Tiru 5 Gaya Elfira Loy Sepanjang 5 Hari Di New York

Share

Untung kalau menjadi sejenis Elfira Loy!

Dengan tiket sebagai selebriti digital jenama solekan Maybelline Malaysia, Elfira Loy telah dibawa terbang ke New York City sempena Minggu Fesyen New York (NYFW) AW18 yang sedang berlangsung di sana.

Sebagai seorang selebriti yang gemar dengan dunia solekan dan fesyen, sememangnya pemilihan Elfira sebagai rakan Maybelline adalah tepat. Hey! Elfira pernah beli item solekan sehingga RM10,000 kan, haruslah dia tahu semuanya tentang beauty & style.

Kini Elfira gemar untuk memakai warna gincu daripada koleksi The Creamy Mattes by Color Sensational.

“Gincu berwarna boleh mengubah terus wajah saya mengikut mood saya pada hari tertentu. Jadi, apabila koleksi The Creamy Mattes ini mempunyai sehingga 60 warna! Of course-lah saya pening nak pilih. Tapi favourite saya ialah.Chili Nude dan Lust For Blush,” komen El semasa pelancarang koleksi tersebut.

Tapi kami nak tahu juga macam mana Elfira mix & match solekan Maybelline dengan stail di New York. Ini dia 5 gaya Elfira yang boleh korang tiru untuk 5 hari.

 

DAY 1

Ini merupakan gaya pertama Elfira untuk event NYFW. Digayakan oleh team Zalora Malaysia, stail vibrant pantsuit ini membuatkannya menonjol walaupun New York masih bermusim sejuk. Apa yang membuatkan kami kagum adalah Elfira menyolek wajahnya sendiri menggunakan produk Maybelline.

Sendiri solek pun cantik! Pantsuit dengan potongan seluar slim fit ni pun cantik kalau nak ke acara malam.

 

DAY 2

Hari kedua Elfira mempunyai jadual yang sedikit padat dan memerlukannya ke sana-sini.

Walaupun hari hujan dan dia tak mempunyai masa lama untuk bersiap di bilik hotel, Elfira masih mampu kelihatan New York Chic dengan menyarung skirt Afiq M dan jaket reflektif. All black for day 2, senang je nak replicate stail ni di Malaysia. Apa yang penting, pastikan setiap piece mempunyai tekstur berbeza seperti polos (tudung), berkilat (jaket) dan berbulu (skirt).

 

DAY 3

Fuhh, hari ketiga ni sedikit glamor berbanding dua hari sebelumnya.

Elfira berjumpa dengan team Maybelline dan pengasas visi jenama tersebut, Leo. Erin Parsons pula merupakan mekap artis Maybelline yang selalu menyiapkan wajah Gigi Hadid semasa terlibat dalam photoshoot.

Ringkas dengan dress geometri, corak sebegini mudah membuatkan seseorang tampil lebih kurus. BUT, pastikan arah geometri itu tepat. Kalau tak, nampak lebih berisi pula.

Elfira juga match-kan dress tersebut dengan kot berbulu bagi menaikkan lagi imej glamor.

Solekan Elfira pula seperti biasa menggunakan produk Maybelline. Mudah je untuk mendapatkan efek 3 dimensi pada wajah. Mainkan solekan pada cheekbones, hidung, mata (dan bawah mata!) dan akhir sekali, finish off dengan contour atau bronzer pada bahagian dagu, dahi dan rahang.

 

DAY 4

Warna hitam sekali lagi menjadi pilihan Elfira. Menggayakan Rizman Ruzaini, Elfira kemudian menggayakan dengan topi beret merah. Cantik!

Sempat untuk berkongsi jenis produk yang digunakan olehnya, korang pun boleh tiru solekan ringkas ini.

Antara produknya termasuklah foundation (kod 128), Fit Me concealer (kod 25+35), Mini eyeshadow Palette dan Hyper Sharp liner. Rahsia untuk nampak glowy pula terletak pada foundation tanpa perlukan powder.

 

DAY 5

Hari kelima dan terakhir Elfira berada di New York City. Katanya, dia malas untuk menggosok tudung. Oleh itu, turban menjadi pilihan. Sekali lagi, dominasi warna hitam dipilih Elfira. Cuma warna merah pada jaket tweed dan eye liner yang menjadikan gaya ini lebih onz dan menonjol!

Published by
FZ