Sebelum ini kecoh di media sosial apabila PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memutuskan untuk menutup perkhidmatan tambah nilai Touch n Go di semua lorong keluar plaza tol di lebuh raya seliaan mereka.
Ramai yang menganggap keputusan ini bakal menyusahkan pengguna jalan raya sekiranya tiada perkhidmatan tambah nilai di laluan tol.
Namun begitu, PLUS telah mengumumkan bahawa mereka akan memulakan ujian di 10 sistem plaza tol terbuka pada 1 Januari 2020 nanti, sebelum ia akan diperkenalkan di semua plaza tol tertutup menjelang 1 April 2020.
Untuk pengetahuan korang, sistem plaza tol terbuka adalah dimana pengguna membuat pembayaran tol yang tetap, manakala sistem plaza tol tertutup adalah pembayaran tol berdasarkan jenis kenderaan dan jarak laluan.
Usaha ini melalui kerjasama dengan CIMB, dimana kedua-dua pihak akan menawarkan lebih pilihan pembayaran untuk pengguna plaza tol, sekali gus untuk memudahkan urusan pembayaran.
Pengguna jalan raya juga dikatakan boleh memautkan tag TNG RFID mereka kepada platform pembayaran lain, termasuk akaun bank, kad kredit, kad debit, selain memautkan ia kepada dompet digital TNG.
Sumber: Amanz.my