Warna rambut ‘Ash Grey’ memang trendy dan cool untuk korang yang nak tampil berani dan unik. Tapi nak maintain warna ni supaya tak cepat luntur bukan senang tau!
Sebelum ini, pempengaruh media sosial, Azfar Heri yang menggunakan gaya balayage atau teknik pewarnaan rambut yang mengutamakan highlight secara vertikal ada memberikan tip penjagaan warna rambut ini.
Malah, warna ini juga sesuai untuk kulit orang Asia yang sawo matang. Bagi yang tertanya-tanya cara penjagaannya, ini tipnya;
Walaupun warna kelabu asa ini tampak biasa, tetapi ia memerlukan penjagaan yang teliti untuk mengekalkan gaya elegan tersebut dalam jangka masa panjang. Tidak hairanlah, kos pewarnaan mengikut panjang rambut boleh mencecah hingga RM1,000.
Ads
1. Kos penjagaannya agak tinggi kerana anda perlu menggunakan syampu berwarna ungu.
2. Syampu pula perlu jenis melembabkan supaya rambut tidak kering dan kejung.
3. Anda yang ingin menggayakan warna ini perlu rajinkan diri melakukan treatment berkaitan.
4. Paling penting, oleskan minyak rambut sebelum tidur dan selepas bagun pagi.
5. Warna ‘ash grey’ ini mudah untuk luntur sekiranya anda kerap mencuci dengan syampu, oleh itu sebelum mewarnakannya, dapatkan pandangan daripada pakar atau minta hair stylist gelapkan sikit warnanya.
Ads
6. Jangan lupa untuk melakukan penambahan warna dalam tempoh dua atau tiga bulan sekali. Kos dianggarkan adalah lebih RM400.
Tip Lain
1. Guna Syampu dan Perapi untuk Rambut Diwarnakan
Pastikan korang pilih syampu dan perapi yang khas untuk rambut diwarnakan. Produk ni biasanya ada bahan yang tolong jaga warna dan elak rambut jadi kering. Jauhkan diri dari syampu yang ada sulfat sebab ia boleh buat warna rambut cepat pudar.
2. Cuci Rambut dengan Air Sejuk atau Suam
Cuci rambut guna air panas boleh buat kutikel rambut terbuka dan warna cepat luntur. Jadi, guna air sejuk atau suam je masa cuci rambut. Ini boleh tolong tutup kutikel dan jaga warna rambut korang.
3. Elak Matahari dan Haba Berlebihan
Terlalu banyak kena matahari atau guna alat penggaya rambut yang panas boleh buat warna rambut pudar. Pakai topi atau guna payung bila keluar rumah untuk lindungi rambut dari sinaran UV. Jangan lupa guna pelindung haba sebelum guna alat penggaya rambut.
Ads
4. Kurangkan Kekerapan Mencuci Rambut
Cuci rambut terlalu kerap boleh buat warna cepat luntur. Cuba cuci rambut dua atau tiga kali seminggu je. Kalau rambut berminyak, guna syampu kering untuk serap lebihan minyak tanpa perlu cuci dengan air.
5. Guna Produk Penjagaan Rambut Anti-Klorin
Air berklorin kat kolam renang boleh rosakkan warna rambut. Pakai penutup rambut kalis air masa berenang atau bilas rambut dengan air bersih sebelum dan selepas berenang. Ada juga produk rambut khas untuk lindungi dari klorin.
6. Buat Rawatan Rambut Berkala
Rawatan rambut kat salun boleh tolong maintain warna dan kesihatan rambut. Mintak rawatan yang sesuai dengan warna ‘Ash Grey’ macam rawatan toning untuk segarkan warna dan rawatan penghidratan untuk jaga kelembapan rambut.
7. Guna Masker Rambut Secara Berkala
Guna masker rambut seminggu sekali boleh tolong jaga kelembapan dan ketahanan warna rambut. Pilih masker yang kaya dengan nutrien dan khas untuk rambut diwarnakan.
