
Seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia pada Jumaat ini bersamaan dengan 30 Julai 2020 Masehi.
Selain dikaitkan dengan ibadat korban, Zulhijjah juga memiliki banyak kemuliaan yang mungkin kurang diketahui atau diamalkan oleh masyarakat.
Oleh itu, setiap Muslim perlu menggali ilmu supaya tidak tertinggal kelebihan bulan yang bukan saja untuk mengejar ganjaran pahala, bahkan meningkatkan amal dan keimanan kepada Allah.
Astro Prima turut berkongsi kemuliaan sambutan Raya Haji ini menerusi tayangan drama menarik Drama Jalan Sesat Ke Syurga disiarkan pada 3 Ogos ini.
Drama ini adalah sebuah drama bersiri 34 episod yang bakal disiarkan melalui slot Astro Prima. Drama ini adalah hasil gandingan pelakon hebat Aaron Aziz, Elizad Sharifuddinarahan.
Namun, poster drama ini menjadi bualan netizen apabila memaparkan perempuan menjadi imam dalam satu solat berjemaah.
Menurut seorang penguna Twitter dengan nama @Madbexer, beliau mengatakan drama ini seakan mengisahkan tentang ajaran sesat apabila seorang wanita mengimamkan solat jemaah.
Macam drama ajaran sesat. Perempuan jadi imam. ada makmum yang tak pakai telekung dan sebaris dengan lelaki.
Seorang lagi penguna Twitter meluahkan rasa gembira dan teruja dengan cerita dan drama-drama sebegini kerana paparkan info dan pengetahuan tentang ajaran sesat kepada umum.
Namun, ada juga yang tidak bersetuju dengan paparan drama ini kepada umum kerana mungkin akan memberi ikutan kanak-kanak.
Untuk info, teraju untuk drama ini dibintangi oleh Aaron Aziz, Elizad Sharifuddin, Jalaludin Hassan, Aleza Shadan dan ramai lagi. Drama terbitan Nuansa Sdn Bhd, arahan bersama Osman Ali dan Shuhaimi Zulkefli.
Tak sabar penulis nak tonton drama sebegini. So apa pendapat korang, still suka drama melayu cliche atau nak sesuatu yang baru?
Sumber : Twitter
7 Kenangan Romantis Ashraf & BCL, Bukti Cinta Sejati Itu Masih Ada Sebenarnya

Semalam menjadi hari cukup mendukakan bagi Bunga Cinta Lestari apabila suami kesayangannya, Ashraf Sinclair dijemput Illahi akibat serangan jantung.
Pada usia 41 tahun, menjalani kehidupan yang agak sihat, ternyata pemergian Ashraf secara mengejut membuatkan isteri dan anak mereka, Noah dilihat begitu sukar menerima kenyataan ini. Malah rakan-rakan terapat yang mengenali mereka juga berpendirian sedemikian kerana menyifatkan arwah Ashraf sebagai seorang yang baik hati dan sifatnya. Malah demi cinta kepada suami juga, Bunga Cinta Lestari turut menempah liang lahatnya sendiri untuk bersebelahan dengan Asharaf di San Diego Hill, Jawa Barat.
Seperti diketahui umum, susuk pasangan popular ini memang selalu diidolakan oleh ramai orang seakan membuktikan bahawa cinta setia benar-benar masih wujud dan ada hingga kini. Ini kerana di Instagram masing-masing, ketika hayatnya pasangan ini dilihat begitu bahagia. Malah keceriaan dan kemesraan yang selalu ditunjukkan pasangan ini akan menjadi kenangan buat semua orang yang menyenangi mereka.
Di ambil dari pelbagai sumber, berikut adalah kenangan manis mereka sepanjang 11 tahun melayari bahtera perkahwinan.
- Kisah Di sebalik kebaya akad nikah BCL – Dinikahkan pada 8 November 2008, menurut pereka baju kebaya BCL, Anne Avantie kebaya itu hilang sehari sebelum majlis pasangan ini berlangsung. Agak panik dengan kejadian, Anne kemudian memuat naik di instagramnya, kebaya putih bersulam warna emas itu terjatuh saat dimasukkan ke dalam kereta. Hal ini membuatkan Anne sempat menulis sekeping nota kepada BCL, "Saya Berpesan .. Tetap lah SETIA sampai MAUT memisahkan . Ini surat buat kalian .. sebuah cerita tentang KEBAYA AKAD .. mu," tulis Anne disertai emoji menangis.
Janji sehidup semati itu itu akhirnya menjadi nyata, Bunga mendampingi Ashraf hingga maut memisahkan mereka.
- Sentiasa luangkan masa dengan keluarga – Sebagai keluarga kecil, dapat dilihat Asharaf sering meluangkan masa bersama isteri dan anak tunggal mereka, Noah Sinclair.
- Pamer kemesraan – Siapa yang masih bujang atau hati tidak bahagia dengan pasangan pasti berasa cemburu melihat pasangan ini. Arwah Ashraf tidak pernah ragu mempamerkan rasa kasih sayangnya terhadap isteri. Dapat dilihat melalui gambar-gambar yang di pose kedua pasangan ini yang kelihatan sering tersenyum gembira.
Ketika Ashraf menyambut ulang tahun kelahiran ke 40 tahun, BCL menulis sesuatu yang cukup menyentuh perasaan dan begitu romantis.
"Untuk cinta dalam hidupku..aku tahu hidup tidak mudah..kita akan melewati banyak naik turun ..tapi satu hal yang pasti, aku di sini untukmu..sejak hari pertama dan akan selalu begitu, InsyaAllah..Selamat ulang tahun ke -40 cintaku..aku mencintaimu," tulis @bclsinclair.
- Tak ragu ungkap perasaan – Biar usia perkahwinan mereka sudah melebihi 10 tahun, namun rasa kecintaan antara Bunga dan arwah Ashraf tidak terpadam malah dilihat semakin erat. Hubungan mereka juga dilihat semakin romantis dan harmonis. Pasangan ini dilihat sering memuji dan mengungkapkan rasa cinta antara satu sama lain.
Ashraf pernah menulis saat dia mempamerkan gambar dirinya dan isteri di sebuah kedai perhiasan.
"Kamu tahu dia adalah satu-satunya, saat kamu rela melakukan apapun untuk membuatnya tertawa," tulis arwah Ashraf.
Begitu juga saat Ashraf merayakan ulang tahun ke 40 dan mendapat kejutan dari BCL yang membawakan band Maliq khas untuk suaminya itu. Beliau mengungkapkan kata-kata yang cukup indah untuk isteri tercintanya.
"Terimakasih @bclsinclair telah menjadi hadiah yang luar biasa, menantang dan menyenangkan dalam hidupku. Istriku, pasanganku, semuanya. Kamu memahamiku lebih baik dari aku memahami diriku sendiri," tulis arwah Ashraf.
- Bangga menjadi ibu bapa – Pasangan ini mempunyai anak tungga iaitu Noah Sinclair yang kini berusia 10 tahun. Sering kali dapat dilihat keduanya begitu bahagia tatkala mendukung anak tunggal mereka itu.
Dalam satu gambar di saat Bunga mendukung Noah dan dilihat Noah sedang mencium ibunya, Asharaf menulis sesuatu yang cukup membahagiakan.
"Dua orang yang mengubah hidup saya #Repost dari @bclsinclair–satu yang mengubah hidup saya..saya mencintaimu dengan segenap hatiku nak..," tulis @ashrafsinclair yang kemudian di post kembali dari akaun Instagram BCL di hari ulang tahun Noah ke-4.
6) Selalu bersyukur – Baik Asharaf mahupun Bunga, pasangan ini dilihat sentiasa mensyukuri apa yang mereka miliki. Baik bagi hal sekecil-kecilnya seperti dilihat saat makan bersama orang tersayang
"Bagaimana saya tidak bersyukur..makan siang di depan dua malaikat ini," tulis Ashraf disertai foto BCL yang sedang menyuapi Noah nasi goreng.
- BCL tempah liang lahat untuk dirinya – Ternyata cinta sejati antara mereka membuatkan Bunga sudah menyiapkan tempahan liang lahatnya untuk suatu hari nanti dirinya akan disemadikan di sebelah suami tercinta. Sumber : Kompas.Com
3 Pelajar Dari Kelantan Dinobat Pelajar Terbaik STPM 2017, 2 Dari Sekolah Yang Sama…

Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2017 sudah diumumkan hari ini. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan cemerlang dalam pelajar.
Anugerah pelajar terbaik STPM 2017 telah disapu bersih oleh tiga pelajar dari negeri Pantai Timur iaitu Nor Azriena Abdullah dan Abdullah Haimi Harun dari Sekolah Tengku Panglima Raja, Pasir Mas.Seorang lagi, Sarah Syazwani Taufik dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 1, Kota Bharu.


