Tolong Ingatkan Mak,Kakak… Jangan Beli Emas Secara Ansuran Hukumnya Haram Disisi Islam

Share

Pastinya korang selalu mendengar saranan membeli emas semasa dalam musim ekonomi mencabar seperti sekarang ini.

Foto Kredit : Pexels

Selain dijadikan perhiasan, ia juga dianggap sebagai satu pelaburan jangka panjang yang berkesan dan stabil. Rata-rata sejarah pelaburan emas bagi 20 tahun yang lalu menunjukkan emas sebagai aset yang tidak mudah turun harganya. Selain itu, harga emas yang sedang rendah sekarang di stor barangan kemas membuatkan ini adalah masa terbaik untuk korang membeli emas sebagai pelaburan dan hiasan badan.

Tapi awas…

Sekarang ramai juga yang membeli emas secara ansuran disebabkan tawaran dari kedai emas tambahan lagi secara online seperti laman membeli belah atas talian. Antaranya Shoppe yang sudah menawarkan konsep ansuran ini.

Tapi awas ye, sebagai orang Islam jual beli emas secara ansuran adalah diharamkan. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui Al-Kafi #1817 : Jual beli emas secara ansuran adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.

Sumber Gambar : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Item-item ribawi ada disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Bin al-Somit R.A bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

الذَّهَبُ بالذَّهَبِ، والْفِضَّةُ بالفِضَّةِ، والْبُرُّ بالبُرِّ، والشَّعِيرُ بالشَّعِيرِ، والتَّمْرُ بالتَّمْرِ، والْمِلْحُ بالمِلْحِ، مِثْلًا بمِثْلٍ، سَواءً بسَواءٍ، يَدًا بيَدٍ، فإذا اخْتَلَفَتْ هذِه الأصْنافُ، فَبِيعُوا كيفَ شِئْتُمْ، إذا كانَ يَدًا بيَدٍ

Maksudnya“Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot)

”.

Hadis Muslim (1587)

Berdasarkan hadis di atas, jual beli item ribawi seperti emas perhiasan mestilah dilakukan secara lani (serta-merta) bukan bertangguh.

Huraiannya, jual beli hendaklah dilakukan secara on the spot dalam satu majlis; sama ada penyerahan dilakukan secara hakiki ataupun secara hukmi (contohnya diberikan resit pembayaran). Tidak boleh bertangguh sehari atau dua hari selepas itu.

Jadi korang dah fahamkan? Moga bermanfaat kepada semua.

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Published by
Nana