untuk sediakan telur yang tayyib untuk keluarga.

Ayam bukan vegetarian. Ayam perlukan protein dari serangga dan ulat juga, selain dari protein dari sumber tumbuhan.

Saya kongsikan antara gambar-gambar telur yang ada di pasaraya. Bantu saya kongsikan info pilih telur ini ya supaya lebih ramai ibu ayah dapat pilih telur yang baik buat keluarga, untuk anak-anak terutamanya.

Semoga bermanfaat kepada semua, terutamanya buat korang yang gemar makan telur.

Sumber: Dr. Mazliana Mazlan

Published by
Nana