Dalam pada itu, tujuh lagi pelajar yang tersenarai ialah, Lee Mun Yee dari SMK Gajah berang, Melaka, Ang Kai Yang, dari SMJK Katholik, Petaling Jaya, Selangor dan Jannatul Najiha Nazib dari SMK Kunak Kaya Sabah.
Seterusnya, Lia Jiang dari SMK Tinggi Muar dan Umie Nadia Ismail Firdaus Low dari SMK (P) Sultan Abu Bakar masing-masing dari Johor.Dua lagi pelajar ialah, Cheong Yie En dari SMK Ahmad Shah, Cameron Highlands dan Nadia Nur Sabarno dari SMK(A) Pahang.
Sementara itu seorang lagi pelajar SMK Tengku Panglima Raja, Nurul Fatin Najiehah Abd Aziz dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik STPM 2017 bagi Kategori Luar Bandar. Manakala Nurul Fatin Najiehah Abd Aziz yang juga pelajar SMK Tengku Panglima Raja, dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik STPM 2017 bagi Kategori Luar Bandar. Pelajar SMK Tapah, Perak, Vaniesha Williams Hunt dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik STPM 2017 bagi kategori Pelajar Orang Asli.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, secara keseluruhan, pencapaian Purata Nilai Gred Keseluruhan Nasional (PNGK) dalam peperiksaan STPM 2017 terus meningkat sejak sistem modular STPM diperkenalkan pada 2013 dengan mencatat PNGK 2.76 berbanding 2.71 pada 2016.
“Ini menunjukkan peningkatan PNGK Nasional yang memberangsangkan dalam semua kriteria pengukuran pencapaian tersebut jika dibandingkan dengan peperiksaan STPM 2016.
“Peningkatan peperiksaan STPM 2017 berbanding dengan tahun-tahun sebelum terzahir pada peningkataan PNGK, peningkatan PNGK 3.50 ke atas, peningkatan PNGK 3.0 ke atas, peningkatan PNGK 2.75, peningkatan PNGK 2.50 ke atas, peningkatan PNGK 2.00 ke atas, peningkatan peratusan lulus penuh pada lima dan empat mata pelajaran serta peratusan lulus penuh dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dengan gred C ke atas,” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM Tahun 2017, hari ini.
Katanya, PNGK calon sekolah kerajaan juga meningkat sama seperti PNGK Nasional iaitu 2.76 berbanding 2.71 pada 2016.
“Bilangan dan peratusan calon yang mendapat PNGK 3.50 ke atas juga mencatat pertambahan bilangan calon iaitu bertambah kepada 6,408 calon (14.89 peratus) berbanding 2016 sebanyak 6,137 calon (14.20 peratus).
“Begitu juga dengan bilangan dan peratusan calon yang mendapat PNGK 3.00 ke atas juga mencatat pertambahan bilangan calon iaitu bertambah 17, 423 calon (40.48 peratus) berbanding 2016 sebanyak 16,263 calon (37.62 peratus),” katanya.
Namun begitu, beliau memaklumkan peratusan calon yang mendapat PNGK 4.00 telah mencatatkan sedikit penurunan berbanding tahun lepas dengan perbezaan menurun sebanyak 0.18 peratus berbanding STPM 2016.
“Peratusan bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00 menurun. sedikit iaitu daripada 1.31 peratus atau 565 calon kepada 1.13 peratus atau 485 pada peperiksaan STPM 2017,” katanya.
Menurut Mohamed Mustafa, beliau menjangkakan bilangan peluang lepasan STPM 2017 untuk diterima masuk ke universiti awam lebih besar kerana peningkatan peratusan dan bilangan calon yang mendapat PNGK 2.75 ke atas adalah tinggi iaitu 55.19 peratus berbanding 51.83 peratus.
“STPM 2017 menunjukkan PNGK Nasional calon aliran Sains Sosial adalah 2.78 mengatasi PNGK calon aliran Sains iaitu 2.69.
“Dari segi analisis pencapaian calon mengikut aliran yang mendapat PNGK 4.00 pula, daripada 485 calon, 375 calon adalah daripada aliran Sains Sosial manakala 110 lagi adalah daripada aliran Sains,” katanya.
Apa pula senarai 10 sekolah terbaik STPM 2017. Cuba check, sekolah korang masuk tak dalam list ini.
