Berita

Tol Lebuh Raya Percuma Sempena Deepavali Bermula Esok!

Share

Berita baik buat pengguna lebuh raya yang sudah mula teruja untuk ‘berdesup’ pulang ke kampung halaman masing-masing! Maklumlah orang Malaysia kan pantang ada cuti, hiks…

Pengguna lebuh raya bakal diberikan kemudahan tol percuma selama dua hari bermula esok sempena cuti sambutan Deepavali.

ARTIKEL BERKAITAN : Diserang Anxiety Ketika Memandu? Ini Beberapa Cara Untuk Atasi Gejala Ini

Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi mengumumkan pengguna lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma sempena sambutan Deepavali.

Beliau berkata, tol percuma bermula 12.01 tengah malam ini dan akan berakhir pada 11.59 malam, 30 Okt itu akan dinikmati oleh pengguna kenderaan kelas persendirian.

Tetapi katanya, pengecualian itu tidak termasuk Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuhraya Linkedua) di Johor.

Menurutnya, kos pemberian tol percuma yang dianggarkan RM38 juta akan ditanggung oleh kerajaan dengan bayaran pampasan dibuat kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.

“Pemberian tol percuma ini selaras dengan teras utama kerajaan Malaysia Madani iaitu kesejahteraan dan ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat disamping mengukuhkan budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Semoga pengguna lebuh raya memanfaatkan peluang ini sebaiknya dan dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan sewajarnya untuk melancarkan perjalanan,” katanya dalam kenyataan.

REMAJA ucapkan selamat pulang ke kampung halaman masing-masing. Moga anda semua selamat pergi dan kembali. Pastikan kekal selamat dan memandu di bawah had limit yang ditetapkan okayyy!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana