
Pening kepala juga kalau kita ada kawan-kawan yang sejenis suka sangat nak ber-OOTD ni. Mangsanya mestilah diri kita sendiri. Jenuh nak dapatkan angle terbaik, ada saja yang tak kena.
Gambar senget la. Nampak gemuk, tak ready lagi dan macam-macam karenah nak dilayan. Selagi tak ada gambar terbaik untuk diupload ke instagram, jangan haraplah mereka berpuas hati. Jadilah kita insan yang tabah ni terpaksa redha dengan perangai kawan macam ni.
Ini yang kami nak kongsikan tip untuk memudahkan kerja korang. Ada 6 rahsia teknik fotografi yang wajib korang cuba.
Let’s try.
1. Ambil gambar daripada low angle. Barulah nampak lebih slim.
2. Bezakan kedua-dua gambar ini. Cuba ambil gambar dari sisi bahu dengan background yang menarik. Pasti gambar lebih cantik.
3. Nah, rahsia untuk nampak paha lebih kecil, jangan ambil full angle. Sebaliknya, dapatkan posisi separuh kaki untuk kelihatan lebih kurus.
4. Teknik yang sama, jangan ambil full angle.
5. Nak ambil gambar dekat pantai pun ada cara tau. Pastikan punggung korang betul-betul di garisan penghujung pantai. Baru ada gaya!
6. Konon-konon nak gambar kandid, time kawan tu tengah selfie, curi-curi la ambil gambar dia. Mesti dia suka.
Senangkan nak happy kan hati kawan-kawan? Guna je 6 teknik fotografi ni confirm la nanti kawan-kawan sayang korang lebih.
Larry King, Lagenda Pengacaraan Meninggal Dunia Pada Usia 87 Tahun

Larry King yang merupakan host ikonik CNN yang menjadi ikon menerusi wawancara dengan bermacam-macam personaliti serta megutarakan banyak berita menarik telah meninggal dunia.
Satu kenyataan disiarkan di Facebooknya yang telah disahkan yang mengumumkan pemergiannya. Berita kematiannya ini disahkan oleh anaknya, Chance pada Sabtu pagi. Walaupun begitu, punca kematiannya tidak dinyatakan.
Seperti yang tertulis dlm kenyataan di Facebook itu, “Dengan kesedihan yang mendalam, Ora Media mengumumkan kematian pengasas bersama, pengacara dan rakan kami Larry King, yang meninggal dunia pagi ini pada usia 87 tahun di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Los Angeles. Selama 63 tahun kerjayanya di platform radio, televisyen dan media digital, beribu-ribu wawancara, penghargaan, dan pujian global menjadi bukti bakatnya yang unik dan kekal relevan merentas zaman sebagai penyiar.”
Larry menjadi pengacara “Larry King Live” di CNN selama lebih dari 25 tahun, sepanjang kerjayanya pernah menemuramah calon presiden, selebriti, atlet, bintang filem dan orang kebanyakan. Dia bersara pada tahun 2010 setelah merakam lebih daripada 6,000 episod rancangan itu.
Sumber Gambar: Instagram Larry King
Lakar Sejarah Tersendiri, Beyonce Raih Trofi Anugerah Grammy Terbanyak Sepanjang Zaman

Penyanyi tersohor antarabangsa, Beyonce mencipta sejarah apabila menjadi penerima trofi terbanyak sepanjang zaman selepas merangkul empat trofi pada malam kemuncak Anugerah Grammy Ke-65 yang berlangsung di Crypto.com Arena, Los Angeles (LA), California, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Bekas anggota kumpulan Destiny’s Child itu telah memenangi anugerah Album Muzik Tarian/Elektronik Terbaik menerusi album Renaissance, Lagu R&B Terbaik (lagu Cuff It), Rakaman Tarian/Elektronik Terbaik (lagu Break My Soul) dan Persembahan R&B Tradisional Terbaik (lagu Plastic Off The Sofa).
ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya Tambat Hati Penonton Menerusi Siri Terbaharu Netflix ‘Wednesday’ , Ini Fakta Tentang Jenna Ortega
Maka, Beyonce sekaligus meleburkan rekod dipertahankan selama 20 tahun oleh konduktor bertaraf legenda, mendiang Georg Solti yang memiliki 31 anugerah Grammy sepanjang hayatnya.
“Saya cuba tidak terlalu emosi. Saya hanya mahu menerima anugerah malam ini sahaja. Saya ingin berterima kasih kepada Tuhan kerana melindungi saya, ibu bapa menyayangi dan menjadi pendorong.
“Juga buat suami dan tiga cahaya mata yang sedang menonton di rumah. Tidak lupa terima kasih kepada peminat dan mereka yang membantu dalam menjayakan setiap karya.
“Moga Tuhan merahmati kamu. Terima kasih Grammy,” kata Beyonce ketika menerima trofi tersebut.
Selain kehadiran bintang R&B dan pop itu, anugerah berprestij tersebut turut menampilkan pengacara dan pelawak terkenal Travor Noah sebagai hos.
Penganjuran pada tahun ini juga diserikan dengan persembahan daripada barisan penghibur berkelas dunia seperti Harry Style, Lizzo, DJ Khaled, Bad Bunny dan ramai lagi.
SUMBER FOTO: Instagram Beyonce
Bosan Dengan Lokasi Pelancongan Yang Sama? Ini Lima Lokasi Sejarah Di Malaysia Yang Boleh Anda Kunjungi.