Jika debaran pelajar STPM sudah berlalu, 15 Mac akan datang ini, pelajar-pelajar yang mengambil SPM pula akan merai debarannya kerana keputusan akan dikeluarkan pada hari tersebut. So harap adik-adik bersabarlah ya.
Apa pun keputusan yang dapat, itulah usaha kita selama 17 tahun bersekolah. Selepas ini, korang dah tak payah sarung pakaian sekolah dah dan sudah tentu dalam beberapa tahun akan datang semakin memasuki alam dewasa…
Sumber :- Buletin TV3 & Sinar Online
“Kami Mendengar & Kami Memohon Maaf” – Kenyataan Terbaru Dari Naelofar Hijab

Dalam tempoh 24 jam ini pelbagai reaksi diterima oleh Naelofar Hijab dan Neelofa sendiri berkenaan isu acara pelancaran tudungnya yang berlangsung pada Isnin lalu. Remaja yang turut hadir pada majlis tersebut juga memaparkan kronologi apa yang sebenarnya yang berlaku dan diperkatakan oleh Neelofa sendiri ketika acara itu berlangsung.
Hari ini, Naelofar Hijab telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan perkara tersebut. Mereka secara terbuka minta maaf terutamanya kepada penyokong kuat jenama mereka dan semua individu yang terkesan dengan insiden tersebut.
Antara poin penting yang dinyatakan pihak mereka ialah;
- telah mengambil langkah berjaga-jaga memastikan tiada sebarang jenama atau botol minuman keras. Gelas dan perkakasan diasing dan dikeluarkan sepenuhnya dari venue
- akses ke kelab juga ditutup dan merokok adalah dilarang sepanjang acara berlangsung
- menggunakan katerer luar bagi hidangan makanan kepada tetamu
- venue dipilih sesuai dengan kemudahan dan ruang yang ada efek neon, sistem bunyi & paparan LED
- mengambil serius dan mendengar semua komen dan mamastikan pada masa akan datang ia tidak akan berulang
- mohon diberi peluang memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan
Berikut merupakan kenyataan media daripada Naelofar Hijab
Kami memohon jutaan maaf, terutamanya kepada penyokong kuat jenama kami dan juga semua individu yang telah terjejas oleh insiden baru-baru ini. Majlis perlancaran yang sepatutnya menjadi acara yang istimewa untuk jenama kami, telah menjadi isu perdebatan dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.
Sepanjang majlis pada malam itu , kami telah mengambil setiap langkah berjaga-jaga untuk memastikan apa-apa jenama dan botol-botol minuman keras, gelas serta perkakas diasingkan dan dikeluarkan sepenuhnya daripada tempat tersebut sebelum berlangsungnya majlis. Akses ke bar dan kelab lain juga ditutup dan merokok adalah dilarang sama sekali sepanjang majlis tersebut. Kami juga mendapatkan katerer luar untuk menyajikan makanan halal. Semua perkasas termasuklah sudu, garfu dan gelas yang digunakan oleh para tetamu juga disediakan oleh katerer tersebut.
Kami telah membuat keputusan untuk mengadakan majlis pelancaran ini di tempat berkenaan kerana kemudahan yang ditawarkan dan mereka juga menawarkan ruang untuk disewa sebagai ruang acara pada setiap hari Ahad dan Isnin oleh kerana ruang ini tidak dibuka untuk kunjungan umum. Sistem pencahayaan yang memberi efek neon, sistem bunyi, paparan LED, serta sokongan teknikal adalah antara kemudahan yang diperlukan oleh kami untuk menjayakan majlis ini, dan kesemuanya didatangkan dalam satu pakej yang ditawarkan oleh pihak ruang acara.
Untuk makluman, kami kini telah mengambil langkah segera untuk membetulkan situasi ini. Tiada yang lebih penting dari mendapatkan kembali kepercayaan dan keyakinan semua. Kami mengambil serius dan mendengar semua komen mengenai isu ini, dan kami akan menggunakannya untuk membimbing kami secara positif bagi mengelakkan insiden yang sama berulang. Kami akan pastikan isu keagamaan dan kebudayaan akan dititikberatkan dalam setiap keputusan yang dibuat pada masa hadapan dan kami amat berharap agar diberi peluang untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan.
Yang ikhlas,
Noor Nabila Mohd Noor
Pengarah Urusan,
NH Prima International Sdn Bhd