Pelakon sensasi, Amir Ahnaf mengesahkan bahawa dia kini masih ‘single‘ dan tiada mana-mana pun teman istimewa buat masa ini.
Selain itu, aktor berusia 24 tahun itu juga memaklumkan dia kini sedang fokus pada kerjaya lakonannya yang semakin berkembang.
ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf Tak Kisah Wajah Dilabel ‘Muka Awam’, Percaya Dapat Bantu Memainkan Watak
“Saya single. Tolong carikan girlfriend untuk saya. Memang betul saya single sekarang. Sekarang ini selain berlakon saya juga aktif mengikuti aktiviti larian bersama kumpulan Challo setiap hujung minggu.
“Shout out to Challo Run kerana memberi inspirasi serta galakan kepada generasi muda untuk amalkan hidup sihat,” katanya kepada Remaja.
Baru-baru ini, desas-desus mengatakan pelakon drama popular Project: High Council menjalin hubungan dengan seorang wanita dari Singapura selepas foto mereka bersama tersebar. Namun, dia menafikan bahawa lelaki di dalam foto tersebut adalah dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tekanan Yang Mantap, Tapi Saya Suka..” -Amir Ahnaf Seronok Kerjasama Dengan Produksi Indonesia
Ditanya adakah dia ralat apabila terpalit dengan kontroversi seperti itu, kata Amir dia mengambil pendekatan dengan duduk di rumah menonton Netflix sebagai medium melupakan masalah.
“Setiap kali saya balik rumah, saya buka kasut, letak beg terus duduk di atas sofa dan menonton filem dalam Netflix.
“Saya ikut nasihat pengarah filem Kahar. Kapla High Council yang meminta saya untuk banyak menonton filem agar dapat memantapkan skil lakonan saya,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain, Amir bakal muncul dengan filem Kahar. Kapla High Council yang akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 28 November 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.