Tips REWARD DIRI Cara Bijak Perlu Anak Muda Ikut! Duit Banyak & Hati Senang

Share

Sejak dulu lagi, kita sering mendengar istilah reward diri. Setiap orang ada cara reward diri sendiri alasan penat bekerja.

Perunding Kewangan terkenal, Dr Azizul Azli Ahmad berkongsi tips reward diri cara bijak di pagenya. Moga anak muda tidak dibebani dengan hutang hanya disebabkan salah percauturan mengenai istilah reward diri.

REWARD DIRI LAH DULU!

"Kereta nie aku beli sebab reward diri masa habis belajar walau cukup cukup makan. Janji konvo bro" cerita Ustaz Madi pada Ustaz Abu Shapiq .

"Tiap bulan aku beli satu handbag sebagai reward diri, letih gila kerja nie. Kita kena hargai diri kita sendiri. Barulah bahagia". cerita Suraya sambil betulkan tudung itiknya.

Ramai orang guna istilah ini untuk hargai diri, mari kita belajar reward diri yang lebih bernilai, cadangan saya reward lah dengan :

1. Daftar haji bila mula kerja, modal cuma RM1300 sahaja. Ini lebih bernilai

2. Belilah emas sebagai simpanan pertama mula kerja. Simpan satu bar gold sebagai kenangan gaji pertama.

3. Lindungi diri dengan Takaful Hayat, jika kita meninggal atau hilang upaya anak isteri terjaga kebajikannya.
4. Buat simpanan hingga ada 6 bulan gaji. Baru puas lihat simpanan semua.

5. Mengembara dan jalan jalan lihat tempat orang lain. Semakin banyak berjalan, semakin kita berkembang.

6. Belilah kasut sukan baru agar bersemangat untuk sihat dan jelitawan.

7. Beli buku yang kita dah lama nak beli tapi tak mampu. Balut plastik dan bacalah kandungannya.

8. Hadir seminar untuk bijakkan diri


9. Buat simpanan dan belilah sebuah rumah kecil sebelum 5 tahun usia kerja.

10. Buat kebaikkan dengan bantu orang miskin dan susah yang memerlukan, modal kita tenaga dan belanja mereka.

Reward diri dengan benda yang ada nilai tambah, bukan kurangkan harta kita kawan.

Berhentilah menarik perhatian orang lain, terutama orang yang membenci kita.

Kerana kamu tidak perlu menunjukkan apapun kepada orang yang mencintaimu dengan tulus iklas

Jika ada cadangan, saya sangat raikan.

Azizul Azli Ahmad
#Raikan Diri Secara Berhikmah dan Bijak
#ShareJer

Published by
Almaswa Haji Che Ros