Malaysia sebuah negara yang kaya dengan keindahan alam flora dan fauna. Buktinya apabila tahun ini rakyat tidak boleh mengembara ke luar negara, ramai yang mencari lokasi tempatan untuk melancong. Dari lokasi hutan lipur, pulau dan pantai yang dahulunya tidak popular, kini menjadi popular dek penangan pandemik Covid-19.
Namun tahukah anda selain lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan ini, negara kita sebenarnya kaya dengan lokasi bersejarah yang boleh mengajar anda tentang tamadun di Malaysia? Kalau nak tahu, jom penulis senaraikan lima lokasi menarik untuk anda ketahui. Dan siapa tahu mungkin ini bakal menjadi lokasi anda untuk cuti-cuti di dalam negara selepas ini.
Lembah Bujang
Merupakan sebuah tempat bersejarah, ribuan tahun dahulu Lembah Bujang merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di antara utara Gunung Jerai dan selatan Sungai Muda di Kedah. Kedudukan yang strategik ini menjadikan ia sebuah lokasi yang sesuai untuk tujuan pembangunan ekonomi suatu ketika dahulu.

Terdapat lebih 17 candi di lembah bujang sebelum candi nombor 11 dimusnahkan ole pemaju. Kini kalau anda mahu melawat lokasi ini anda boleh ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang terletak di Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah. Isn’t it great for us untuk belajar tentang tamadun lampau yang menyumbang kepada pembangunan tamadun manusia hari ini?
Kota Belanda
Terletak di Pulau Pangkor, Perak. Kota Belanda atau nama popular, Dutch Fort dibina pada tahun 1670 sebagai Gedung menyimpan bijih timah dilombong di negeri Perak. Pada masa kota ini dibina Belanda sudah menjajah Melaka Ketika itu yang mana mereka meluaskan kekuasaan mereka demi mengeksploitasi industri perdagangan bijih timah. Mengikut maklumat, kubu ini padamulanya diperbuat dari kayu namun dibina semula dengan batu bata demi mengukuhkan struktur.

Pada tahun 1690, orang Melayu di bawah perintah Panglima Kulup memusnahkan bangunan ini sebagai tentangan terhadap penguasaan Belanda di dalam ekonomi bijih timah di Perak. Namun begitu, ia dibina kembali dan dikawal rapi dengan askar. Kalau dihitung, usia kota ini dah hamper 400 tahun! Semestinya satu tinggalan sejarah yang tidak sia-sia untuk kita dalami dan menghirup sedikit sisa perjuangan orang dahulu kala dibawah cengkaman kuasa luar.
Istana Bandar
Nak lokasi OOTD yang menarik? Bolehlah anda melawat Istana Bandar atau pun dikenali sebagai Istana Alauddin yang terletak di Banting, Selangor. Kalau nak tahu Istana Bandar dibina lebih 100 tahun yang lalu dan menjadi lokasi bersemayam Sultan Sultan Alauddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Musa yang merupakan Sultan Selangor kelima.

Istana ini dibina pada tahun 1899 di atas tanah seluas lima hektar dan mula didiami oleh keluarga diRaja bermula pada tahun 1905 sehinggalah pada tahun 1938, tahun yang mana baginda mangkat. Senibina Istana ini banyak dipengaruhi oleh senibina Eropah dan China. Setelah lama ditinggalkan Istana ini pernah menjadi pusat Tahfiz dan juga Pusat Kraftangan sebelum ia mula dibaik pulih dan kini dibuka kepada umum untuk pelawat dalam dan luar negara.
Kellies Castle
Bangunan ini merupakan saksi cinta yang terus kukuh berdiri di puncak bukit. Jika anda berkunjung ke Perak tidak sah jika tidak datang ke lokasi ini. Bangunan yang sudah berusia lebih 100 tahun ini masih kekal utuh hasil daripada konservasi yang dilakukan. Kalau di India, Taj Mahal lambing cinta Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal, Kellie’s Castle pula tersergam suatu ketika dahulu atas rasa rasa cinta dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes. Namun sayangnya pembinaan bangunan ini tidak pernah disiapkan disebabkan oleh kematian William dan kemudiannya, Agnes pulang ke Scotland.

Penulis sebelum ini ada berkunjung ke sini, kalau diperhatikan setiap bilik yang dibina memiliki laluan rahsia seperti menuju ke sebuah terowong. Menurut caka-cakap orang tempatan terowong tersebut disambungkan untuk menyelamatkan diri daripada serangan. Sekarang ni kalau nak berkunjung ke sini, ada caj tiket kemasukan. Untuk warganegara, bagi dewasa anda perlu membayar sebanyak RM5 dan RM4 untuk kanak-kanak. Manakala untuk warga asing pula harga bagi dewasa adalah RM10 dan RM5 bagi kanak-kanak.
Kota A’Famosa
Kalau anda ke Melaka, tidak sah jika tidak melawat tinggalan sejarah yang menjadi tanda penjajahan yang berlaku di bandaraya bersejarah ratusan tahu lampau. Serpihan tinggalan bangunan itu masih lagi kukuh sehingga hari ini dan menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara. Untuk pengetahuan anda bangunan ini dibina oleh orang Portugis setelah menakluk melaka pada 1511.

Pembinaan ini atas arahan Alfonso de Albuquerque menjadi satu lambang penentangan penduduk Melaka yang tidak sukakan penjajah. Menurut cerita, bangunan ini dibina dengan hasil batuan dari masjid dan juga batu kubur, serta melibatkan ramai hamba abdi yang mati dek kerahan tenaga yang keterlaluan. Kalau ke Melaka pastikan anda melawat tinggalan sejarah yang sudah berusia lebih 500 tahun ini!
Lima lokasi ini mungkin ada yang tidak pernah korang kunjungi. But believe me this place will teach you a lot about our history. Menyentuh dan mengamati bangunan yang beratus tahun usia membawa kita tenggelam dalam nostalgia dan juga apa yang dilalui oleh orang dahulu kala. Not to forget, these spots are the perfect spot for your instagram post!