Dengan ikut tips ni, korang boleh pastikan warna rambut ‘Ash Grey’ korang kekal cantik dan tahan lama. Jaga rambut dengan betul supaya sentiasa nampak fresh dan sihat!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersenam memang merupakan aktiviti terbaik yang boleh kita lakukan untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Namun begitu, berlaku sebaliknya apabila dua orang pelajar diaporkan telah dimasukkan hospital disebabkan mengalami masalah kegagalan buah pinggang selepas bersenam.
Menurut laman The Diagnosa yang ditulis oleh Dr. Latif Saad, kes ini berlaku di China dan sehari sebelum kejadian itu, kedua-dua pelajar tersebut telah membuat satu cabaran yang dikenali sebagai ‘Squat Challenge’. Cabaran ini memerlukan mereka untuk melakukan squat secara berterusan sehinggalah salah satunya mengalah.
Akhirnya, mereka melakukan senaman ini selama 2-3 jam dan salah seorang daripada pelajar tersebut telah mengalah. Secara jangkaan, mereka telah melakukan pergerakan itu sebanhyak 1000 kali.
Keesokan harinya, kaki mereka terlalu sakit sehingga mengalami masalah untuk membengkokkan kaki. Bahagian otot paha dan betis pula menjadi keras dan terasa sakit bila ditekan. Simptom yang paling ketara adalah air kencing mereka menjadi warna coklat yang sangat pekat.
Apabila dirujuk ke hospital, keputusan darah menunjukkan terdapat kegagalan buah pinggang akut kerana bacaan urea dan creatine menunjukkan bacaan yang sangat tinggi.
Menurut doktor, jika dilihat daripada perbuatan pesakit yang membuat senaman squat yang berlebihan ini dan kemudian diikuti dengan masalah pada buah pinggang, kemungkinan besar pesakit ini mengalami masalah rhabdomyolysis.
Apa itu rhabdomyolysis?
Berlaku disebabkan kerosakan yang teruk pada otot hingga menyebabkan pengeluaran bahan berbahaya daripada sel otot ke dalam salur darah. Selalunya, protein myoglobin daripada sel otot yang rosak akan masuk ke dalam saluran darah dan berkumpul di bahagian buah pinggang. Protein ini akan menyebabkan sumbatan pada bahagian penapis buah pinggang hingga menyebabkan kegagalan buah pinggang berlaku.
Punca masalah ini
• Kemalangan seperti accident, jatuh bangunan dan sebagainya
• Renjatan elektrik atau disambar petir. Ini boleh menyebabkan kematian pada sel otot
• Dipatuk ular. Bisa ular tersebut boleh menyebabkan sel otot mati dan mengeluarkan myoglobin
• Sawan
• Jangkitan bakteria atau virus
• Senaman yang melampau
Berbalik kepada dua orang pesakit tadi, doktor menjelaskan mereka diberi air terus ke dalam saluran darah dan untuk mengelakkan buah pinggang menjadi semakin rosak. Mujur rawatan ini berkesan untuk mereka dan fungsi buah pinggang menunjukkan ia semakin pulih.
Jika fungsi buah pinggang semakin teruk, pesakit perlu menjalani dialisis (cuci buah pinggang) untuk mengelakkan keadaan pesakit menjadi semakin teruk.
Jadi, nasihat daripada doktor ini, elakkan daripada bersenam secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan masalah rhabdomyolysis yang boleh merosakkan buah pinggang korang. Senaman tu tak salah, tapi yang salah bila korang lakukan secara berlebihan.
Maksudnya, janganlah jadikan ini sebagai alasan untuk korang malas bersenam ya. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Khamis lalu, Ratu Elizabeth II telahpun menyambut hari lahirnya yang ke 96 tahun. Baginda yang dilahirkan pada 21 April 1926 menaiki takhta ketika berusia 26 tahun sejurus kematian ayahandanya, Raja George VI.
Tahun ini juga merupakan baginda menyambut jubli platinum pemerintahan yang menandakan genap 70 tahun sebagai ratu. Sempena dengan hari bersejarah ini, Mattel telah mengeluarkan koleksi khas Barbie yang diinspiraikan berdasar wajah dan juga stail fesyen peribadi Ratu Elizabeth II.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Twitter Barbie, tertulis, “Dengan 70 tahun perkhidmatan, Ratu Elizabeth II merupakan monarki British yang paling lama berkhidmat, dan yang pertama meraikan Jubli Platinum. Barbie meraikan peristiwa penting ini dengan anak patung dalam rupa baginda, berpakaian gaun putih gading, selempang biru dan mahkota mewah.”
Stail yang dizahirkan pada patung tersebut cukup menawan dengan pemakaian gaun labuh kembang rona putih gading dan dipadankan bersama selempang berona biru lengkap dengan replica kebesaran seperti yang selalu digayakan Ratu Elizabeth II.
With 70 years of service, Queen Elizabeth II is the longest serving British monarch, and first to celebrate a Platinum Jubilee. #Barbie observes the landmark occasion with a doll in her likeness, dressed in an ivory gown, blue riband, and a regal crown. https://t.co/nt6KElqjK4pic.twitter.com/7BkcyCnNE7
Selain itu, gaya rambut yang diserlahkan juga mengambil inspirasi dari stail peribadi baginda. Manakala mahkota yang diletakkan di atas kepala pula merupakan rekaan yang diambil dari mahkota yang dipakai oleh figura popular ini ketika hari pekahwinannya.
Patung Barbie ini dijual pada harga US$75 ataupun bersamaan RM324 dan ia sudah pun habis dijual pada Jumaat lalu. Walaupun seorang pelanggan hanya boleh membeli sebanyak tiga patung sahaja, nilai ekslusiviti patung tersebut menjadi buruan peminat Barbie terutamanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika selalunya kita membeli merchandise daripada Starbucks, ia pasti terdiri daripada tumbler, cawan, sachet minuman dan mungkin sekali koleksi bekas makanan.
Akan tetapi, kali ini Starbucks telah mengumumkan kolesi yang amat berlainan daripada mana-mana merchandise-nya sebelum ini.
Buat kali pertamanya, Starbucks berkolaborasi bersama jenama sukan terkenal, FILA sempena musim panas di negara Barat sekarang. Ya, koleksi ini masih mempunyai beberapa rekaan bekas minuman untuk korang miliki.
Namun apa yang menjadikan ia lebih menarik adalah rangkaian produk pakaian dan aksesori yang boleh korang gayakan. Siapa sangka Starbucks akan keluarkan item fesyen?!
X
Dengan menggabungkan gaya sportswear mininal FILA bersama fungsi, pembeli di Malaysia amat bertuah kerana koleksi ini hanya boleh dimiliki secara eksklusif di rantau Asia Pasifik.
Untuk pengetahuan, koleksi ini terdiri daripada dua kategori warna klasik iaitu White Collection dan Red Collection. Bukan berbeza dari segi warna saja, rekaannya juga punya kelainan. Jadi, pilihan terletak di tangan korang semasa hari pembelian nanti.
Jom lihat senarai produk bagi koleksi Starbucks X FILA ini:
White Collection
Carryall Bag
Mesh Bag
ID Lanyard
On The Go Tote
Stainless Steel Water Bottle
Red Collection
Bucket Bag
Pouch
Stainless Steel Bottle With Lanyard
Stainless Steel Travel Tumbler
*
Fuh.. silap hari bulan, korang sendiri mungkin akan membeli kesemua sekali! Hehe.. cantik kan.
White Collection boleh korang dapatkan sekarang di kesemua stor Starbucks di seluruh Malaysia. Manakala Red Collection pula akan mula menemui stor bemula 23 Julai 2021 (Jumaat). Kesemua item akan dijual sehingga stok habis.
Komen sedikit, produk mana yang ingin korang miliki daripada koleksi Starbucks X FILA ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...