TMJ Dilantik Sebagai Pemangku Raja, Sultan Johor Ingin Berehat

Share

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja, mulai hari ini. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan melantik TMJ dan menitahkan perkara itu selepas selesai merasmikan pembukaan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-15.

“Tunku Mahkota Johor dilantik sebagai Pemangku Raja bermula hari ini. Saya hendak berehat sekejap mula hari ini,” titah baginda.

Foto: Berita Harian

Tunku Ismail merupakan anak sulung Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. TMJ dilantik sebagai Raja Muda Johor pada April 2006 sebelum dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada Januari 2010.

TMJ juga merupakan individu penting dalam mentransformasikan pasukan bola sepak Johor Darul Takzim sehingga menjadi pasukan gergasi dalam kancah bola sepak tempatan.

Baru-baru ini beliau mengumumkan untuk meninggalkan pasukan itu kerana mempunyai tanggungjawab lain yang perlu digalas.

Foto: Utusan Digital

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab,” titah Baginda.

Kini, TMJ memangku jawatan Pemangku Raja yang mana memegang kuasa raja sebagai wakilnya sama ada ketika ketiadaan raja, ketika raja sedang sakit atau raja belum dewasa.

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN