“Bagi saya, malam itu malam paling indah untuk saya walaupun apa yang terjadi..”
Episod persembahan Anugerah Juara Lagu ke-35 akan sentiasa disemat rapat dalam diari insan bernama Nur Nabila Mohd Razali biarpun ia agak pahit untuk dikenang.
Biarpun persembahan lagu Peluang Kedua yang dinyanyikan oleh Nabila di pentas berprestij itu tidaklah sempurna seperti yang diharapkannya, dia nekad untuk kembali bangkit dan tidak sesekali akan meninggalkan bidang kerjaya sebagai seorang penyanyi.
Sumber Foto : Instagram @nabila.razali.
“Tipulah kalau cakap saya tak menangis. Memang saya menangis lepas buat persembahan.
“Sehari selepas AJL 35, saya habiskan masa untuk lepas kesemua kesedihan itu dan berfikir, apa-apa pun, hidup mesti diteruskan.
“Sebagai manusia biasa, kita tak boleh kawal apa yang akan berlaku. Saya sudah berlatih (bersama Datuk Syafinaz Selamat) tapi insiden itu sudah pun terjadi. Ia di luar kawalan saya.
“Tertekan itu tidak, tapi gugup itu memang ada. Saya sangat gementar apabila persembahan pertama saya setelah sekian lama tidak menyanyi di acara lain adalah di pentas sebesar ini,” akui Nabila semasa ditemui di majlis pelancaran kek lapis Sarawak jenama Big Mouth X Nabila Razali.
Amat mengagumkan apabila sebanyak 8000 daripada 20,000 set telahpun terjual kepada agen di seluruh negara walaupun ia baru dilancarkan semalam. Luas rezeki Nabila, Alhamdulillah!
ARTIKEL BERKAITAN : Persembahan Dikritik Hebat, Rakan Selebriti Beri Komen Semangat Buat Nabila Razali – REMAJA
Sumber Foto : Instagram @nabila.razali.
Sambil itu, Nabila juga sedikit kesal apabila kemenangan lagu dan penyanyi lain pada malam pertandingan itu telah dibayangi oleh kontroversi tersebut.
“Saya memang rasa serba salah dan tidak seronoklah kerana malam itu harus meraikan pemenangnya. Sebaliknya, kisah saya pula yang menjadi tular.
“Sebab itulah, saya putuskan untuk tidak keluarkan sebarang kenyataan. Saya tidak mahu kontroversi ini berpanjangan,” tambahnya lagi. Pada majlis itu juga, Nabila dilihat terus yakin mendendangkan lagu Peluang Kedua di hadapan tetamu dan ia lancar dari awal sehingga ke not penamat!
Haa, siapa kata Nabila tak boleh membawakan lagu ini ternyata meleset.