Tip Simpan Duit Cara Ekstrem, Sebulan Boleh Dapat RM465

Share

Pasangan yang baru berumah tangga pasti melalui fasa-fasa ‘sesak’ di awal perkahwinan mereka.

Orang kata masalah duit ni boleh bawa gaduh. So, untuk tidak mengundang masalah di kemudian hari, korang boleh rancang cara simpan duit yang ekstrem ni dengan pasangan masing-masing.

Memang berkesan sebab seorang pengguna Facebook, Hafizul Hakim

dah pun lakukan tip ini bersama pasangannya.

Jom try!

1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong

2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil

3. Katakan suami pilih nombor ganjil, maka isteri dapat nombor genap la

Pada 1hb setiap bulan, korang masukkan RM1 dalam balang dan tanda tick pada kalendar bertarikh 1hb.

Esok harinya pada 2hb, pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick

kan pada 2hb pada kalendar.

3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb suami masukkan RM5 dan seterusnya.

Senang cerita masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut. Mudah je kan?

Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya!

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00

Gambar hiasan

Kalau korang nak buat bersama adik beradik atau ahli keluarga yang lain pun boleh. Akhir bulan, bahagikan la duit tersebut mengikut kutipan wang harian yang korang sumbangkan.

At least, cara ni dapat la juga korang menyimpan. Tak ada la tiba-tiba tak tahu duit tu habis ke mana kan. Hiks!

Published by
Noor Ain Norman