Tiru Gaya ‘Outerwears’ Park Eun Bin Di ‘Extraordinary Attorney Woo’, Dengan Koleksi Terbaru UNIQLO 22FW

Share

Siapa tonton drama ‘Extraordinary Attorney Woo’ pasti terpegun melihat fesyen pelakon utamanya si cantik manis Park Eun Bin di dalam drama tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN : Kisah Peguam Autistik, K-Drama ‘Extraordinary Attorney Woo’ Raih Sambutan Hebat

Setiap perincian dan penampilan yang digayakan oleh pelakon berbakat ini bukan biasa-biasa, malah, ‘Attorney Woo’ juga banyak menggunakan jacket atau outerwears yang nampak timeless tapi tetap elegan.

Tidak dapat disangkal lagi, fesyen dalam K-Drama memang buat penonton menangis. From head to toe, pihak produksi sajikan pilihan outfit yang trendy. Tak pernah nampak tak cantik!

Jaket atau outerwears boleh membuatkan kita lebih selesa (warmer) dan ringan, mungkin juga kalis air dan ianya dihasilkan menggunakan teknologi WHOLEGARMENT®. Up-to-date tapi masih mengekalkan rekaan klasik yang asli dan sesuai dengan keperluan gaya hidup masa kini.

Tak usah pening-pening, REMAJA sudah sediakan outerwear mengunakan koleksi UNIQLO 22 fall/winter ini. Yes, boleh pakai ketika bercuti di London, Paris atau Tokyo nanti!

Mari kita cuci mata koleksi terbaru ini.

WOMEN’s 3D Cashmere

Koleksi Ines De La Fressange
Fluffy Yarn Fleece

Untuk info, terbaru Uniqlo telah memperkenalkan koleksi musim FALL/ WINTER dengan rekaan yang klasik (timeless) dengan ciri fabrik berinovasi dan mesara alam (eco-friendly).

Malah, Uniqlo turut menampilkan denim – BlueCycle jean (mengurangkan sehingga 99% penggunaan air semasa proses akhir, berbanding dengan kaedah konvensional), jaket yang dihasilkan dengan menggunakan produk kitar semula dan fleeces spun
(bulu) yang dipintal dari botol plastik, kaedah penghasilan yang akan membimbing kita ke arah masa depan yang mampan.
Pihak Uniqlo telah mengambil pendekatan yang seimbang dan holistik, mencipta keperluan istimewa untuk semua peminat serta pengguna Uniqlo. Dengan mempertengahkan rekaan klasik untuk hari ini yang akan terus bertahan pada masa hadapan Koleksi Fall / Winter 2022 melahirkan campuran musim sejuk dan musim luruh, tapi masih mengekalkan standard Uniqlo iaitu minimalis, sofistikated dan keselesaan.

Klasik tapi tetap menarik dan cantik. Sesuai dengan peredaran zaman penghasilan pakaian juga menggunakan teknologi dan inovasi hadapan. Ternyata Uniqlo tidak pernah mengecewakan.

Koleksi baru ini, merangkumi siluet-siluet helaian yang nyaman, dicadangkan sebagai pakaian harian, misalnya sewaktu bekerja dari rumah atau ketika keluar bersiar-siar di hujung minggu. Seluruhnya banyak menggarap material bermutu yang nyaman dan ‘breathable’ sehingga menyebarkan rasa hangat, nyaman, dan menyenangkan.

Ternyata UNIQLO LifeWear untuk hari ini dan juga hari-hari akan datang. Jadi, adakah koleksi terbaru dari UNIQLO ini menarik perhatian? Jika ya, jangan lupa untuk kunjungi ke kedai UNIQLO berdekatan dan juga secara dalam talian!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana