Ramai selebriti Malaysia yang telah memuat naik pelbagai jenis video TikTok sepanjang musim perintah kawalan pergerakan (PKP) ini.
Antara yang telah menjadi TikTok household names (hehe) dengan sekurang-kurangnya 1 video TikTok pada setiap minggu termasuklah pelakon, Aeril Zafril, Mawar Rashid dan Nora Danish.
Tapi tak sangka pula, akan muncul hari di mana penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Situ Nurhaliza dan pelakon kacak, Fattah Amin akan menggunakan aplikasi TikTok! And that day is coming closer guys.
Sepanjang PKP, TikTok Malaysia telah aktif berkolaborasi bersama selebriti tempatan untuk segmen TikTok #StayAtHome Live! Specials di platform media sosial mereka pada setiap minggu.
Khas untuk tontonan korang, TikTok akan menjemput Tokti dan Fattah untuk muncul berinteraksi untuk tempoh sejam.
Ia termasuklah sesi soal jawab bersama peminat, nyanyian secara live single Bebas dan 7 nasihat serta beberapa lagi cabaran khas yang disediakan oleh TikTok. Adakah mereka berdua akan menari mengikut beberapa tune popular di TikTok..?
Kami sendiri tidak boleh bayangkan Tokti menari untuk lagu Skechers oleh DripReport dan Fattah Amin pula menari untuk lagu Tiago nyanyian Tiagz.
(Berdekah kejap) – tapi tak mustahil kan?
Untuk mengetahuinya, korang kenalah tune in kepada live bersama Fattah Amin pada 21 April (9.00 malam – 10.00 malam) dan bersama Tokti pada 22 April (9.30 malam – 10.30 malam).
NEXT READ: Ahli SNSD Digelar Hyoyeon Rempit Disebabkan Video TikTok
Terima Hadiah Dari Peminat, Sempat Cuba Burger Ramly! Kunjungan IShowSpeed Di Kuala Lumpur Kecoh Habis!
Personaliti popular dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed baru-baru ini telah berada di Kuala Lumpur, Malaysia sempena siri jelajah sulungnya ke Asia Tenggara.
Pemilik nama sebenar Darren Jason Watkins Jr. (19) sebelumnya telah berkunjung ke Vietnam, Kemboja serta Thailand dan kemudiannya meneruskan perjalanannya ke negara ini.
Dia dijadualkan mengakhiri siri jelajah tersebut, yang bermula dari 14 hingga 22 September ini di Singapura.
Dalam pada itu, Speed yang sedang melakukan penstriman langsung di akaun Youtube mliliknya pada Selasa dilihat menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia.
Menerusi siaran langsung tersebut, seorang penunggang motosikal mendekati kenderaan yang dinaiki pemuda itu sebelum memberinya sebuah robot ‘Gundam’ dan ada juga yang sempat meminta tanda tangan.
Blud, speed given a Gundam by his Malaysian fans but calls the figure Bumblebee from Transformers instead 🤣 pic.twitter.com/9D22IHn4yW
— Matthew 🇵🇭 (@MMatt14) September 18, 2024
Sepanjang siaran langsung itu juga, beberapa peminat turut menyapa Speed ketika kendaraannya berhenti di lampu isyarat, selain ada yang bersorak dan membunyikan hon.
Selain robot, Speed juga menerima beberapa helai baju batik daripada peminat sebelum dia tiba di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur sekitar jam 6.30 petang tadi.
Selain itu, di beberapa aplikasi media sosial lain juga Speed juga dilihat sempat mencuba burger legenda kegemaran rakyat Malaysia iaitu Burger Ramly dan juga durian sehingga menerima sorakan daripada peminat.
Speed try Burger Ramli tepi jalan siap bayar lebih sebab sedap! 💵💵🤣 pic.twitter.com/JZObKT7xdb
— 🇲🇾 (@localrkyt) September 17, 2024
🚨| WATCH: Speed learns the famous dance “Dugem” in Malaysia 🔥🔥😂 pic.twitter.com/8XhgUEKea4
— Speedy HQ (@iShowSpeedHQ) September 17, 2024
Pemuda itu juga turut meluangkan masa untuk berseronok di malam hari dan menari ‘dugem’ bersama Tiktokers terkenal, Roy Bundle dan merasai pengalaman mencuba menaiki motosikal yang sering ditunggang oleh orang Malaysia.
Sekadar info, IShowSpeed merupakan seorang penstrim paling terkenal di Youtube, dan meraih populariti melalui kandungan tidak terduga merangkumi permainan video, reaksi langsung, dan sketsa komedi.
Dia mula meraih populariti kerana minatnya yang mendalam terhadap bola sepak dan sering meniru aksi “sui” bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Muzik Video How You Like That Cetus Kontroversi, Dikatakan Tidak Hormat Dewa Hindu “Ganesha”
Baru sahaja dilancarkan semalam, muzik video terbaru Blackpink, How Do You Like That telah pun mendapat lebih daripada 60 juta tontonan (setakat pagi ini) dalam hanya masa 15 jam sahaja.
Wow, memang gempak!
Namun begitu, tercetus kontroversi apabila peminat yang beragama Hindu mendakwa bahawa pihak YG Entertainment dan Blackpink tidak menghormati budaya dan agama mereka.
Sewaktu MV tersebut dilancarkan semalam, peminat yang berbangsa India menyedari bahawa semasa adengan solo Lisa, dia dilihat berada di lorong dan duduk di atas takhta. Setelah diperiksa dengan lebih dekat, mereka melihat ada patung dewa Hindu Ganesha di sebelahnya yang diletakkan di atas lantai.
Dalam agama Hindu Pantheon, Ganesha adalah salah satu dewa utama utama yang disembah dan dihormati sebagai penghalang rintangan, melambangkan kebijaksanaan dan merupakan dewa pelindung.
Salah satu kritikan yang dilontarkan adalah Ganesha diletakkan di lantai yang dilihat sangat tidak menghormati dewa. Orang Hindu percaya bahawa patung dewa harus selalu diletakkan di permukaan yang tinggi dan bukannya di lantai. Lisa juga memakai kasut dan dikatakan ia tidak menghormati kerana kasut tidak dibenarkan berada berdekatan dengan patung, kuil dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, peminat lain percaya Lisa tidak mempersendakan budaya India kerana patung seperti Ganesha itu juga disembah di Thailand dengan nama Phra Phikanesuan. Di Thailand, patung tersebut digambarkan sebagai lambang Thai Department of Fine Arts dan akademi seni terkemuka di Thailand, Universiti Silapakorn.
Peminat berbangsa India mula menjadikan #Ganesha dan #YGapologise bagi menuntut tindakan untuk memperbaiki adengan yang ada di muzik video baru tersebut. Peminat juga telah menyatakan bahawa mereka tidak menyalahkan Lisa, tetapi ingin menerima respon dan permintaan maaf daripada YG Entertainment.
This kind of behaviour can't be accepted in any way. It is highly disrespectful. We put Lord Ganesha above over anything.
All we want is to remove that scene from the MV & official apology.#YGapologise #Ganesha #MyCultureIsNotYourAesthetic pic.twitter.com/KkZkVeZJcz— neetkaur (@INDExoLNeet) June 26, 2020
We are aware of the issue in How You Like That MV.
We Belive that it's Offensive to usage of Lord Ganesha's Idol and we will try to contact YG Entertainment regarding it pic.twitter.com/UB2IC35XjM— Blackpink India ( 브링크) (@BLACKPINKIndia) June 26, 2020
People are saying "STATUES CAN'T BE HANGED , THEN THEY WILL BE KEPT ON FLOOR" . Listen Ganesha ji is just not a "STATUE" . We worship him . Ganesha ji is never ever kept on floor level . It is very disrespectful . pic.twitter.com/w0iyvdjnVs
— Ani⁷ ⟭⟬ 🐠 (@JoonsLoverGirl) June 26, 2020
Namun begitu, pihak YG Entertainment dikatakan masih lagi menjawab tentang isu ini. Semoga kontroversi ini dapat diselesaikan dengan baik.
