Dunia baru-baru ini sekali lagi dikejutkan dengan bencana gempa bumi dahsyat yang berlaku di negara Turkiye dan Syria sehingga mengakibatkan ribuan mangsa terkorban yang semakin meningka sejak semalam, dalam tragedi tersebut.
Kita sedia maklum Syria antara negara yang sedang dalam situasi perang, pelarian dan pemberontakan sejak sekian lamanya. Bagai jatuh ditimpa tangga, negara berkenaan terutama rakyat, kini terpaksa hadapi pula bencana alam itu.
Tular di Twitter semalam menerusi sebuah hantaran video yang dikongsikan oleh seorang wartawan Zuher Almosa, apabila ciapannya menceritakan detik-detik penyelamatan di bawah runtuhan.
Ads
Lebih meruntun hati warganet apabila ada seorang kanak-kanak perempuan merayu untuk dikeluarkan dari runtuhan dan merelakan diri untuk dijadikan hamba.
Menerusi video berkenaan, kanak-kanak yang berbaju biru itu cuba menenangkan adik perempuannya yang turut dalam kesempitan di celah runtuhan bangunan, selain mereka dilaporkan terperangkap berikutan bumbung rumah mereka runtuh.
Ads
“Tolong bawa saya dan adik keluar dari runtuhan ini tuan. Saya rela untuk menjadi hamba tuan,” katanya dalam video berdurasi 17 saat itu.
Ungkapan kanak-kanak itu benar-benar memberi tamparan kepada dunia bahawasanya kedua-dua mereka mungkin beranggapan runtuhan rumah itu berikutan serangan dan bukannya kerana gempa bumi.
Ads
Dalam hantaran sama, adik beradik itu kelihatan penat dan tidak bertenaga susulan terperangkap dipercayai tanpa makanan dan minuman sejak gempa menggegarkan pada Isnin.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengguna menyifatkan adik beradik itu adalah kanak-kanak yang kuat dan berani selain mendoakan yang baik-baik buat mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sekarang Malaysia berada di musim monsun tengkujuh.Tidak hairanlah boleh dikatakan cuaca agak tidak menentu ketika ini termasuk hujan turun secara tiba-tiba. Malah hari Jabatan Mateorologi meramalkan hujan serta ribut petir akan melanda di kebanyakan negeri dan orang ramai diminta berhati-hati khususnya di kawasan rendah mudah dinaiki air.
Dalam pada itu, bila sebut soal hujan, ramai yang akan mencari tempat teduh untuk berlindung. Kadang kita mendengar alasan akan sakit kepala atau alami demam selesema kalau terkena air hujan.
Benarkah air hujan penyebab penyakit. Dalam satu perkongsian oleh Dr Latif Saad dari page The Diagnosa, beliau berkongsi mengenai air hujan. Adakah benar terkena air hujan kita akan jatuh sakit?
Kitakan selalu dengar orang tua-tua cakap dimana jika seseorang itu main hujan, dia boleh terkena demam selesema. Oleh itu, adakah perkara ini benar?
Kajian berkenaan perkara ini telah dibuat di mana telah terbukti keadaan yang sejuk akan menyebabkan jumlah kes demam selesema meningkat dan perkara ini termasuk juga disebabkan pada waktu musim hujan.
Daripada kajian di Malaysia, demam selesema ini selalunya berlaku pada hujung tahun iaitu pada bulan Disember – Januari dan Mei -Julai. Jika keadaan pada ketika itu adalah musim hujan, maka akan lebih ramai orang yang akan mengalami demam selesema.
Bagaimana perkara ini berlaku?
Teori yang boleh diterima pakai bagi menjelaskan masalah ini adalah kerana sistem imun badan pada ketika itu kurang berfungsi disebabkan suhu yang rendah.
Apabila suhu menjadi rendah, badan secara automatiknya akan cuba mengekalkan suhu badannya pada tahap yang normal. Oleh itu, beberapa tindak balas akan berlaku untuk mengekalkan suhu dalam badan dan salah satunya adalah pengecutan saluran darah dibahagian yang terdedah dengan suhu yang sejuk.
Salah satu saluran darah yang akan mengecut adalah pada bahagian hidung. Ini akan menyebabkan hidung menjadi kering dan kurang menghasilkan hingus untuk menapis kuman yang akan masuk melalui lubang hidung.
Disebabkan itu, kuman lebih mudah menjangkiti badan melalui lubang hidung atau paru-paru dan menyebabkan pesakit mengalami demam dan selesema.
Jika di kawasan sejuk seperti Eropah, hujung tahun adalah waktu musim sejuk dan ini akan menyebabkan kes demam selesema meningkat. Bahkan kes jangkitan paru-paru juga akan meningkat pada akhir tahun. Ia mungkin disebabkan hidung tidak mampu menapis kuman yang berbahaya supaya ia tidak masuk terus ke dalam paru-paru.
Hasilnya, kes jangkitan paru-paru juga akan meningkat pada akhir tahun termasuk kes kematian disebabkan perkara ini dan kebanyakan disebabkan virus influenza.
Ada tak punca lain yang menyebabkan selesema setelah main hujan?
Terdapat satu punca lain yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami selesema sahaja tanpa mengalami demam.
Pesakit selalunya akan cepat mengalami selesema setelah main hujan ataupun berada dalam keadaan sejuk.
Pesakit ini juga akan mengalami simptom yang lain seperti hidung gatal, hidung tersumbat dan selalu bersin.
Jika semua simptom ini berlaku ketika mana pesakit baru lepas main hujan ataupun berada di dalam keadaan sejuk atau awal pagi, pesakit mungkin mengalami satu penyakit iaitu resdung ataupun dalam istilah perubatannya dipanggil sebagai Allergic rhinitis.
Jadi jika seseorang itu mengalami selesema sahaja setelah main hujan, ia bermaksud pesakit tersebut mungkin mengalami resdung berbanding demam selesema biasa. Oleh itu, cara rawatan untuk mereka yang mengalami resdung ini adalah berbeza sedikit daripada mereka yang mengalami demam selesema.
Kesimpulan
Hujan bukanlah penyebab utama kepada demam selesema tetapi suhu yang sejuk tersebut. Jadi jika anak anda bermain hujan, pastikan dia mandi menggunakan air pada suhu biasa ataupun air suam selepas itu. Ini untuk membuatkan sistem imun pada kawasan hidungnya berfungsi seperti biasa dan boleh mengelakkan demam daripada berlaku.
Bagi mereka yang mengalami Resdung (allergic rhintis) pula, pesakit juga boleh cuba untuk mandi air suam selepas itu. Jika simptom masih ada, pesakit boleh menggunakan ubat anti-histamine seperti loratadine untuk mengurangkan masalah simptom resdung tersebut.
Rujukan:
Sam, I-Ching & Murad, Aizuri & Karunakaran, Rina & Rampal, Sanjay & Chan, Yoke-Fun & Nathan, Anna & Ariffin, Hany. (2010). Clinical features of Malaysian children hospitalized with community-acquired seasonal influenza. International journal of infectious diseases : IJID : official publication of the International Society for Infectious Diseases. 14 Suppl 3. e36-40. 10.1016/j.ijid.2009.10.005. Gambar: Klikdoktor.com/ Kalam Indah.com
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ekoran daripada sekatan merentas daerah dan negeri, pihak berkuasa telah menutup beberapa jalan dan melakukan sekatan di lokasi PKP. Berikut adalah sekatan jalan raya di sekitar Selangor seperti yang telah dilaporkan oleh The Rakyat Post.
Petaling Jaya/Damansara (sekatan jalan raya)
• Jalan Persiaran Mahagoni
• Jalan Persiaran Jati
• Jalan Persiaran Sungai Buloh
• Jalan 4/56, Gasing Indah
• PJU 8/1 persimpangan lampu isyarat
• Damansara Perdana
• Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) di Mutiara Damansara/Damansara Perdana exit
• Plaza Tol Damansara ke Bayu Puteri
• Tanjung Malim – jambatan sempadan Hulu Bernam
• Laluan kilometer (KM) 31.5 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh di sempadan Hulu Selangor-Rawang
• Laluan KM13 Jalan Sungai Tua-Ulu Yam di sempadan Hulu Selangor-Selayang
• Jalan Koskan ke Kuala Garing
Hulu Selangor (sekatan jalan raya)
• M79 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berdekatan Teluk Dusun
• Plaza Tol Tanjung Malim, kedua-dua arah
• Plaza Tol Lembah, kedua-dua arah
• Plaza Tol Bukit Tagar, kedua-dua arah
• KM60 Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser dihadapan Taman Selesa
• Gohtong Jaya-Batang Kali di hadapan pusat pemeriksaan Genting Highlands, kedua-dua arah
• KM34 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh (Serendah) di hadapan Balai Polis Serendah
• Plaza Tol Sungai Buaya, kedua-dua arah
• Balai Polis Beranang
• Jalan Broga
• Plaza Tol Bandar Seri Putra Exit
• Plaza Tol Bangi exit
• Plaza Tol Kajang Exit
• Lebuh Raya Besraya berhampiran Minlon
Ampang Jaya (sekatan jalan raya)
• Laluan terdekat untuk ke Apartmen Desa 288
• Jalan Pandan Indah-Cheras dari Lebih Raya Sungai Besi ke Ampang
• Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran stesen minyak Petronas Klang Gates dari Gombak ke Ampang
Ini tidak bermakna korang boleh cari ‘jalan tikus’ pula ya. Atur perjalanan dengan baik dan jangan keluar rumah sekiranya tidak ada urusan penting.
Bagi mereka yang perlu bekerja, mungkin informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu korang.
Selepas insiden ‘peha melimpah kiri dan kanan’ semalam,
hari ini Zaihani M Zain melahirkan permohonan maaf melalui media sosial.
Nowadays, semua perkara pun berlaku di media sosial. Di situlah gelanggang bergaduh dan bertikam mulut. Di situ jugalah tempat untuk menghulurkan tangan kemaafan.
Untuk tidak memanjangkan cerita kontroversi semalam membabitkan status berbaur body shaming yang dimuat naik oleh pengkritik fesyen ‘3 dekad’, Zaihani M Zain atau lebih dikenali sebagai Kak Zai di kalangan penggiat industri fesyen akhirnya bersuara dengan memohon maaf atas status tersebut.
“Bukan niat saya untuk menghina sesiapa tetapi status FB saya tempoh hari adalah luahan hati mengenai situasi manspreading (mengangkang dengan terlalu luas) yang saya alami baru-baru ini.
“Sepanjang kerjaya saya sebagai ketua stylist selama hampir 3 dekad, saya tidak akan dapat melaksanakan tanggungjawab saya jika saya bersikap judgemental.
“Oleh itu, sekiranya status saya telah menyinggung perasaan mana-mana ahli keluarga, kawan dan followers, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf,” pinta Kak Zai lewat petang tadi.
Status terbaru Zaihani M Zain di Instagram.
Isu bentuk, saiz dan rupa fizikal adalah satu isu yang penulis kira cukup serius walaupun nampak remeh. Dari rupa luaran, kita akan merasa yakin, bertenaga dan positif. Jika tidak, mengapa kita bersungguh-sungguh nak beli pakaian tertentu, tudung tertentu kan?
Untuk kelihatan cantik dan presentable.
Jadi, untuk mengkritik rupa fizikal seseorang bukanlah sesuatu langkah yang bijak terutamanya dalam industri fesyen Malaysia yang masih meminggirkan diversiti. Pernah korang selalu tengok gambar model berbadan lebih besar daripada standard saiz model biasa di runway, majalah, televisyen dan sebagainya?
Jarang bukan?
Oleh sebab itu, industri fesyen sendiri perlu membuka minda agar memberi lebih peluang kepada semua orang tanpa mengira saiz badan.
Sentimen itu dirasai oleh netizen yang menyatakan, “yang lepas tu lepaslah”.
@ladymephis menyebut, “I am a big girl but Kak Zai treats me no less than any skinny models!
@amh_2309 pula berpendapat, “I am sure you (Kak Zai) did not mean it that way. By just apologizing, that is the best although you can choose not too. Semua ada hikmah, buang yang keruh ambil yang jernih.
@azurayahya pula sempat berseloroh, “Saya yang berat melebihi 100kg ni menerima permohonan maaf ini seikhlas hati! Cuma jangan buat lagi, kecik hati kami ni.”
Ya betul, tidak semua orang mudah untuk memaafkan terutamanya dalam dunia media sosial sekarang ini. Kalau boleh nak membawang tu, memang sampai lumat lah dia tumbuk.
Namun, industri fesyen kita ini kecil saja. Jangan berangan ia segah industri di Milan, New York dan lain-lain bandar fesyen terkemuka dunia. Kalau bukan hari ini, esok masih bertembung juga.
Diharap semua dapat mengambil pengajaran bahawa isu body shaming bukan untuk dibawa main-main.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...