TokTi Dedah Jantina Anak Kedua Secara Langsung Sebentar Tadi

Share

Sejak pengumuman kandungan cahaya mata kedua yang dilakukan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza 1 Disember lalu, ramai peminatnya yang tertanya-tanya mengenai jantina bakal bayi tersebut.

Pada mulanya, kami di REMAJA merasakan bahawa TokTi dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ingin merahsiakan perkara tersebut sehingga hari kelahiran kelak.

Namun, setelah mengamati hint pada poster yang dimuat naik oleh aplikasi membeli-belah atas talian, Shopee MY semalam, jangkaan awal kami ternyata tidak tepat.

Poster yang dimuat naik oleh Shopee MY semalam.

Menerusi segmen secara langsung bersama Shopee sempena promosi jualan 12.12 hari ini, TokTi bersama suami telahpun mengumumkan bahawa mereka bakal menimang seorang cahaya mata lelaki!

Setelah meletupkan belon, penonton dapat melihat confetti berwarna biru berterbangan lantas menandakan jantina lelaki.

Pengacara segmen tersebut terus mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut sambil mempersembahkan sebuah kek berwarna biru bagi meraikan berita gembira tersebut.

Tak lama kemudian, Datuk K memberikan satu lagi ‘hint’ mengenai nama bakal anak mereka ini. Kata beliau, ia akan bermula dengan Muhammad seperti anak-anak lelaki beliau sebelum ini; kemudian diikuti dengan nama yang bermula dengan huruf A.

Tahniah REMAJA ucapkan!

Terdahulu dalam sidang media bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 1 Disember lalu, beliau menjawab pertanyaan sama ada anak sulungnya, Siti Aafiyah merasa jealous atau gembira dengan berita bakal menerima adik baharu.

TokTi Sah Hamil Lebih 4 Bulan, Apa Perasaan Aafiyah? – REMAJA

Published by
FZ