Sumber: koreaboo
Putera Muhammad Tunjuk Taring Sebenar Dengan 93.20 Markah! Rossa Akui Beri Skor Tertinggi Sepanjang Pertandingan Kepadanya
Buat julung kalinya, salah seorang daripada dua peserta lelaki program realiti nyanyian The Hardest Singing Show telahpun menyambar kejuaraan mingguan pada konsert suku akhir, malam tadi.
Putera Muhammad tampil dengan persembahan impresif ketika membawakan lagu Hilang Naluri dengan elemen api bagi menyelesaikan cabaran minggu ini bertemakan Estetika Alam. Sekaligus, Putera berjaya mengutip markah tertinggi sebanyak 93.20 peratus dan membawa pulang Anugerah The Hardest of the Night.
Lebih manis lagi, Putera juga telah menerima skor tertinggi daripada salah seorang juri tetap program, Dato’ Seri Rossa atau lebih mesra dengan panggilan Teh Ocha seperti yang diumumkan oleh juri berkenaan sewaktu sesi penjurian.
Bercakap kepada REMAJA di belakang pentas, Putera berpendapat rezeki tersebut hadir secara mengejut pada minggu kelapan pertandingan memandangkan kejuaraan seringkali diperolehi oleh peserta-peserta wanita.
“Graf saya dalam program ini macam roller coaster, naik turun (ketawa). Alhamdulillah minggu dapat juga saya merasa menjadi juara mingguan. Sewaktu persembahan tadi pun, saya lihat juri-juri berikan standing ovation. Itu yang penting sebenarnya iaitu apabila penonton puas dan apa yang kita hendak sampaikan itu tercapai. Kedudukan pertama itu bonus,” katanya yang membawakan lagu Hilang Naluri nyanyian Once.
ARTIKEL BERKAITAN: Pertama Kali Aisha Retno Di ‘Bottom 2’ Dalam Mana-Mana Pertandingan, Paling Takut Kecewakan Ibu Sendiri – REMAJA
Mulanya Ingin Bakar Badan, Tetapi…
Sewaktu Putera menerima tugasan elemen api, idea asalnya adalah bagi menimbulkan kegerunan penonton dengan cara membakar yang ekstrem termasuklah idea untuk membakar tubuhnya sendiri. Namun hasrat Putera itu ‘lebih terkawal’ malam tadi setelah menerima nasihat pihak produksi dan pasukannya sendiri.
“Kau ni muka nak pakai lama, kaki nak pakai lama, badan nak pakai lama… Jadi jangan habiskan segala-galanya pada minggu ini…”
“Ya, idea asalnya termasuklah untuk membakar satu badan dan pijak api agar merecik. Itu belum lagi bermain dengan efek api pada badan. Tetapi apa yang berlaku malam ini adalah idea-idea yang telah diluluskan oleh produksi,” katanya.
Kongsi Putera lagi, sesi raptai bersama nyalaan api pada lengannya hanya boleh dimulakan pada hari Sabtu. Biarpun sedikit cemas ketika melakukannya, dengan bantuan pihak bertanggungjawab, Putera kekal tenang ketika cuba memadamkan api menggunakan sapu tangan khas serta air yang telahpun disediakan di atas pentas.
Konsert The Hardest Singing Show minggu suku akhir malam tadi diungguli oleh Putera Muhammad (93.20 peratus) yang membawakan lagu Hilang Naluri nyanyian Once diikuti Ayda Jebat (85.69 peratus), Aepul Roza (81.48 peratus), Stacy (77.30 peratus), Zizi Kirana (67.33 peratus) dan Aisha Retno (63.78 peratus).
Terdahulu, Putera Muhammad pernah menyertai sebuah lagi program realiti nyanyian terbitan Astro iaitu Big Stage 2023 dan menduduki tangga ketiga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.